CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar luang masa bertemu penyanyi, komposer terkenal India

10-7-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7692| Komen: 41



Kuala Lumpur: Walaupun terikat dengan jadual yang padat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa bertemu komposer yang juga penyanyi terkemuka India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, hari ini.

Anwar berkata, pelbagai isu dibincangkan dengan penyanyi terkenal itu yang bakal mengadakan konsertnya di negara ini pada 27 Julai depan.

"Perbincangan kami seputar industri seni dan muzik tempatan dan juga antarabangsa. Saudara AR Rahman turut berkongsi yang beliau kini sedang meneroka muzik ala sufi, selain kami bersama menekuni isu-isu lain membabitkan aspek digital dan Kecerdasan Buatan (AI)," katanya dalam perkongsian di X, hari ini.

Pertemuan kira-kira 40 minit itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Datuk R Ramanan, Pengarah Star Planet Datuk R Rajendran dan Pengarah Urusan Star Planet Datuk Alan Foo.


Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur hujung bulan ini dipersembahkan bersama oleh Thamarai Jewels dan SRM International Real Estate LLC serta dianjurkan oleh Star Planet.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 10-7-2024 10:39 AM
PM bincang pasal music???? Another level eh... PM sebelum² ni pon tak mcm ni. Wakeup lah weh, ada isu yg lg penting patut ko bahas, bincang Dan selesaikan.. Benda² tak berfaedah ni ko pass jelah dekat org picisan, adoiii. Tak boleh brain lah aku
Quote kaseh80 10-7-2024 10:43 AM
Asyek jumpa retis bila PMX  buat keje
Kalau tak damba dgn retis pegi jjcm pulak
Bila masa keje
Quote lipans 10-7-2024 11:42 AM
Pastu boleh la menari
Quote noor2 10-7-2024 11:50 AM
X de kerja  dia ni...tu yg sibuk dgn artis2...nampak sgt dia x tahu mentadbir negara
Quote misc 10-7-2024 12:28 PM
Boleh jadi Menteri Kebudayaan ni.
Quote acik79 10-7-2024 12:32 PM
Banyaknya masa dia…. PM dulu tak sibuk pun pasal artis…. Ni harga barang naik isu lebih penting kena utamakan.
Quote Goodluckdontcry 10-7-2024 12:37 PM
Den taula ko ada darah tamil Nadu...tp den xblh brain la..dari aritu, pelbagai retis tamil Nadu ko nak jumpa dah kenapa??? Eeeeeee harktuihh
Quote grouper 10-7-2024 12:51 PM
Isu2 yg dia buat macam nak cari pahala kat diri sendiri dari kutukan org ramai..x aci le camtu harapkan kutukan org ramai je
Quote Firenzza 10-7-2024 01:00 PM
Semalam bagi ucapan x sempat nk pg kempen sh bakap sbb xde masa, sibut nk urus ekonomi negara katanya.......bln lepas sibuk cari Kamal Hasan, bln ni jumpa Rahman.....byk plk masa dia.....mmg problem piem sorang nih
Quote Solokkk 10-7-2024 01:03 PM
PMX species lombu kenyang, penyambah2 plak lombu2 bodow bahalol yg diketuai Rapiji
Quote Momohizan 10-7-2024 01:32 PM
Why takde orang up Madanon gi dinner dengan kumpulan bernombor
Quote matseh 10-7-2024 01:38 PM
Aku x terkejut kalau dia pi tgk konsert.
Quote MissYouSayang 10-7-2024 01:42 PM
Sampah sungguh la piyem sekor ni...
Dok jimba sana sini mcm hareiii
Quote nusaraya 10-7-2024 02:04 PM

Tampaknya ada niat besar dan mulia PMX yang anda x ketahui  untuk bertemu ..... Mungkinkah dalam rangka membujuk komposer India itu hijrah atau pindah  ke Malaysia dan  setuju untuk dimelayukan guna menaikan nama bangsa melayu dan Malaysia di mata dunia serta juga mewujudkan Malaysia as Trully Asia .... Hehehehe
Quote Skuau 10-7-2024 02:09 PM
Edited by Skuau at 10-7-2024 02:13 PM

U orang bising...nanti saiya tarik subsidi...baru padan muka korang....
Quote zorrro_03 10-7-2024 03:35 PM
tak serik laaa dia ni. hari tu mgr.  ni raman pulak.  yang tepi tu nampak mcm azeez dah kenapa?
Quote kasibiman 10-7-2024 03:48 PM
banyak btol masa piem kau urang ni eh
Quote netto_ 10-7-2024 03:58 PM
Katenye bz urus ekonomi negara. Tp sempat pulak jumpe retiss
Quote renko 10-7-2024 04:23 PM
takde kerja ke apa
aritu g majlis ngo gangster

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.034456 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top