CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Makin Dekat Dengan Majlis Ilmu, Umie Aida Luah Perasaan Syukur Akui Bertahun Tunggu

12-7-2024 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 83953| Komen: 56



Pelakon terkenal, Nora Danish, semakin mendekatkan diri dengan majlis ilmu apabila mengesahkan kehadirannya di sebuah program agama di Kedah pada bulan Oktober depan. Berita ini disambut dengan gembira oleh rakan seperjuangannya, Datin Seri Umie Aida.

Umie Aida, atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, menyatakan rasa terujanya kerana sudah lama menunggu detik bermakna ini dan bersyukur kerana doanya akhirnya dimakbulkan.

“Alhamdulillah bertahun-tahun ku menanti kehadiranmu untuk program Festival Sunnah. Akhirnya Nora Danish sudah ‘lock date’ pada 5 Oktober nanti untuk hadir ke Festival Sunnah di Kedah, insya-Allah,” katanya dalam perkongsian di Instagram.


Mereka berdua turut mempromosikan Festival Sunnah 2022 yang bakal diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim menerusi laman sosial milik Umie Aida.

“Jangan lupa saksikan saya dan Datin Seri Umie Aida di Festival Sunnah, insya-Allah,” ujar Nora pula.

Difahamkan, Umie dan aktres berusia 42 tahun itu akan memeriahkan acara tahunan tersebut bersama beberapa selebriti lain. Festival Sunnah yang bertujuan untuk memperkaya ilmu agama dan mengeratkan silaturahim ini dijangka menarik perhatian ramai.

Rata-rata netizen turut teruja serta bersyukur melihat transisi Nora Danish yang semakin mendekatkan diri dengan agama. Komen-komen di media sosial dipenuhi dengan kata-kata semangat dan doa agar Nora terus istiqamah dalam perjalanannya ke arah menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

“Alhamdulillah, sejuk mata memandang. 1,000 kali lebih cantik dengan berhijab,” kata seorang pengikut.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, kebelakangan ini kerap memuat naik foto bertudung di media sosial, yang membuatkan ramai mendoakan agar imej tersebut dikekalkan.



Perubahan positif dalam hidupnya ini bukan sahaja menggembirakan para peminat, malah menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk terus memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 12-7-2024 11:06 PM
Artis ni iya2 ko nak pergi majlis ilmukena kecoh betapa bagusnya dorg. Slow down skit tak perlu nak jaja benda2 mcm ni, yg pakai tutup muka dulu dah bukak pun ada. So just keep for yourself, it is not something uncommon pun; makcik2 kampung pun pegi dgr ceramah agama. Over
Quote MisXoXo 12-7-2024 11:21 PM
Biolahh..artis promote ramai nk g.bagus apa..ajak pd kebaikan..eh..jgn panas hatiii
Quote Rindoo 12-7-2024 11:22 PM
Dlm artikel tu kata "mempromosikan"..
Quote Incanto 12-7-2024 11:25 PM
kalau aku jadi ND aku stres

dia baru nak pakai tudung, kenapa org lain yg lebih lebih
Quote Perawankota 13-7-2024 01:00 AM
Akak ND pon ada jual Muslimah wear kan
Quote downiey 13-7-2024 04:16 PM
semoga istiqomah
Quote dua_chzy 13-7-2024 04:18 PM
Tunggu ja jumpa boipren.

Masa tu nak tengok kekal istikomah cara Nora (i.e. bermekap tebal, menayang2 kecantikan di socmed) ke idok.
Quote noor2 13-7-2024 04:25 PM
dua_chzy replied at 13-7-2024 04:18 PM
Tunggu ja jumpa boipren.

Masa tu nak tengok kekal istikomah cara Nora (i.e. bermekap tebal, menayan ...

Kecuali bf dia ustaz...atau mcm fatah amin tu dari family yg nampak semua baik2 pakai tudung. Fazura tu mmg nampak berubah setelah kawin dgn fatah dan baju semua longgar2 sopan..
Quote irvene 13-7-2024 04:46 PM
alahai menyampah tgk ND duk bt muka cute, cakap pun mengada2. ko tu dh berusia bt cara dh berusia. ko pakai tudung pun, muka sebijik mcm mak ko.
Quote dua_chzy 13-7-2024 05:22 PM
noor2 replied at 13-7-2024 08:25 AM
Kecuali bf dia ustaz...atau mcm fatah amin tu dari family yg nampak semua baik2 pakai tudung. Fazu ...

Iya betol. Fazura tu betul2 huntong menikoh Fattah.
Quote noor2 13-7-2024 06:07 PM
dua_chzy replied at 13-7-2024 05:22 PM
Iya betol. Fazura tu betul2 huntong menikoh Fattah.

Tp fazura tu berubah, dia x warwar cerita nk pakai tudung semua...dia buat senyap2 kan....sekali pakai dia terus pakai tudung dan pakaian juga sopan longgar2

ND ni entahlah ya...kita tgk jela..dah dia yg warwarkan nk pakai tudung semua..takut tudung tu fesyen dgn pakaian ketat melekap ..hamponnn
Quote alesandra 13-7-2024 06:25 PM
Yang gamba belah kiri baju biru  tu xyah ler.ko tu lagi  10 thn nak menopause
Quote watymuchaz 13-7-2024 08:06 PM
noor2 replied at 13-7-2024 06:07 PM
Tp fazura tu berubah, dia x warwar cerita nk pakai tudung semua...dia buat senyap2 kan....sekali p ...

Jangan nnt jadik mcm kf...
Quote Manusiabesa 13-7-2024 09:11 PM
Ot.

Hihi tuhari kt live tt betty, mk nya bcor rhsia dlu2 ermapateema kuat clubbing dgn zzainudin . Betty marah makkk ni live jgn citerr rmai org tgok. mk dia kata aku xkisah, ni kisah zmn dlu2
Quote aemon 13-7-2024 09:23 PM
Nek aida ni mcm gampang.dulu jilat jah.wait and see malaysian katenyeh!ujung2 jah terdampar jadi dugong kepada dua ketul budak.
Quote sharlenetexas 13-7-2024 09:46 PM
Manusiabesa replied at 13-7-2024 09:11 PM
Ot.

Hihi tuhari kt live tt betty, mk nya bcor rhsia dlu2 ermapateema kuat clubbing dgn zzainudin .  ...

Tak silap kak habsah hasan yg nasihat ke jalan yg benar.

Quote Manusiabesa 13-7-2024 09:50 PM
sharlenetexas replied at 13-7-2024 09:46 PM
Tak silap kak habsah hasan yg nasihat ke jalan yg benar.

Ooooo
Quote LautBiru52 13-7-2024 10:04 PM
Kekal istiqomah nora. Semoga berjodohan dgn org yg boleh bimbing ke jln yg lurussss
Quote becir 13-7-2024 10:42 PM
Kalau i jadi nora i takkan bertudung skrg..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063821 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top