CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima 'Teringin', Bukan Suka-Suka Tanggal Tudung - "Ia Kerana Faktor Kesihatan Sebab Saya Selalu Kena Migrain, Saya Tak Boleh Kena Panas"

15-7-2024 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37077| Komen: 140


"Bila kita buat benda baik, berniaga dari rumah, mereka (masyarakat) tak support. Bila saya nak cari duit nak buat bisnes kecil-kecil dari rumah seorang pun tak pedulikan.

""Saya jual mee rebus dan mee jawa secara online pun tiada sambutan. Bila macam ini, mereka riuh satu kampung," kata penyanyi Shima Kamarazzaman.

Shima yang popular menerusi lagu Teringin mengulas mengenai kekecewaan terhadap peminat yang mengecamnya tanpa usul periksa. 

Nama penyanyi itu menjadi tular berikutan sebuah portal hiburan memuatkan pengakuannya yang kini tidak lagi bertudung.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, berkata, perbuatan ini bukan dilakukan suka-suka tetapi dibuat atas nasihat doktor. 

"Ia kerana faktor kesihatan sebab saya selalu kena migrain. Saya tak boleh kena panas, nanti sakit itu menyerang. Bahagian leher pula selalu naik ruam panas. Letak ubat pun lambat nak sembuh. 


"Saya sensitif dengan panas dan sangat alergik. Sakit ini akan menyerang. Suami pun tahu perkara ini. Saya pun dah tiga tahun tak bertudung kerana masalah penyakit ini.

"Saya biasa sahaja cuma saya tak muncul di media sosial. Itu sahaja," katanya kepada Harian Metro. 



Menurutnya, sebelum ini dia mengalami kesakitan dan bergelut sendirian untuk ke hospital tanpa wang, namun tiada siapa peduli. 

"Saya tak ambil peduli pun dengan kecaman. Nak kecam, kecamlah. Saya bukan budak lagi. Saya tak makan dek kecaman, tak berkudis pun." katanya. 

Ditanya keadaan kesihatan sekarang, Shima berkata, penyakit bronkitis yang dideritainya setahun lalu mula beransur pulih.

"Saya berjalan pagi-pagi bersama suami di sekitar kediaman dan alhamdulillah penyakit ini beransur pulih. Cuma kalau nak menyanyi kena perlahan-lahan kerana paru-paru masih lemah," katanya. 

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siasia 15-7-2024 11:27 PM
Iyooolah acik shima
Masyarakat juga yg salahnya
Quote siasia 15-7-2024 11:29 PM
Lagipun hr tu pakai tudung sp pula yg suh pakai tudung labuh2 berat2 gitu. Ustazah2 pun x pakai labuh berat gitu. Bergaya gaya je mereka..
Quote NonaNaga 15-7-2024 11:57 PM
kak shima terlalu rindu zaman gemilangnya ....
masa tu persaingan kuat dengan Ella...
kak shima berjaya tewaskan Ella persembahan terbaik AJL 91 ke 92
then kak shima mendonia beberapa tahun in 90s dlm 10 tahun.
kesah cinta kak shima dengan Kamal...
tapi kak shima akhirnya menikah dengan ntah sapa sapalah ...beberapa suami...tak kekal...yg pertama dengan the boys tu pun gagal kan...

kak shima masa masuk GV walaupun keras masih ok lagilah...
kak shim depress rasanya
Quote Carcosa 16-7-2024 12:17 AM
Hahhahahhaa aku tertawa dgn statement NekShima.
Sgt dangkal bunyik nya.
Quote pocongkiutss 16-7-2024 12:25 AM
Kalau dh tua pikun tak wajib dh pakai tudung..tp tua pikun tu level nek hasmah la kan..hehe
Quote asfaz 16-7-2024 12:37 AM
Jualan takde sambutan
- tak sedap
-rege mahal
-qty sikit tak berbaloi dgn harga

Yg mana 1? Or 3-3?
Mcm tpt ai ni jual karipap frozen. Inti oksigen,saiz makin kecik,harga naik ,ketuk pintu rumah org tak bagi salam time maghrib. Pantang betul . selagi tak bukak selagi tu ketuk macam nak roboh.
Quote sharlenetexas 16-7-2024 12:39 AM
Ikat skarf macam ni ajelah nekshima.
IMG_20240716_003825.png

Quote sharlenetexas 16-7-2024 12:40 AM
NonaNaga replied at 15-7-2024 11:57 PM
kak shima terlalu rindu zaman gemilangnya ....
masa tu persaingan kuat dengan Ella...
kak shima berj ...

Kawin dgn satiman pastu dengan kokesen. 4x kawin kot.

Quote Jitu 16-7-2024 01:25 AM
suka dengar lagu2 acik shima
semoga dipermudahkan urusan acik shima
Quote Nsymhmd 16-7-2024 02:17 AM
Edited by Nsymhmd at 16-7-2024 11:40 PM

Banyak je tudung sekarang yang material dia ringan, and yet praktikal dengan cuaca Malaysia. Paling senang, pakai tudung sarung je.
Quote HappyGumbira 16-7-2024 02:21 AM
iols pun ada masalah yg sama cam acik shima, masa tu kbtulan jumpa doktor non muslim, iols pun dapat nasihat yg sama cam acik shma. Tp iols pk la solution instead of cabut tudung. Tak leh pakai tudung straight 8 jam, by lunch hour time rehat ke apa mesti buka tudung. Tak pakai tudung lilit leher, pakai material airy, cotton ke.
Quote anony-mous 16-7-2024 02:40 AM
HappyGumbira replied at 16-7-2024 02:21 AM
iols pun ada masalah yg sama cam acik shima, masa tu kbtulan jumpa doktor non muslim, iols pun dapat ...

Good for u. Yela doc tu bkn islam mmg mudah dia ckp. Ujian utk org islam. Mmg betul sapa ada migrain xboleh lama2 tutup kepala nnti lg melarat. Klau pakai ank tudung, dpt cabut ank tudung pon dah best rasa ringan. Zmn ni lg mudah sbb material byk yg ringan n sarung gitu je. At least ada usaha la bkn terus buka
Quote ashilalat 16-7-2024 02:51 AM
Shima ni entah kenapa kurang bernasib baik berbanding Ella, padahal zaman 90an dlu Shima antara pencabar Ella yg terhampir.

Dari segi suara, aku prefer Shima berbanding Ella.

Album : Shima ada 9 album, Ella ada 10 album

AJL : Shima lebih banyak beraksi di pentas akhir AJL sebanyak 4x (Setelah Aku Kau Miliki, Teringin, Apa Kurasa, Aku Tetap Aku) dan menang sekali. Ella hanya beraksi 2x di pentas AJL (Sepi Sekuntum Mawar Merah, Simbiosis) dan x pernah menang.

AIM : Shima pemenang vokal wanita terbaik di AIM pertama. Ella tak pernah menang vokal terbaik di AIM.

Tapi mungkin Ella ada team pengurusan yang betul² jaga dia, dia pon serius stick pada genre rock dan sentiasa jaga penampilan dan kesihatan membuatkan Ella masih relevan berbanding Shima. Plus point satu lg, Ella ada personaliti manjah tu membuatkan dia ada trademark tambahan berbandinh Shima.

Shima pernah hilang dari radar agak lama lepas album Aku Tetap Aku. Tenggelam timbul mungkin sbb x de team yang bagus. Muncul semula dalam GV pon masa GV belom jadi fenomena.

Berkenaan dgn tudung ke tak bertudung, lantak aciklah. Dia pon ntah² pernah melalui benda yg lg teruk dikecam sebelom ni. Kehidupan dia. Yg korang sibuk² pon, kalau dia sakit, bukan korang yg nak tolong dia. Hahaha.
Quote luvcomot87 16-7-2024 02:57 AM
I pn mudah sakit kepala bertudung lama².. Paling hazab kalau balik umah MIL 24hours bertudung sbb siblings suami all boys.. So beli tudung yg airy lah.. Uniqlo ada,calaqisya pn ado.  Kuar bilik dlm 2,3 jam pastu masuk  bilik cabut lah tudung,buat ms ni xmo la free hair
Quote AWEKSAMURAI 16-7-2024 03:13 AM
Aku masa skolah rendah x pnah pakai tudung n baju kurung ..masuk form 1 di wajib kan pakai baju kurung n tudung . Sminggu sekali aku pengsan tersadai paling teruk jatuh tangga skolah sampai berdarah sbb pening. Ending doktor buat surat aku x perlu pakai tudung tp rasa ganjil sgt2. Malu pun ada hahah walau aku mmg x bertudung lpas skolah. Last aku buat keputusan pakai tudung je bukan anak tudung sekali.sampai skrg aku x pakai skaff pun aku just pakai tudung ja.
Quote hyie 16-7-2024 04:13 AM
orang 50an dan ke atas memang over sensitif iya kalau terkena sesuatu penyakit. Iols faham maksud sheols tu. Daripada pakai serkup ke apa, baik togel aje senang. Kang dah berserkup nak kena bukak kejap pastu serkup balik renyah plak la kan. Nak mengamuk aje rasa
Quote mizzmimi 16-7-2024 05:40 AM
ashilalat replied at 16-7-2024 02:51 AM
Shima ni entah kenapa kurang bernasib baik berbanding Ella, padahal zaman 90an dlu Shima antara penc ...

Dulu pernah baca kat majalah shima ni disiplin teruk. Masa tu sheols datang lambat show apa ntah. Majalah tu tulis siap tepek gambo. Memang teruk sangatlah kalau sampai masuk majalah camtu. Diva syndrome kot.
Quote TomyamPuteh 16-7-2024 06:17 AM
Pesakit Kanser otak pun xde sampai terlucut tudung wahai nek Ma.
Quote lolipopmanish 16-7-2024 06:23 AM
Sesekali ku rasa teringinnnnnn…….

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051021 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top