KOTA KINABALU – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah bersedia mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku 10 tahun. Menteri Dalam Negeri itu berkata, langkah berkenaan merupakan susulan daripada kajian dan libat urus yang dibuat sebelum ini berkaitan kesesuaian Malaysia melaksanakan perkara tersebut. Katanya, ia bukanlah suatu perkara baharu berikutan beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand sudah mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku 10 tahun. “Bagaimanapun, perkara ini adalah pilihan buat rakyat sama ada pasport sah laku untuk 5 tahun atau 10 tahun. “Secara keseluruhannya, saya mahu memaklumkan kerajaan sudah bersedia ke arah itu, namun tarikh pelaksanaannya akan umumkan,” katanya selepas perasmian Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.
Dalam pada itu, Saifuddin menyatakan rasa bangga ekoran pasport antarabangsa Malaysia berada di tempat ke 12 terbaik di seluruh dunia dan menduduki tempat kelima di Asia. Katanya, ia bukanlah suatu perkara baharu berikutan beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand sudah mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku 10 tahun. “Bagaimanapun, perkara ini adalah pilihan buat rakyat sama ada pasport sah laku untuk 5 tahun atau 10 tahun. “Secara keseluruhannya, saya mahu memaklumkan kerajaan sudah bersedia ke arah itu, namun tarikh pelaksanaannya akan umumkan,” katanya selepas perasmian Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini. Dalam pada itu, Saifuddin menyatakan rasa bangga ekoran pasport antarabangsa Malaysia berada di tempat ke 12 terbaik di seluruh dunia dan menduduki tempat kelima di Asia. “Reputasi atau kredibiliti sebuah pasport itu diukur berdasarkan berapa banyak negara boleh memberi pengecualian visa pasport kita. “Siapa yang pegang dan gunakannya sebagai dokumen perjalanan boleh diberi pengecualian visa dihampir 183 buah negara. “Hal Ini berpandukan kepada indeks Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) 2024,” katanya. Sumber -KOSMO! ONLINE. |
ADVERTISEMENT