CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pukul teman wanita: Pelakon gagal dihubungi, kemungkinan mohon waran tangkap – Polis

10-7-2024 07:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35970| Komen: 90

Description: Pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya hingga cedera dalam kejadian di Petaling Jaya, Ahad lalu, gagal dihubungi polis bagi proses merakam keterangan.
Gambar sekadar hiasan


Pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya hingga cedera dalam kejadian di Petaling Jaya, Ahad lalu, gagal dihubungi polis bagi proses merakam keterangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, pegawai penyiasat kes sudah cuba menghubungi pelakon terbabit termasuk melalui aplikasi WhatsApp, namun tidak dijawab pelakon berkenaan.

“Kita akan membuat panggilan memberi keterangan kepada beliau untuk hadir mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan beliau sedang dikesan untuk penyampaian panggilan itu.

“Jika selepas penyampaian Seksyen 111 KTJ disempurnakan dan subjek masih gagal mematuhi untuk hadir mengikut tarikh dan masa yang ditentukan, kita akan memohon waran tangkap melalui mahkamah,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata, pelakon itu dihubungi selepas permohonan untuk mendapatkan Perintah Untuk Siasatan (OTI) terhadap suspek yang dikemukakan semalam dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.


Dalam pada itu, polis setakat ini sudah merakam keterangan kakak mangsa sebagai saksi, selain sedang menunggu laporan perubatan bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan lengkap,” katanya.

Semalam, Shahrulnizam dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk mendapatkan OTI dari Timbalan Pendakwa Raya untuk memanggil suspek bagi dirakam percakapan.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, pada jam 3 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita itu untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

Secara tiba-tiba, teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita itu.

Sumber ; Bulentin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-7-2024 07:56 PM
Lubang?


Quote pocongkiutss 10-7-2024 07:58 PM
Wow

Takde sapa yg ada hint ke..antara jantan2 suspek / aweknya .yg mana satu stay ara Damansara
Quote CoffeeOverdose 10-7-2024 08:09 PM
masih tk dpt decode ke sapa pelakon tu?
Quote Acik2kepam 10-7-2024 08:11 PM
Lerr ingatkan dah kena tahan reman

Kalau susah sgt tangkap jela mana2 artis yg di speku tu
Semak je banyak2 pun
Quote Mondok8 10-7-2024 08:16 PM
Nanaz ke? Bkn gf kejap jd x jd celeb bday kakak dia mlm tu.
Quote nubook 10-7-2024 11:36 PM
AA. Guna lah pensil AA
Quote bedahmenjuyah 10-7-2024 11:53 PM
Punya banyak benang tapi sapa pun tak tau siapakah gerangan okt. Betul ke pelakon box office?
Quote anony-mous 11-7-2024 12:06 AM
ZA dah nafikan. Ujung2 xtau sapa. Entah ye entah tidak gosip ni
Quote sharlenetexas 11-7-2024 01:06 AM
Boleh geng dgn jumanji. Bertumbuklah korang.


Quote rxz4727 11-7-2024 01:06 AM
anony-mous replied at 11-7-2024 12:06 AM
ZA dah nafikan. Ujung2 xtau sapa. Entah ye entah tidak gosip ni

ZA sape pulak?
Quote BoongaKertas 11-7-2024 07:33 AM
entah2 pelakon x femes. netizen dok petik nama2 yg femes jer. lol.
Quote bintangct 11-7-2024 07:48 AM
lahh nama susah sgt nk decode ni
Quote KamikuP 11-7-2024 08:13 AM
nANAZ NYOK sabut kah?
Quote KamikuP 11-7-2024 08:14 AM

Buzz lightyear malaya
Quote laksmanabentan 11-7-2024 08:55 AM
NFA aja laaa senang....
Quote mawarkhayalan99 11-7-2024 09:24 AM
masih tak tahu empunya diri ke chuolssss
Quote BlackpingU 11-7-2024 09:39 AM
KamikuP replied at 11-7-2024 08:14 AM
Buzz lightyear malaya

Quote rxz4727 11-7-2024 10:24 AM
KamikuP replied at 11-7-2024 08:14 AM
Buzz lightyear malaya

Dia memang awal2 dah terkeluar dari list. Dia bukan duda.
Quote tootii 11-7-2024 10:25 AM
kita beria berteka teka .. hujungnya gf tarik balik report sbb masih cintakan pelaku .. haktuii ..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-8-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.285726 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top