CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shikin jaga hubungan dengan Chef Wan - "Hubungan kami masih baik dan boleh anggap seperti anak dan ayah"

16-7-2024 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29746| Komen: 62



Kakak pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong masih menjaga hubungan baik bersama keluarga bekas suami, Chef Riz yang juga anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Shikin, 41, berkata dia tidak memutuskan hubungan bersama keluarga bekas mentua, malah Chef Wan juga masih menerima kehadirannya selepas bercerai dengan Chef Riz pada 2016.

"Hubungan kami masih baik dan boleh anggap seperti anak dan ayah. Tiada perbezaan, saya juga masih panggil Chef Wan sebagai papa dan suami sekarang, Cat Farish pun panggil papa juga. Semuanya baik-baik sahaja, Alhamdulillah.

"Papa cakap, sampai bila-bila pun saya dianggap sebagai anaknya dan anak-anak saya juga adalah cucunya," katanya ditemui pada majlis perasmian pusat kesihatan dan kecantikan, Laman Seri Business Park, di sini, hari ini.

Terdahulu, keakraban antara Shikin dan keluarga bekas suami jelas kelihatan apabila bertandang ke kediaman Chef Wan sempena Aidiladha lalu, lantas menuai komen positif netizen.


Shikin berkata, Chef Wan juga gembira dengan kehidupannya sekarang selepas mendirikan rumah tangga dengan Cat pada 14 Julai tahun lalu.

"Kami kongsi kebahagiaan bersama. Papa sangat gembira lihat kehidupan saya. Bagi saya, kena tengok kepada pasangan, bila kahwin dengan Cat, dia pun ada anak dan mentua. Sampai bila-bila pun, itu adalah mentuanya.

"Dia boleh terima dan faham saya. Tak ada istilah cemburu atau apa. Sama juga dengan saya. Bila Cat jumpa anak atau bekas isteri, saya okay sebab kami ada anak.

"Saya hormat mentua sebelah sana dan dia pun hormat. Papa juga sangat gembira dapat berjumpa Cat," katanya.

Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz pada 5 Disember 2014, namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya, 9.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 16-7-2024 11:47 PM
https://www.mstar.com.my/spotlig ... urat-saman-rm1-juta

Yg ni taknak sebut ke
Quote becir 17-7-2024 12:20 AM
asfaz replied at 16-7-2024 11:47 PM
https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2022/02/20/gara-gara-tegur-bekas-menantu-chef-wan-dapat-s ...

untung sgt sheols lepas tak jadi saman, chef masih sudi terima laki bini dtg rumah..kalau i, urm
Quote oggy 17-7-2024 12:26 AM
Rugi besarlah kalau tak berbaik..
Chef Wan tu murah hati dan tak berkira orangnya.
Dapatlah merasa sipi2.
Quote asfaz 17-7-2024 01:00 AM
becir replied at 17-7-2024 12:20 AM
untung sgt sheols lepas tak jadi saman, chef masih sudi terima laki bini dtg rumah..kalau i, urm : ...

Msa tu dia bini orang kaya kan? Lagak lah..
Rugi tak buat baik dgn cep1. Ada anak pulak tu. Menantu cep1 paling cntik ana dahlia.
Quote 800214 17-7-2024 05:59 AM
asfaz replied at 17-7-2024 01:00 AM
Msa tu dia bini orang kaya kan? Lagak lah..
Rugi tak buat baik dgn cep1. Ada anak pulak tu. M ...

Rasanya ana dahlia ni dah kembali janda. Tudung pun dah terbang
Quote TomyamPuteh 17-7-2024 06:35 AM
Dok berharap harta Chef Wan la tu. Ewwww. Tak malu.
Quote bottombikini 17-7-2024 06:47 AM
aiyoo bergado mcm nak kiamat
hujung2...

sbb tu kite netz kena makan cikedis kat tepi padang je
jgn side sape2
Quote lucky_peace 17-7-2024 07:00 AM
asfaz replied at 17-7-2024 01:00 AM
Msa tu dia bini orang kaya kan? Lagak lah..
Rugi tak buat baik dgn cep1. Ada anak pulak tu. M ...

Mana eh ana dahlia ni skg? Ada berlakon lagi ke?
Quote asfaz 17-7-2024 07:24 AM
Edited by asfaz at 17-7-2024 07:25 AM
lucky_peace replied at 17-7-2024 07:00 AM
Mana eh ana dahlia ni skg? Ada berlakon lagi ke?


Nmpk dgn A.Aida. mcam ada je lagi berlakon. Anak 2 org. Comel anak2 nya. IG dia mcm dah private dlu tak private. TikTok tak private. Tpi tak banyak gbr la.
Quote scarflicious 17-7-2024 08:05 AM
Rugi lah. Nnti sy nak byr nafkah anak dia.
Quote Cpkay 17-7-2024 09:13 AM
rugi kalau gaduh.. nnt atuk tak bagi duit..
Quote 3chanceno 17-7-2024 09:24 AM
asfaz replied at 16-7-2024 11:47 PM
https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2022/02/20/gara-gara-tegur-bekas-menantu-chef-wan-dapat-s ...

Forgive & forget kekdahnya  tiap bulan masyukkkk, tanpa kes saman menyaman

Quote kucingitam 17-7-2024 09:45 AM
rugi kalau tak berbaik..tahan je la mulut cep wan tu sikit..tapi cep wan ni baik..
Quote lucky_peace 17-7-2024 10:48 AM
asfaz replied at 17-7-2024 07:24 AM
Nmpk dgn A.Aida. mcam ada je lagi berlakon. Anak 2 org. Comel anak2 nya. IG dia mcm dah private dl ...

Ooo, baru google gak. Igtkan dia kawen dgn mamat sado yg g siam sama2 tu, rupanya dgn org lain.
Quote hokeypokey 17-7-2024 01:37 PM
Jaga la hati bekas pak mentua kaya tu.. untung2 nanti kot dia mati ada harta dia tinggal utk anak ko
Quote anony-mous 17-7-2024 01:56 PM
Sbb cep wan kaya kan?? Dpt la kikis utk ank ko walaupon klau ikut waksiat, ank dia xlayak pon dpt rete cep wan
Quote rosewhite 17-7-2024 02:11 PM
anony-mous replied at 17-7-2024 01:56 PM
Sbb cep wan kaya kan?? Dpt la kikis utk ank ko walaupon klau ikut waksiat, ank dia xlayak pon dpt re ...

anak dia pun edisi kalkulator kan.
Quote rosewhite 17-7-2024 02:12 PM
anony-mous replied at 17-7-2024 01:56 PM
Sbb cep wan kaya kan?? Dpt la kikis utk ank ko walaupon klau ikut waksiat, ank dia xlayak pon dpt re ...

anak dia edisi kalkulator kan
Quote anony-mous 17-7-2024 02:37 PM
rosewhite replied at 17-7-2024 02:12 PM
anak dia edisi kalkulator kan

Ye uols kalau ikut faraid, ank dia x layak dpt sesen pon. Bernasabkan mak je. Dulu kemain ckp berdegar2 dgn cep wan. Skrg kahwin jantan semikin, lain plak bunyi nya.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066229 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top