CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ingatkan Nak Dapat Anak Tu Senang Tapi Sebenarnya Tidak” - Elizabeth Tan

17-7-2024 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31842| Komen: 9


Selepas mengalami keguguran pada Februari lalu, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan masih menunggu rezeki untuk dikurniakan zuriat.

Memetik Oh Bulan, Elizabeth berkata dia dan suaminya, Dr Siew Jim Ding masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.

Malah, Elizabeth berkata dia dan suami yidak menolak melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) namun mereka tetap berusaha secara semula jadi untuk mendapatkan zuriat.

“Saya dan suami okay jika nak buat In vitro fertilisation (IVF) tapi kami nak bagi masa untuk diri sendiri selama setahun lebih. Sekurang-kurangnya kami tahu bahawa saya boleh hamil. Kalau tak dapat melakukannya secara semula jadi, baru kami akan pergi konsultasi IVF,” katanya.

Sementara itu, Elizabeth berkata dia mengakui emosi dan kesihatannya sedikit terganggu selepas keguguran itu, namun dia juga menjaga kesihatan dengan melakukan senaman dan berharap membantu dalam usaha mendapatkan zuriat.


“Saya ingatkan nak dapatkan anak itu mudah tapi sebenarnya tidak. Saya tak sangka tubuh badan saya bertindak sedemikian. Selepas beberapa bulan kemudian, hormon saya terganggu sehingga saya terpaksa mengambil ubat dan menjalani rawatan. Tapi sampai sekarang belum ada rezeki lagi.

“Saya juga selalu melakukan senaman kardio setiap minggu agar badan lebih sihat dan juga mengamalkan pemakanan sihat,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 18-7-2024 08:08 AM
try again
Quote Kancilkering 18-7-2024 08:13 AM
hari tu nampak this chinese couple dapat anak twin tapi dua dua cerebral palsy  ..bawak anak anak jalan…dua kerusi roda yg custom made utk special needs kids ni dh berapa…

Quote NazRysha 18-7-2024 08:25 AM
wei nampak kertu lah dia
laki dia aku suka
Quote AbukRokok 18-7-2024 10:19 AM
kne berusaha lagi..perempuan kne kat bawah jgn kat atas...nti membazir meleleh keluar
jgn lupa salotape
Quote Nt-ViruS 18-7-2024 04:29 PM
kalau kahwin dgn melayu ritu dah 2 dah anak ko tan
Quote wannoorazlina 18-7-2024 04:37 PM
awat nampak kepam ni liztan oii
Quote putericahaya999 18-7-2024 05:14 PM
Usaha tangga kejayaan
Quote shernazz 18-7-2024 05:18 PM
AbukRokok replied at 18-7-2024 10:19 AM
kne berusaha lagi..perempuan kne kat bawah jgn kat atas...nti membazir meleleh keluar
jgn lupa salo ...

Udah kenapa.kena.selotape.plak?
Tang mana kena.selotape?
Quote Sendawg 18-7-2024 05:23 PM
Kena depan belakang serentak. Ajak lelaki bertuah join tapi suami je yg boleh depan.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.119234 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top