CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua mayat wanita sudah kembung berbau ditemukan dalam kereta di Bukit Mertajam

11-7-2024 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24756| Komen: 175

Description: Bukit Mertajam: Dua mayat wanita ditemukan dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, di sini, hari ini.

Bukit Mertajam: Dua mayat wanita ditemukan dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, di sini, hari ini.

Insiden kira-kira jam 5.30 petang itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta terkunci.

"Sebaik tiba pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.

"Terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan yang kemudian pihak kita menyerahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.


Difahamkan, dua wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari susulan mayat mereka sudah kembung dan berbau busuk.

Seorang daripada mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan namun identiti kedua-duanya belum dapat disahkan buat masa ini.

Mayat kedua-dua wanita terbabit dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-7-2024 08:25 AM
Bangsa?...
Quote JunkMail 11-7-2024 08:38 AM
Apa kes ni? Keracunan karbon ke? Bunuh diri ke?
Quote Barebow77 11-7-2024 08:46 AM
Sama2 umur 20an..adakat lesbo ???..cinta terhalangkah ???..begitu hati hitam ku buat tohmahan..
Quote supernaturalee 11-7-2024 08:56 AM
kawasan terbuka pun ambik masa 5 hari
just imagine duk sorg kt rmh then u die alone
no one care to find you
erghhhhhh horrible

Quote afie_m 11-7-2024 09:01 AM
tengok gambar mcm kawasan perumahan, 5 hari dalam keadaan sama, tiada yg perasan ke..
Quote plywood 11-7-2024 09:15 AM
Barebow77 replied at 11-7-2024 08:46 AM
Sama2 umur 20an..adakat lesbo ???..cinta terhalangkah ???..begitu hati hitam ku buat tohmahan..:shut ...

biar betul kesimpulan mcm tu. pd aku kemungkinan spt itu cuma kurang 1 peratus


budak zaman tiktok ni, umur mcm nilah masa mereka bergembira, cinta terhalang bukan masalah, mereka akan enjoy hidup tak pedulikan orang yg menghalang.. apalagi lesbos mereka tau mereka ini albino dan tidak diterma masyarakat ttp tdk menghalang mereka untuk enjoy

pd aku ini lebih berat terjadi kemalangn, keracunan co



Quote noor2 11-7-2024 09:16 AM
Org x perasan mungkin tinted tebal?..
Quote AbukRokok 11-7-2024 09:21 AM
dah ajal nak buat cemana
mmg dah tertulis di laoh mahfuz xcepta tak lewat walau sesaat
Quote nisako 11-7-2024 09:24 AM
sianye ...
Quote shark_eow7 11-7-2024 09:45 AM
family tak cari ke smpai dah 5 hari..
Quote nw111 11-7-2024 10:56 AM
afie_m replied at 11-7-2024 09:01 AM
tengok gambar mcm kawasan perumahan, 5 hari dalam keadaan sama, tiada yg perasan ke..

Cermin kete confirm tinted 100%
Quote hokeypokey 11-7-2024 12:40 PM
keracunan karbon dioksida ke???
Quote Ai_kiu 11-7-2024 12:42 PM
Ntah2 keracunan CO.. mati ketiduran
Quote otai_g 11-7-2024 12:44 PM
hokeypokey replied at 11-7-2024 12:40 PM
keracunan karbon dioksida ke???

Who knows? Tp mungkin jgk diserang oleh makhkuk asing yg mendarat ke bumi.

Who knows kan?
Quote hokeypokey 11-7-2024 12:48 PM
otai_g replied at 11-7-2024 12:44 PM
Who knows? Tp mungkin jgk diserang oleh makhkuk asing yg mendarat ke bumi.

Who knows kan?

kemungkinan diserang alien sgt muhasabah di zaman serba digital ni.. hati2 semua..
Quote Ytee 11-7-2024 12:49 PM
ntah la.. adakah dibunuh? xpe biar polis siasat
Quote supernaturalee 11-7-2024 01:01 PM
hokeypokey replied at 11-7-2024 12:48 PM
kemungkinan diserang alien sgt muhasabah di zaman serba digital ni.. hati2 semua..


Quote supernaturalee 11-7-2024 01:01 PM
Edited by supernaturalee at 11-7-2024 01:10 PM
hokeypokey replied at 11-7-2024 12:48 PM
kemungkinan diserang alien sgt muhasabah di zaman serba digital ni.. hati2 semua..




sorry double posting
damn u line internet
Quote Decaffeinated 11-7-2024 01:08 PM
Biasa ja kereta parking tak gerak2 sampai 5 hari.

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-8-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.056713 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top