CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider melambung rempuh kereta buat u-turn di garisan berkembar, pemandu sibuk tengok kereta sendiri

10-7-2024 08:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22176| Komen: 16



SEORANG penunggang motosikal berdepan nasib malang selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Batu 14 Hulu Langat, Selangor pada Selasa.

Impak daripada kemalangan tersebut, mangsa yang sedang menunggang motosikal dari arah sama tercampak ke jalan bertentangan.

Kejadian tersebut turut dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan yang juga berada di lokasi sama.


Berdasarkan klip tersebut, kereta terbabit sudah memberikan lampu signal untuk melakukan pusingan U dan secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah motosikal.

Bagaimanapun, pemandu itu didapati melanggar undang-undang jalan raya apabila dilihat membuat pusingan-U di garisan berkembar di jalan tersebut.

Malah jika diperhatikan, penunggang tersebut juga melakukan kesalahan kerana memotong di garisan berkembar.

Susulan insiden tersebut, pemandu terbabit dilihat keluar daripada keretanya, namun hanya untuk memeriksa keadaan kenderaannya tanpa mengendahkan nasib penunggang berkenaan.

Tindakannya mengundang kecaman warga maya kerana lebih mementingkan diri daripada memberi bantuan terlebih dahulu kepada mangsa kemalangan tersebut.

"Boleh tahan pemandu ni, keluar kereta ingatkan nak tolong penunggang motosikal, rupanya tengok kereta dulu," kata Wan Mohd Firdaus.

"Boleh pula dia check kereta dia okey ke tak, bukannya nak tolong rider tu," kata Tg Juan Jr.

"Sepatutnya tolong mangsa dulu, bukan tengok kereta, jangan pentingkan diri sendiri," kata Emran Mohamad.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. 

Sumber — Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manamana123 10-7-2024 09:00 PM
alamak
Quote BoongaKertas 11-7-2024 07:31 AM
driver mcm ni kan, otak dia sekecil mata burung unta ke?
Quote Ciktiekus 11-7-2024 08:14 AM
Takut fikir perangai manusia zaman sekarang..kemanusiaan mcm dh tak ada apatah lagi komonsen..yg bawak kereta pn byk ikut nafsu..yg betul boleh jadi salah..yg salah jadi betul..undang2 boleh pijak2 je..
Quote supernaturalee 11-7-2024 09:58 AM
gitu ye
keluar2 tgk kete dia dulu
siap angkat tgn how furios he is
damn you

even that dude pun ada slhnya juga

that's why klu lalu jln sempit or double line
be aware of bdk2 moto ni
sbb dorg akn guna jln tgh, coming from both ways plk tu
time hujan lg lah
tunggu masa nk jd je
Quote diss69 11-7-2024 10:03 AM
Moga xparah penunggang moto tu...
Quote Kurex 11-7-2024 04:07 PM
kalau dekat kawasan rumah iols, selalu jumpa yg bawak kereta mcm ni.. dan rata2 yg iols jumpa bawak kereta macam palat adalah leleuhur perashit hina c
Quote Ai_kiu 11-7-2024 04:50 PM
Waklu uturn kat ctu! Ni jenis dia undang2 jalanraya ikut kepala dia saja xfikir org lain... semua org yg kena ketepi bg laluan kat dia
Bagero
Quote alesandra 11-7-2024 05:23 PM
Selain x boleh buat uturn..tapi buat gak uturn.lawan  arus jalan sehala juga adalah jenis bangsat ,sial  dan celaka.kat umah aku selalu jumpa gini.aku x rasa diorg x sengaja mmg intentionally.
Quote Ytee 11-7-2024 06:07 PM
sibuk fikir kereta dia je..
aduhaii
Quote cmf_jeangrey 11-7-2024 06:52 PM
Iols pernah naik moto dgn hasben, tetiba ada kereta keluar parking tanpa signal..nasib baik sempat brek..sempat lagi dia kata 'sabar laaa'..bodoh ke bebal? So dpt la dia maki hamun dr hasben iol plus my middle finger

Driver begini elok dimaki x cukup tanah plus whatever insults yg boleh dibuat..



Quote Gunama 12-7-2024 01:15 AM
Selfish giler. Harap2 ko plak kne langgar lepas ni.
Quote Purestteam1 12-7-2024 05:41 AM
Masyaallah
Quote johan-adx 12-7-2024 08:46 AM
penunggang moto ni dilanggar sakit melanggar pun sakit
Quote belacan_gurl 12-7-2024 08:54 AM
Sakit wehh kulit terseret kat tar jln ...pengalaman lampau uwawawa
Quote Yeehaw 12-7-2024 08:58 AM
Selalu je kena macam ni. Baru-baru ni I nak overtake motor perlahan, ehhh ada motor lain jugak overtake sebelah I. Budak sekolah lagi ye. Dah la jalan besar. Seriauuu.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035492 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top