CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tendang, pukul kanak-kanak autisme 6 tahun, guru ditahan

19-7-2024 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25063| Komen: 28



Petaling Jaya: Polis menahan guru sebuah pusat jagaan kanak-kanak kerana menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia 6 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat bapa kanak-kanak lelaki berkenaan semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ditendang dipukul dan ditarik secara kasar sehingga terjatuh dari kerusi.

"Terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan. Susulan dari laporan yang diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun di kediamannya di Ampang.

"Lelaki terbabit adalah guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh tampil ke mana-mana balaik polis untuk membantu siasatan," katanya.

Sumber: Harian Metro




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 19-7-2024 08:42 AM
gile la
daycare ni apa nama?
mmg ada cater utk special care ke?
Quote syamzana 19-7-2024 08:45 AM
centre ni kat mana?
kejinya peel
Quote KakRumiMenari 19-7-2024 09:00 AM
Alahai... tukar keje je la bro kalau baran sgt dgn budak.. nak2 yg kena special needs.. ni tak pasal2 rosakkan resume je
Quote Cassieopeia 19-7-2024 09:27 AM
xsuke budak jgn keje taska nak2 budak special ni ish xpaham aku org gini g la keje kilang ke
Quote LaskarHijayu 19-7-2024 09:42 AM
Mak aii... sapa yg autism skang ni. Budak ni ke cikgu dia?
Quote Thunderclouds 19-7-2024 09:59 AM
Xpenyabor jgn keje apa² yg melibatkn penjagaan/pendidikan kanak².
Cm aku ni ha.
Quote Bungatulip1171 19-7-2024 10:34 AM
Kurang sabar tp ada hati nk kerja di pusat jagaan
Quote shernazz 19-7-2024 10:49 AM
Kalau rasa kurang sabar..tak yah keje...
Tanam sayur dan bela haiwan ternakan sendiri..
Lempang kang baru tau..
Budak tu umo 6.tahun.kot...
Bukan 30 tahun untuk kau belasah
Quote nuryakmal 19-7-2024 11:02 AM
daycare mana ni. korang takde keja tak payah la nak apply daycare. ko pg keja kat mini market sana. bangsat betul
Quote nuryakmal 19-7-2024 11:02 AM
daycare mana ni. korang takde keja tak payah la nak apply daycare. ko pg keja kat mini market sana. bangsat betul
Quote Supersirap 19-7-2024 11:05 AM
cari kerja lain ya
Quote Ai_kiu 19-7-2024 11:07 AM
Org baran ni jgn keje dgn manusia directly. Terutama dgn kanak-kanak dan warga emas serta yg ada special needs!!!!!!!!
Keje ngan computer & machines saja dah la
Quote Purestteam1 19-7-2024 11:55 AM
apa la punya perangai
Quote seri_mawr 19-7-2024 11:59 AM
klu rasa x suka kids..jgn kerja taska la woiii....

bengong betul la....
Quote Binodino 19-7-2024 02:55 PM
Jantan pulak tu yang pukul & tendang. Kau kalau tak sabar, jangan jadi cikgu. Jangan buat urusan yang melibatkan budak2. Kau pergi jaga kandang rimau sana.
Quote cruz2 19-7-2024 03:11 PM
Org jenis gini bela kucing pon tak layak
Quote IzzahF 19-7-2024 03:26 PM
cikgu tu jantan plk tu, kalo dia gigit mau kuat juga
Quote ipanimanz1 19-7-2024 03:33 PM
aku ckup x berkenan kalau lelaki involve dlm jagaan kanak2 di taska atau pusat special care. perempuan pun da la jugak perangai hanat, tp lelaki lebih kasar lagi
Quote edayildiz 19-7-2024 04:09 PM
bodohnya..dh tahu ko tu mental xstabil jgn kej ngn bdk bdk..tambah tambah bdk yg austisme..
manusia makin keji skrg

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.071492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top