CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh tingkat 16 pangsapuri Presint 9, Putrajaya

16-7-2024 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28650| Komen: 114



PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak dilapor maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri di Blok 12 E3, Fasa 12, Presint 9, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.50 pagi itu melibatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Katanya, pihaknya melalui Pusat Kawalan Daerah menerima panggilan dari MERS 999 berhubung kejadian berkenaan.

“Selepas menerima maklumat berkenaan sepasukan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Pihak polis dimaklumkan ambulans telah bawa mangsa ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 16-7-2024 12:09 PM
mcm pernah jadi before kat putrajaya. tmpt yg sama ke?
Quote pooh~key 16-7-2024 12:11 PM
BoongaKertas replied at 16-7-2024 12:09 PM
mcm pernah jadi before kat putrajaya. tmpt yg sama ke?

Ye sissy. Kat blok sebelah katanya sissy.
Quote dua_chzy 16-7-2024 12:14 PM
pooh~key replied at 16-7-2024 04:11 AM
Ye sissy. Kat blok sebelah katanya sissy.

Patut la macam pernah nampak gambar bangunan tu..

Dah angker la kot tempat ni.
Quote prettyuglybabe 16-7-2024 12:21 PM
nampak macam ada grill tingkap rumah..
Quote selipar_hijau 16-7-2024 12:31 PM
Tu kuaters ke apartment biasa?
Quote supernaturalee 16-7-2024 12:32 PM
pooh~key replied at 16-7-2024 12:11 PM
Ye sissy. Kat blok sebelah katanya sissy.

tak pernah jd kt sini
kes sblm ni kuarters jgk tp bkn putrajaya
cuma quite similar, tgkt 16, kuarters kerajaan

tp tak nafi jgk bnyk kes dh jatuh sekitar kuarters di putrajaya ni
be it kids, teenage or elder people


Quote BoongaKertas 16-7-2024 12:33 PM
pooh~key replied at 16-7-2024 04:11 AM
Ye sissy. Kat blok sebelah katanya sissy.

alahai ya Allah. kenapaaaaaaaaa jd lg ni
Quote noor2 16-7-2024 12:39 PM
Mak ayah x de kat rumah waktu ni..pi hantar anak2 lain...si kecik ni tgh tidur ditinggalkan kejap
Quote Ai_kiu 16-7-2024 12:43 PM
noor2 replied at 16-7-2024 12:39 PM
Mak ayah x de kat rumah waktu ni..pi hantar anak2 lain...si kecik ni tgh tidur ditinggalkan kejap

Ya Allah.. tolong la sesiapa pun yg dewasa jgn tgl budak2 bwh umur kat rumah sendirian
Kita rasa keluar tu kejap dlm 5-10min camtu
Tp percaya la kecelakaan xkira berapa 'kejap' kalau nk terjadi. So beringat la..
Kalau terpaksa keluar jugak, angkut je skali smbg tido dlm kereta
Quote noor2 16-7-2024 12:55 PM
Ai_kiu replied at 16-7-2024 12:43 PM
Ya Allah.. tolong la sesiapa pun yg dewasa jgn tgl budak2 bwh umur kat rumah sendirian
Kita rasa k ...

Sedih tgk gambar kat wasap..terus delete x sampai hati tgk
Quote dagusengett 16-7-2024 12:58 PM
Jgnla amik risiko tak secure rumah dulu
Sometimes kita kat dlm rumah pun boleh tak perasan anak buat apa
Tak kesahla kuarters ke sewa ke
I pun masa wfh adoii boleh terdengar dari dlm bilik anak panjat grill
Tapi dia jenis penakut so tak buas but we never know kan
Quote KakRumiMenari 16-7-2024 01:13 PM
Edited by KakRumiMenari at 16-7-2024 01:15 PM
noor2 replied at 16-7-2024 12:39 PM
Mak ayah x de kat rumah waktu ni..pi hantar anak2 lain...si kecik ni tgh tidur ditinggalkan kejap


Alahaiiiiii........ selagi tak jadi kt batang hidung sendiri, mmg semua akan nampak "ok, takpe, alaaa sekejap je".. sbb tu kejadian yg sama  berlaku kat mana2, berulang2..

Lps tu netz terbagi dua.. 1 netz kecam, 1 netz husnuzon takde mak pak nak perkara tak elok jadi kat anak..

Rumi bukan marah kak noor taw hehehe.. nak luahkan sedih, kesal je.. declare sesiap hihi

Quote Ai_kiu 16-7-2024 01:20 PM
noor2 replied at 16-7-2024 12:55 PM
Sedih tgk gambar kat wasap..terus delete x sampai hati tgk

Quote da_lynn 16-7-2024 01:28 PM
Baca kat metro, arwah anak bongsu dari 2 beradik, ayah hantar anak sulung ke sekolah nearby, mak cikgu kat tadika bawah blok. Memang arwah selalu ditinggalkan sorang² sampai bangun tidur & lepas tu dihantar ke taska. Boleh consider as negligence ke ni?
Quote xtinkerbellx 16-7-2024 01:28 PM
G tinggal anak
Quote vanillaninja 16-7-2024 01:31 PM
Nampak macam setiap unit ada grill. Macam mana boleh lepas. Ya Allah mesti adik ni terjaga terus cari mak. Sebab anak I macam tu la, bangun2 pagi mesti cari I dulu. Sedihnya la
Quote edoraixora 16-7-2024 01:33 PM
macam dejavu pulak rasa
sebelum ni pun rasa macam penah baca kisah tinggalkan anak sesorang
Quote lightheaded67 16-7-2024 01:36 PM
da_lynn replied at 16-7-2024 01:28 PM
Baca kat metro, arwah anak bongsu dari 2 beradik, ayah hantar anak sulung ke sekolah nearby, mak cik ...

ingtkn anak ramai no huhu
Quote shernazz 16-7-2024 01:38 PM
Takde ke ayat boleh buat anak lagi..
Huhu..

Kesian adik ni..kalau biasa ditinggalkan maknanya dia biasa kat rumah la tu..ada la dia teringin nak tau mcm panjat tingkap ke apa ke

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034014 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top