CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Nafis bersyukur makin dikenali selepas lakonan dalam filem Sheriff - "Sehingga kini masih ada yang panggil saya dengan nama Farouk"

11-7-2024 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24478| Komen: 20



Pelakon, Amir Nafis mengakui, filem lakonannya, Sheriff: Narko Integriti memberi kesan besar kepada kerjaya seni dan mengubah hidupnya.

Amir, 32, yang memegang watak sebagai Inspektor Farouk dalam filem aksi itu kini lebih dikenali dan menerima lebih banyak tawaran lakonan.

"Sheriff mengubah hidup saya dan kini orang lebih mengenali saya. Mana-mana pergi pun orang akan panggil Inspektor Farouk atau Tikus iaitu nama watak dalam filem itu.

"Sejujurnya, dulu kalau pergi mana-mana saya tak rasa pun orang kenal tapi sekarang alhamdulillah, sudah semakin dikenali dan tawaran berlakon juga bertambah.



"Pengikut Instagram juga sedikit meningkat. Walaupun tak banyak, namun saya tetap rasa bersyukur dan gembira," katanya.

Amir juga menerima seadanya sekiranya wataknya lebih popular berbanding nama sebenarnya sebagai pelakon.


"Tak ada masalah sekiranya mereka lebih kenal watak lakonan saya berbanding saya sendiri sebab tanggungjawab saya adalah menghidupkan watak.

"Kalau mereka lebih kenal watak itu maknanya karakter yang saya lakonkan berhasil. Tetapi dalam masa yang sama, dari segi kerjaya pula saya harap selepas ini orang kenal saya jugalah.

"Sebagai contoh ada yang panggil saya Arshad semasa musim filem Talbis Iblis, dan selepas saya berlakon dalam Sheriff, orang panggil saya Farouk.

"Sehingga kini masih ada yang panggil saya dengan nama Farouk, kebanyakan orang tak kenal nama sebenar saya, mereka hanya tahu nama watak saya sahaja," katanya.


Terbaharu, Amir bakal memulakan penggambaran filem seram berjudul Dajal: Satu Malam Diperdajal arahan pengarah Pierre Andre.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 11-7-2024 07:26 PM
Elok nok. [em:4:]
Quote takkizawa 11-7-2024 07:26 PM
Elok nok. [em:4:]
Quote aina_shaira 11-7-2024 09:42 PM
So so je, masih takleh celen esbok
Quote Kancilkering 11-7-2024 10:06 PM
yumeeeh
Quote jihyomelly 11-7-2024 10:10 PM
jadi jahat bleh tahan dia ni…
Quote slyfynx 11-7-2024 10:48 PM
Sapekah dikau?
Nmpk nau aku x layan cite melayu
Quote LembingDayanti 12-7-2024 01:53 AM
mmg sapik kyle tu dah takde aura leading ek. dulu nampak hot nau sapik ni. sekarang amik gambar ramai2 nampak macam dia pelakon veteran pulak hahahahhaa
Quote September14 12-7-2024 04:02 AM
X pwenh kenal tp helok jugak n sado… okla pelakon gini baru bselera nk tgk
Quote prince_marhaen 12-7-2024 09:19 AM
okeyyyyyyyyy not bad.... cuma belum ada leak lagi... baru leh nilai... tibehhhh!
Quote user_lost 12-7-2024 09:27 AM
prince_marhaen replied at 12-7-2024 09:19 AM
okeyyyyyyyyy not bad.... cuma belum ada leak lagi... baru leh nilai... tibehhhh!

Kalau tengok pada saiz hidung, mcm not bad... mungkin melengkung..

Screenshot 2024-07-12 092700.png
Quote prince_marhaen 12-7-2024 09:33 AM
user_lost replied at 12-7-2024 09:27 AM
Kalau tengok pada saiz hidung, mcm not bad... mungkin melengkung..

tengok gaya macam jenis2 kinky jugak ni... hahahahahahaha

Screenshot 2024-07-12 093259.png
Quote user_lost 12-7-2024 09:58 AM
prince_marhaen replied at 12-7-2024 09:33 AM
tengok gaya macam jenis2 kinky jugak ni... hahahahahahaha

#ArmpittLover khennnn
Quote nanasno 12-7-2024 10:35 AM
adik badik dr say ke heols ni . muka sepesen
Quote matjerk 12-7-2024 10:39 AM
X boleh lawan farouk gila gila remaja
download (1).jpeg images a(2).jpeg
Quote KamikuP 12-7-2024 10:50 AM
Suruh dia jual durian dulu bukak baju.. ekekeke
Quote supernaturalee 12-7-2024 10:56 AM
1st time tgk die dlm mini siri titled Sembil9n
not bad berlakon as a crook
crook, bad boy sgt ngam
tp jgn jd type cast lh
explore wtk ape lg blh buat
Quote marchikobonzo 12-7-2024 11:13 AM
Helok, tapi jangan la bengkok & bibird terbang
Quote christmaseve 12-7-2024 12:05 PM
nanasno replied at 12-7-2024 10:35 AM
adik badik dr say ke heols ni . muka sepesen

Ha dr say! Xkenal spe pelakon ni. Tp mula2 tgk td mcm penah tgk je muka ni mcm spe ek. Dr say rupanya
Quote Carcosa 12-7-2024 06:06 PM
Walaupun meols tak tgk pun movie heols, tapi dari gambar2 heols di sini, meols terussss bukak api yachhh utk heols.
Ehhhh??!!!

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.097432 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top