CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9.1 juta vaksin Covid-19 dilupuskan setakat Jun lalu, Kerajaan Tanggung Kerugian RM185 Juta

11-7-2024 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22787| Komen: 22



Kuala Lumpur: Sebanyak 9.1 juta vaksin Covid-19 pelbagai jenama terpaksa dilupuskan membabitkan kerugian sebanyak RM185 juta, setakat 11 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelupusan itu membabitkan beberapa perkara antaranya logistik dan juga penyimpanan stok.

Katanya, sejak program imunisasi Covid-19 bermula pada 24 Februari 2021, kerajaan menerima sebanyak 84.5 juta dos vaksin sama ada melalui perolehan atau sumbangan.

"Atas persoalan berapa kerugian, saya tidak bermaksud negatif terhadap menteri-menteri terdahulu sebelum saya.


"Bagi menteri-menteri terdahulu sebelum saya, mereka tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan dengan itu saya memahami kalau ada kelebihan ia terkait dengan persaingan untuk mendapatkan vaksin itu adalah sangat sengit," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berhubung jumlah sebenar vaksin Covid-19 yang terpaksa dilupuskan kerana telah tamat tempoh dan berapa anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan.

Dr Dzulkefly berkata, kerajaan menerima 26 laporan daripada sejuta membabitkan kesan sampingan serius akibat penerimaan vaksin Covid-19 termasuk kemasukan ke dalam wad atau membahayakan nyawa.

"Kami mengakui dan sangat sedar serta ada pemantauan berterusan oleh Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) .

"Setiap satu kematian itu kita akan susuli dengan forensik bagi mengenal pasti terkait sebab musabab akan kes serius itu yang sentiasa diambil tanggungjawab," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 11-7-2024 09:56 PM
Edited by green~tea at 11-7-2024 10:14 PM

Weolz baru kena cobid lg last 2 weeks..

Kemain merata aiols merayap ke uk, iceland segala.. takde pun kenq kobid... tup2 balik mesia kat ofis je jangkit nyahhhh..

Tp covid tu mcm selsema mild 3 hari gitu je lah.. tak perasan apa sgt, just amek antihistamine sbb selsema.. tup2 seofis dah kecoh covid and kena sanitize few floors..
Quote dua_chzy 11-7-2024 09:59 PM
Hapo balik2 bukak tered similar topik nih.
Quote felinecat 12-7-2024 06:09 AM
Pastu bising cakap kewangan tenat..yg beli vaksin banyak2 tu dah kenapa
Quote felinecat 12-7-2024 06:10 AM
Pastu bising cakap kewangan tenat..yg beli vaksin banyak2 tu dah kenapa
Quote orkid_amani 12-7-2024 07:15 AM
Aii nam tau knp aefi covid tak dapat pampasan yaa? Padahai ramai yg dapat sode effect dari injection tuu
Quote kuzaime 12-7-2024 07:24 AM
orkid_amani replied at 12-7-2024 07:15 AM
Aii nam tau knp aefi covid tak dapat pampasan yaa? Padahai ramai yg dapat sode effect dari injection ...

Sebab sendiri sign consent letter, nak tuntut mcm mana? Jangan kata yg dapat aefi, yg dah berpindah ke negeri abadi pun ramaiiii
Quote orkid_amani 12-7-2024 07:31 AM
kuzaime replied at 12-7-2024 07:24 AM
Sebab sendiri sign consent letter, nak tuntut mcm mana? Jangan kata yg dapat aefi, yg dah berpinda ...

Ooh yaa ka..sebab tuu xboleh claim ka.. aii doa yg ada side effects dsri vaksin ni moga cepat sembuh. Aii pun nasib baik company wajibkn 2vaksin jaa.. booster tu company xwajibkn
Quote AbukRokok 12-7-2024 07:57 AM
kne buat sarat siapa nk dpt subsidi ron95 melalui PADU wajib lengkap 5 dos isi miyak tunjuk scan myS
barulah selamat duit rakyat xbuang vaksin tu
Quote naina 12-7-2024 08:57 AM
Duit kerajaan benda..duit rakyat tu ko boros tak tentu hala..
Quote grouper 12-7-2024 09:13 AM
Betul ke 26 je kesan serious dari sejuta laporan..maksudnya banyak le org report kesan vaksin ni
Quote vanilacup 12-7-2024 09:32 AM
grouper replied at 12-7-2024 09:13 AM
Betul ke 26 je kesan serious dari sejuta laporan..maksudnya banyak le org report kesan vaksin ni

Kalau ikut kesan AEFI utk vaks Covid ada lebih 1,000 perkara....
Ini terkandung dlm insert Vaks Covid
Entah kenapa rakyat Malaysia x tahu pasal insert vaksin....
Semua vaks termasuk kpd bayi dan kanak-kanak ada insert utk dibaca apa implikasi mengambilnya ....
Rasanya hanya Malaysia yg betul2 extreme memuja vaksin berbanding negara lain di dunia ...
X boleh langsung letak kesalahan pd vaks sat lagi ramai dtg marah dan back up kaw2 keindahan vaksin ..
Quote bitterchoc 12-7-2024 11:03 AM

185juta bukan sedikit.
Side effects bukan kecil.
Kematian bukan tak ramai.
Kalau virus ni man-made dan berniat jahat, moga-moga semua yg terlibat akan diazab dengan amat dahsyat dunia dan akhirat dengan segera.
Quote nikaido 12-7-2024 11:10 AM
KJ dgn Dr. Adham senyum je Dr. Dzul yg kena menjawab
Quote SedihPedih 12-7-2024 11:16 AM
Yg berkaitan COVID yg oversupply mmg rugi once dh control.

Mask, sanitizer, RTK kit, byk ke tong sampah sekarang.
Quote ina_na 12-7-2024 01:30 PM
Seret la kej ray ke mahkamah...iioss n anak sulung teruk sampai skrg kesan sampingan vaksin ni...anak bongsu iolss x cucuk vaksin covid elok je segar bugar...
Quote manop 18-7-2024 07:20 AM
Kahkahkah......lembaga itam wakil WHO buat2 masuk gua
Quote DeluluMelulu 20-7-2024 01:41 PM
Puiiii! Padan muka vaksin mRNA kaya dengan AEFI LAKNAT TU TAK LAKU!

ORDER LAH BANYAK-BANYAK LAGI??? DUIT RAKYAT HANGUS, YANG KAYA PENGELUAR VAKSIN MRNA CELAKA SEMUA TU. PUIII!
Quote DeluluMelulu 20-7-2024 01:43 PM
DOA MANGSA PENGANIAYAAN AKAN DIMAKBULKAN ALLAH.
TUNGGU JE TIBA MASANYA KEBENARAN BERKENAAN VAKSIN NI AKAN TERSINGKAP JUA!
Quote kemaruk 20-7-2024 02:44 PM
Kenapa penggemar vaksin tak sedut je cecair ni macam vitagen?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.040818 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top