CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beg tangan milik Nur Farah Kartini dijumpai dalam Sungai Trolak

19-7-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26324| Komen: 11


Kuala Lumpur: Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah, 25 ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan, di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.

"Ya. Beg wanita dipercayai kepunyaan mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Pada hari yang sama, Hussein turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini.


Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perils 19-7-2024 02:44 PM
Pelik jugak case ni...kalau suspek tkt kantoi dia yg bunuh,nape x disoroknya hp arwah
Quote renko 19-7-2024 04:54 PM
wartawan rasa angin apa plak kalini
Quote grouper 19-7-2024 06:03 PM
Kiranya lepas bunuh tu henpon buang kat parit area kawasan pembunuhan pastu baru buang beg tangan dalam sungai plak. Mesti beg tu dalam kete. Maybe le first time membunuh masih terkejut x pikir nak lupus mayat tapi henpon ngan beg nak buang plak....
Quote imransulaiman 19-7-2024 06:34 PM
Takde bulu tengkuk bongok yang meremang ke masa jumpa beg tu?

Apalah dalam otak wartawan yang cakap hembusan roh arwah tu ye? Tambahan pula para agamawan dah bersuara tentang tajuk berita tersebut...
Quote cmf_jeangrey 19-7-2024 06:34 PM
renko replied at 19-7-2024 04:54 PM
wartawan rasa angin apa plak kalini

Baru nak ckp..agak2 angin berbisik apa kalini



Quote mawardia 19-7-2024 07:47 PM
Angin lalu tak?
Ada petir?
Atau salji
Quote OlalaBanana 19-7-2024 10:35 PM
???????????????? alfatihah buat arwah
Quote TeropongThaico 19-7-2024 10:37 PM
Tak pasal2 nak kena selam sana sini disebabkan mamat lipdakie ni
Hawau sungguh
Quote renko 20-7-2024 04:40 PM
cmf_jeangrey replied at 19-7-2024 06:34 PM
Baru nak ckp..agak2 angin berbisik apa kalini

Angin kurma kot
Yusuptayop
Quote pooh~key 20-7-2024 05:08 PM
Wartawan tu sekolah mana ye dulu sissy? Kau saiko skizo sorang2 dah la ini siap bagi tau satu dunia otak mental kau dekkkk… roh arwah konon dek. Entah2 angin kentut orang depan kau lalu tak dek?
Quote Ytee 23-7-2024 12:57 PM
misteri betul kes ni...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.030146 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top