CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar perubatan mengaku miliki video pornografi kanak-kanak yang dirakam menggunakan telefon bimbit

10-7-2024 07:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24979| Komen: 59



MUAR: Seorang pelajar perubatan sebuah universiti swasta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak yang dirakam menggunakan telefon bimbit dalam tandas sebuah gereja, bulan lalu.

Desmond Tan Chee Yong, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, Desmond didakwa dalam milikannya pornografi kanak-kanak di sebuah gereja di Pusat Komersial Sialin, jam 9 malam, 29 Jun lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan hukumannya penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh memasuki tandas bangunan di tingkat 3 dan meletakkan telefon bimbit dalam sampul duit raya.


Tertuduh kemudian membuka kamera dan meletakkannya dalam tandas untuk tempoh sejam sebelum datang mengambilnya.

Namun, pada hari kejadian, salah seorang mangsa yang juga kanak-kanak menggunakan tandas sebelum terpandang sampul terbabit.

Mangsa mahu mengetahui apa objek dalam sampul terbabit selepas berasa panas ketika menyentuhnya.

Apabila dibuka, mangsa mendapati terdapat telefon bimbit dengan kamera masih terpasang lalu melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

Siasatan polis mendapati dalam rakaman terbabit terdapat sembilan mangsa terdiri lima kanak-kanak dan empat dewasa yang sedang mandi serta membuang air.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos ini untuk laporan sosial, fakta dan hukuman.

Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar setiap bulan sehingga kes selesai.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki gambar lucah atau tidak sopan pada tarikh dan waktu sama.

Majistret Fatin Dalilah Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 sebelum kes disebut semula pada tarikh sama dengan kes di Mahkamah Sesyen.


Sumber : Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 10-7-2024 07:58 PM
Alamak,nasib baik kantoi.kalau xkantoi, xtaula
Quote QueenIsolde 10-7-2024 08:00 PM
Scarynya klu barisan depan polis, askar, guru, doc etc yang fetish camni. Tak selamat nasib generasi muda. Nasib baikla si cinapek ni terkantoi, klu tak naya
Quote sharlenetexas 10-7-2024 08:14 PM
Sangap sangat ko dik. Mendapat mereput kat situ ko.
Takde gf amoi ke?



Quote manamana123 10-7-2024 09:11 PM
Nasib baik dia blm jadi pegawai perubatan, seram kalau ada fetish macam tu
Quote sukacactus 10-7-2024 10:05 PM
Pervert ni xkira sapa
Belajar dah pandai, tp kalau dah gila camni, bkn dia kira dah
Quote sharlenetexas 10-7-2024 10:20 PM
Jgn lepas mcm budak tajaan mara uk tu.
Terer maths la konon.



Quote Momohizan 10-7-2024 10:38 PM
sharlenetexas replied at 10-7-2024 08:14 PM
Sangap sangat ko dik. Mendapat mereput kat situ ko.
Takde gf amoi ke?

Di syok ngan strangers..tak mungkin cari amoi
Quote Bungatulip1171 10-7-2024 11:41 PM
Sayang Budak cerdik tp merosakkan diri sendiri dan masa depan..eloklah dpt kesan awal2
Quote sharlenetexas 11-7-2024 12:07 AM
Takde pulak yg komen abam polis


Quote Jitu 11-7-2024 12:19 AM
merugikan diri sendiri
tak pasal2 nama ada rekod buruk
fikir dulu sebelum buat apa2 jgn ikut sgt nafsu tu
Quote Jitu 11-7-2024 12:20 AM
sharlenetexas replied at 11-7-2024 12:07 AM
Takde pulak yg komen abam polis

kenapa ko merembes dgn abam polis tu ke
Quote sharlenetexas 11-7-2024 12:42 AM
Jitu replied at 11-7-2024 12:20 AM
kenapa ko merembes dgn abam polis tu ke

Tak.

Quote Jitu 11-7-2024 12:45 AM
sharlenetexas replied at 11-7-2024 12:42 AM
Tak.

kesian abam polis
Quote edayildiz 11-7-2024 12:51 AM
pelik la org yg fetish kt bdk...
bahaya gila org mcmni kalau dorg ada ank kan..euwww..
Quote allshares 11-7-2024 03:15 AM
edayildiz replied at 11-7-2024 12:51 AM
pelik la org yg fetish kt bdk...
bahaya gila org mcmni kalau dorg ada ank kan..euwww..

Dia main rakam jah dik eda. Dlm rakaman tu ade dewasa ade kanak2, tengok siapa yg kena termsk toilet yg dia letak phone tu. Silap2 nk upload kt darkweb mana2, jaman now org fetish pelik2.
Quote Purestteam1 11-7-2024 04:44 AM
muda² wayar kepala dah short
Quote Purestteam1 11-7-2024 04:45 AM
double post
Quote tagas 11-7-2024 11:26 AM
takde sakit carik penyakit
Quote tagas 11-7-2024 11:26 AM
takde sakit carik penyakit

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.225718 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top