CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Susahkan Anak, Diana Danielle Rancang Masuk Rumah Warga Emas Bila Tua - "Saya Ada Jumpa Rumah Penjagaan Orang Tua Yang Bagus"

15-7-2024 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34552| Komen: 121


Pelakon Diana Danielle merancang untuk tinggal di pusat jagaan warga emas apabila sudah tua kelak dan enggan menyusahkan anak-anak seandainya ditakdirkan uzur.

Menerusi podcast Girl Math, Diana berkata dia tidak mahu anak-anak risaukan dirinya dan tidak mahu bergantung hidup kepada orang lain.

“Andai kata saya sakit, saya tak nak susahkan anak-anak saya. Saya pun tak mahu mereka risaukan saya. Saya ada jumpa rumah penjagaan orang tua yang bagus, jadi saya tak keseorangan apabila tua. Dari dulu saya tak suka bergantung kepada sesiapa, sebab itu saya ada perancangan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata dia percaya kehidupan di pusat jagaan akan memberikan ketenangan tanpa sebarang masalah.

“Saya tak nak peningkan kepala saya dengar masalah anak-anak. Saya nak hidup dengan orang-orang yang sebaya dengan saya, boleh karaoke, main catur atau berborak dengan mereka,” katanya.


Bagaimanapun, Diana berkata perancangan itu masih dalam pertimbangan  memandangkan anak sulungnya, Muhammad sudah berjanji mahu menjaganya.

“Saya pernah berborak secara serius dengan Muhammad, dan beritahu yang saya nak tinggal dengan dia apabila tua nanti. Dia janji yang dia akan menjaga saya dari segi kewangan dan sebagainya.

“Kami dah macam kawan baik dan boleh tinggal bersama-sama. Saya lihat ada sesetengah ibu dan anak tiada hubungan yang baik membuatkan mereka susah tinggal bersama,” katanya.

SUMBER: mStar Online/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 15-7-2024 09:57 AM
Good fr her.
Some xsetuju.
Tp to each their own lah.
Ntah bila kt mesia nk bykkn affordable nursing homes.
Range min 3k++perMth - 5k.
Tp di cater a-z lar rentua tuh.
Takut nyanyuk di hujung usia sian kt ank².
Quote SalenaGomez 15-7-2024 10:00 AM
Harap2 statement dia ni x mengecik kan hati emak nya sendir
Quote cm_vungtau 15-7-2024 10:07 AM
Depends la. Kalau anak ko brat, memang dia taknak jaga ko pun. Kalau anak ko baik, takdenya dia nak hantar ko rumah orang tua.
Quote cm_vungtau 15-7-2024 10:10 AM
Aku pulak pernah berjanji yang aku akan jaga ayah aku bila dia tua. Aku nak lepaskan anak2 belajar elok2 then aku nak focus pada ayah. Tapi ayah aku meninggal senang sangat, takde sakit panjang pun. Macam dipermudahkan, tak sempat aku nak jaga. Agaknya dia pun terdetik taknak susahkan anak, tu yang Allah permudahkan
Quote ina_na 15-7-2024 11:31 AM
SalenaGomez replied at 15-7-2024 10:00 AM
Harap2 statement dia ni x mengecik kan hati emak nya sendir

Terfkr mcm ni gak...sbb mak dia org melayu kan... Org kita ni sedikit sebanyak nak anak cucu jaga ms tua..nak anak cucu selalu blh rumah org tua ms free... Adekah FK sanggup duduk di rumah org tua... Dgn nak mendadih lg..hehehe
Quote kuzaime 15-7-2024 11:36 AM
cm_vungtau replied at 15-7-2024 10:10 AM
Aku pulak pernah berjanji yang aku akan jaga ayah aku bila dia tua. Aku nak lepaskan anak2 belajar e ...

AKu pun harap aku nanti x sakit yg perlukan penjagaan rapi dr anak2 sebab ujian tiap orang x sama, ada dah yg aku tgk bila org tua sakit, adik beradik sampai berpecah belah sebab gaduh kes mengelat x nak jaga
Quote wikedsaikel 15-7-2024 11:37 AM
Aku tengok kat TT kat Nogori ada yg concept resort. Harga 5 plus K tu 8k per month.
Quote bottombikini 15-7-2024 11:43 AM
sakan belanja ketet...
Quote wannoorazlina 15-7-2024 11:46 AM
aku kalau masih kuat aku nak duduk pondok mcm ustaz kazim tu..bayar le 1000 ke 2000 sebulan guna le duit kwsp dgn simpanan yg ada..
kalau udah sakit, aku nak le duduk tempat yg boleh jaga org sakit then bayar la ikut mana yg perlu..sebab tu la aku nak sangat menyimpan..sbb aku tau tua nanti aku sorang2 tak de sape..
Quote pyaarAmor 15-7-2024 11:47 AM
cm_vungtau replied at 15-7-2024 10:07 AM
Depends la. Kalau anak ko brat, memang dia taknak jaga ko pun. Kalau anak ko baik, takdenya dia nak  ...

X boleh main pukul rata mcm ni..anak2 yg baik akan memberikan penjagaan yg terbaik untuk ibubapa nya insyaAllah..sama ada jaga sendiri atau sediakan wang ringgit untuk dpt kan khidmat professional caretaker..masing2 ada pengorbanan dan cerita sendiri..
Quote Prickford 15-7-2024 12:00 PM
wikedsaikel replied at 15-7-2024 03:37 AM
Aku tengok kat TT kat Nogori ada yg concept resort. Harga 5 plus K tu 8k per month.

Iolls ada nampak jugak. Tengok kat reel FB. Cuma tak sure nusring home tu utk non muslim sahaja ke atau boleh campur2.

Quote syamzana 15-7-2024 12:11 PM
iols ok je dan mmg berfikiran mcm dia.
hsbd iols pun sama, mujur weols same wavelength
moh la menyimpan dari skrg utk check in dirumah org tua kemudian hari

mak iols pernah ckp, kalau anak tu dijaga dgn baik penuh kasih syg berebut anak2 nak jaga makpak dia tak kisah la susah ke senang.
Quote Manusiabesa 15-7-2024 12:18 PM
Habis baik dh la tu? Habis budiman dh la tu? Habis ibu terpaling ibu mitali dh la tu? Puki hg la.

Konsep melahirkan anak dan mmbesarkan anak pastinya tujuan menyuburkan keberkatan kehidupan berkeluarga. Mendidik anak penuh kasih syg, mndpt balasan anak yg budiman di masa tua, tiada istilah mmbebankan anak2 bg mnjaga ibu yg tua uzur.malah ada berkah rahmat allah dan pahala.

Utk apa masa tua nk dduk rumah org tua2 sklipun nk ringan kan beban anak? Anak2 xterbeban last2 anak2 penuhkan masa muda mereka dgn apa? Isap dadah? Gali lubang puki betina? Layan game siang mlm?

Cetek pemikiran, jahil agama kt dada tu.

Sama je 2×5 bengong mcm biras nya
Quote Momohizan 15-7-2024 12:48 PM
Edited by Momohizan at 15-7-2024 12:49 PM

I dah merasa jaga orang tua uzur bertahun2, lagi2 masa PKP Mahiadin babi bodoh. Stress gila sampai tahap doa nak mati muda taknak jadi tua.

I tak okay dengan rumah jagaan orang tua2 kat Malaysia. Hauk sehauk hauknya. Lagi3 yang under JKM. Even rumah jagaan yang dipantau under KKM pun hauk.

Kalau yang nak meniti usia emas tanak susahkan anak2
1. Jangan buat hutang sampai usia warga emas.
2. Pakat2 dengan adik-beradik or kawan2 tinggal sesama, hire caregiver, maid and driver.
3. Jaga kesihatan. Kalau sihat memang kurang sangat2 kos sara hidup bila dah tua.
4. Redha untuk mati, dah tua2 bagitau next of kin apa2 hal emergency - sesiap buat DNR order (Do-not-resuscitate) suruh next of kin tunjuk kat doctor. Penat tau tengok nenek2 yang actively dying/nazak nak kena CPR. Dah sedar dengan dada bruised terbaring anak cucu bukan jaga pun kat wad...nambah kerja misi and HO
Quote Fly_over 15-7-2024 12:54 PM
bapak iols dulu gini la dia ckp. siap ckp kt org2 yg dtg raya. now duk clingy la pulak suh anak balik tiap hari siap hint2 paksa lg suh duduk serumah. ada adik lelaki sorg blm kawen ghisau bebeno kalau xde yg nk duduk dgn dia.
Quote Momohizan 15-7-2024 12:55 PM
Kawan2 I yang level T20, yang mak pak baik takde pun hantar mak pak dia pergi rumah jagaan. Gigih dia amik nurse Philippines jadi caregiver. Mak pak even yang dah mula nak nyanyuk pun tak mau pergi rumah jagaan. Diaorang kata, kalau mak pak depan mata, kat rumah, hati lagi senang. Kalau hantar pusat jagaan tak tau apa jadi kat sana, nak kerja pun hati tak tenteram. See...you reap what you sow kekdahnya. Kalau mak bapak toxic, mulut hazabedah...memang padan la duduk rumah jagaan.
Quote azimodin 15-7-2024 12:55 PM
Bagus. Sekarang ada rumah jagaan yg ala2 day care. Pergi pagi petang anak2 ambik. Jadi malam2 boleh la duduk rumah sendiri. Pusat jagaan sekarang pon ada yang jenis macam studio, boleh masak2.
Nak2 kalau anak kita tu perempuan. Keutamaan dia jaga suami. Kalau suami dia kat sabah, kita kat selangor xkan la nak suruh anak kita balik jaga kita kat selangor. Pastu xkan la nak paksa menantu kita pulak pindah selangor sedangkan dia pon ada tanggungjawab kepada mak bapak dia.
Quote azimodin 15-7-2024 01:07 PM
Ex manager kat ofis iouls dah selamat self check in retirement home kat seremban.sebulan 7-8k fee, suite 2 bilik. Lawa woii.. lagi lawa dari rumah yang dia duduk. Tapi dia still balik rumah dia bila anak2 balik dari kolej (kawen lambat, dah bersara anak baru masuk uni). Wife dia ada lagi tapi masih berkerja, selalu attend symposium/conference luar. Dia masih maintain kereta mewah, xde apa yang berubah.
Dia kata enjoy duduk retirement home, xpayah pening nak keluar makan kat mana. Dia pon ada sakit chronic, kat retirement home ada penjaga. Pernah tanya dia kenapa x ambik nurse jaga kat rumah, dia kata x best la duduk berdua dengan nurse. Kadang2 dia share pergi kelas yoga/swimming. Retirement home dia siap ada kebun sayur, bukan la macam dalam rancangan bersamamu
Quote supernaturalee 15-7-2024 01:10 PM
Momohizan replied at 15-7-2024 12:48 PM
I dah merasa jaga orang tua uzur bertahun2, lagi2 masa PKP Mahiadin babi bodoh. Stress gila sampai t ...

point no. 4
ada 1 short film documentary di netflix psl ni
ada 1 kes tu, sian ye dying sgt2 dh nenek ni
bedridden je pun
totally on mesin je
tp family berkeras xnk let go
siap doa bagai
dorg nk expect ape? miracle?
arwahnya bertahan smpi 3 mgu ke 2 bln mcm tu kot
lama gile ye dlm keadaan begitu
sanggup ye family treat her like that



ok jumpa dah: EXTREMIS


Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.099885 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top