CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Nampak Nedim Dengan Perempuan Lain, Jangan Sampaikan Kepada Saya” – Nora Danish

15-7-2024 11:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 112672| Komen: 1615



Pelakon Nora Danish telah membuat kenyataan mengenai kehidupannya selepas bercerai dengan bekas suami, Nedim Nazri. Nora menegaskan bahawa mereka kini mempunyai kehidupan masing-masing dan meminta agar orang ramai tidak lagi membicarakan tentang kehidupan peribadi Nedim kepadanya.

Menurut Nora, penceraian tersebut adalah atas permintaannya sendiri dan beliau tiada masalah jika Nedim dilihat bersama wanita lain. Beliau juga menegaskan bahawa mereka tidak tinggal serumah dan hanya berhubung atas urusan anak.



“Tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita lain kerana penceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dengan kehidupannya.


“Jangan sampaikan kepada saya okay? Masing-masing sudah melalui jalan berbeza,” katanya.

Perkahwinan Nora dan Nedim yang bermula pada 30 Mac 2017 berakhir pada 16 Jun lalu, dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl yang berusia 6 tahun.

Nora juga pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Rayqal yang kini berusia 15 tahun, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan penceraian pada 2008.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 16-7-2024 12:23 AM
Nekad dan berpatah arang sungguh nd. Anaknya neyney tu sweet ikut air muka nd
Quote DeLuna85 16-7-2024 01:00 AM
Nd dah tak heran pun.
Quote riyadhK 16-7-2024 01:25 AM
Apa la gamaknya yang buat she berpatah arang berkerat rotan ni
Quote zuriey 16-7-2024 08:27 AM
Siapa lah kepochi sibuk mengadu domba dkt nd tu
Entah2 acik porem
Quote BoongaKertas 16-7-2024 08:33 AM
mmg dulu ingtkan sheols cinta mati tp tgk lps cerai mcm ni, mmg ada lah tu yg buat sheols no turning back kot kan?
Quote BoongaKertas 16-7-2024 08:34 AM
meols doakan sheols dipertemukan dgn jodoh yg lebih baik yg boleh membimbing sheols ke arah kebaikan. jap, dr munzir ex hidung tu dah single ke belum? mcm helok jer beliau.
Quote noor2 16-7-2024 08:38 AM
Edited by noor2 at 16-7-2024 08:39 AM

Cantiknyaaaa muka nora dlm gambar ni...perfect...mmg bukan mcm pure melayu...mmg dia bukan pun...
Quote mizruncing 16-7-2024 08:58 AM
terkejut dia bg statement mcm ni. seolah2 no turning back no ned dahh. sedangkan now dalam iddah boleh lagi nak baik2
Quote kaedahnya 16-7-2024 09:25 AM
cantik nora danish. badan kecik nampak awet muda, harap dia tak adjust muka macam retis retis lain tu hah
Quote lasagna 16-7-2024 10:58 AM
waa deep betul kata2 nowa ni..
mmg no turning back. confirmed.
Quote apedehal 16-7-2024 11:01 AM
BoongaKertas replied at 16-7-2024 08:34 AM
meols doakan sheols dipertemukan dgn jodoh yg lebih baik yg boleh membimbing sheols ke arah kebaikan ...

Cam akward jaa...munzir tu befwen ned2
Quote Mary_jane 16-7-2024 11:03 AM
Apa lah jenis menyampai2 ni, seronok jadi spy tak berbayar?
Quote MisXoXo 16-7-2024 11:10 AM
Haritu sapa tgk status Anju.I love u kat bossned
Quote edoraixora 16-7-2024 11:17 AM
tiber aku baca macam read between lines kekdahnya
secara subtle, ND nak bagitau yg Ned mmg kaki pompuan, sbb tu mintak cerai
Quote goldcarrot 16-7-2024 11:21 AM
MisXoXo replied at 16-7-2024 11:10 AM
Haritu sapa tgk status Anju.I love u kat bossned

Serious lahhhhh??? Downgrade sgt2 tu
Quote goldcarrot 16-7-2024 11:22 AM
Nora ni tiap kali pon statement dia lembut je. Suka lah dia ni
Quote jula7 16-7-2024 11:25 AM
mmg berpatah arang la nd kalu gitu..biarlah..masing2 dengan kehidupan baru..mulakan yg fresh..ntah sapa jugak la sibuk nak jd penyampai tu..bagila dorg ruang dan masa ..lagipun..mmg dah lama dorg asing rumah pun..what do u expect?
Quote Suci_Murni 16-7-2024 11:25 AM
acik suci plak terbaca status mak alip x cukup skandal tulis respek dgn ND sbb x kisah dgn spe x laki dia nak dating dan hanya berhubung baik sbb anak...

kiranya dia nak bella & penyokong memasing move on dgn kisah pahit perceraian anak menantu dia.
Quote izzah_mia 16-7-2024 11:32 AM
MisXoXo replied at 16-7-2024 11:10 AM
Haritu sapa tgk status Anju.I love u kat bossned

ada ternampak anju ni komen kat post Ned tapi tak sure post mana.
nak masuk jarum ke

Lihat semua komen(1615)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.226760 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top