GOMBAK – Ibu pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu, 30, hari ini membuat satu laporan polis terhadap tiga lagi individu yang memburukkan mendiang anaknya menerusi beberapa siaran langsung di aplikasi TikTok. Ibu mangsa, Puspa P. Rajagopal, 56, berkata tiga individu tersebut termasuklah seorang bekas pegawai polis wanita yang pernah dilanda kontroversi pada tahun lepas. Menurut Puspa, setelah anaknya yang mesra disapa Esha meninggal dunia, individu-individu tersebut didakwa telah memuat naik siaran langsung serta mengeluarkan komen-komen berbaur kesat terhadap mendiang anaknya. “Sepanjang minggu ni, macam-macam mereka kata anak saya, kurang ajar lah apalah selepas dua tiga hari kematian Esha tanpa fikirkan perasaan kami ahli keluarga. “Tiga individu ini iaitu dua lelaki dan seorang wanita sering memuat naik video siaran langsung pada hari yang berbeza-beza.
“Hentikanlah cakap pasal anak saya. Saya buat laporan ini supaya anak perempuan orang lain mereka tak buat benda yang sama. Saya hanya mampu bersabar sahaja dan serahkan kepada pihak polis,” katanya. Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak setelah selesai membuat laporan kira-kira pukul 8 malam. Terdahulu, wanita berusia 30 tahun itu ditemui meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa buli di media sosial. Esha dipercayai mengalami tekanan akibat diganggu dengan komen-komen jelik dan tidak wajar oleh beberapa individu yang kebanyakannya menggunakan nama samaran atau akaun palsu, sejak sebulan lalu. Dalam pada itu, Puspa berkata, keadaan kesihatannya kurang baik dan semakin merundum setelah pemergian anak bongsunya itu. Katanya, selain sukar tidur malam, dirinya juga mengalami masalah jantung yang lemah kerana membaca komen-komen berbaur negatif berkaitan anaknya. “Malam saya tak boleh tidur, menangis tak henti-henti sejak pemergian anak saya. Lepas dia (Esha) dah pergi pun ada lagi individu yang cakap buruk pasal mendiang. “Saya tak boleh elak daripada tak tengok sebab dia anak saya. Anak-anak yang lain pun ada juga melihat di TikTok mereka. Tolonglah suruh siapa yang membuli siber, jangan buat macam ni lagi,” rintihnya. Sumber : Kosmo |
dua_chzy replied at 12-7-2024 10:18 PM
Bekas pegawai polis tu sapa? Sheila kels ke? Dia ja kan polis pompuan hada kontroversi taun lepas?
monsterwife replied at 12-7-2024 11:12 PM
Kesian tengok mak mendiang ni
Type K kalau membawang memang kadang2 kalah acik2 bawang Type M
miss_perfect replied at 12-7-2024 11:19 PM
Dah mati pun masih kena buli jugak lagi. Kesian betul. Nak mak dia bunuh diri pulak ke?
annehuda replied at 13-7-2024 02:59 AM
Kes ape ni kenapa mendiang Esha ni dibuli kaw kaw sampai bunuh diri?
dua_chzy replied at 12-7-2024 10:20 PM
Btw tu gambar tu contoh muka ibu yang grieving ya. Ko boleh tengok kan memang dia tak kisah lansung ...
shernazz replied at 13-7-2024 01:02 AM
Orang mati anak mmg lain ya kak
Kawan iols anak mati eksiden mmg huru hara penampilan dia..
Takde ...
dua_chzy replied at 13-7-2024 09:20 AM
Sepatutnya kan. Bukan macam pembunuh Zaynn tu, anak mati dibunuh pun sempat mekap2 berdandan.
shernazz replied at 13-7-2024 09:02 AM
Orang mati anak mmg lain ya kak
Kawan iols anak mati eksiden mmg huru hara penampilan dia..
Takde ...
AWEKSAMURAI replied at 13-7-2024 09:37 AM
Especially anak mati bunuh diri lagi teruk perasaan tu weh
ADVERTISEMENT