Kuala Lumpur: Polis menahan enam individu termasuk anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api Kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan bahan api berkenaan Isnin lalu. "Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor membuka kertas siasatan bagi menyiasat kehilangan bahan api berkenaan. "Hasil siasatan dijalankan beberapa siri tangkapan dilakukan Selasa lalu ke atas enam lelaki berusia 31 hingga 55 tahun. "Polis mengesahkan tiga daripadanya adalah pegawai rendah polis yang bertugas di dalam Pangkalan Udara berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, semua individu berkenaan direman selama tempoh dua hingga tujuh hari bermula semalam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Polis menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang walaupun kes membabitkan pihak polis," katanya. Sumber: Harian Metro Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
nusaraya replied at 19-7-2024 08:53 AM
Apakah ini pertanda bahwa budaya mencuri sudah tertanam dalam DNA orang melayu mulai dari level bawa ...
ADVERTISEMENT