CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Maghribi mengaku salah guna kekerasan cabul juruterapi spa 19 tahun di Pulau Perhentian

19-7-2024 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25087| Komen: 19


Kuala Terengganu: Pelancong Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencabul seorang juruterapi spa di sebuah resort di Pulau Perhentian di Besut.

Tertuduh, Nourou Yassine, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah resort pada 9.15 malam, 14 Julai lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Besut.


Tertuduh juga dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap satu hari bulan dan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili Muhammad Izzat Norizam.

Media sebelum ini melaporkan pelancong Maghribi terbabit ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan itu.

Mangsa mendakwa dicabul ketika memberi perkhidmatan urutan kepada lelaki terbabit yang berusia lingkungan 20-an.


Sumber: Harian Metro




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 19-7-2024 10:31 AM
innalillah. kesian kau dik 19 tahun. moga tak trauma
Quote nurkasih74 19-7-2024 10:31 PM
Apesal lah buat kerja yg mengundang.. biarlah urut yg perempuan je..
Quote kemaruk 19-7-2024 10:35 PM
Juruterapi

Ingatkan jurutera keretapi
Quote dua_chzy 19-7-2024 10:37 PM
nurkasih74 replied at 19-7-2024 02:31 PM
Apesal lah buat kerja yg mengundang.. biarlah urut yg perempuan je..

Bukan memang jantan ka yang mengurut ni?
Quote Zazama 20-7-2024 09:29 AM
Resort-resort yg ada ni pun, jgnlah tourist lelaki diurut staf perempuan. Lain jadinya nanti. Cegah sebelum berlaku yg lebih mudarat.
Quote mskirana 20-7-2024 09:38 AM
Cari la kerja lain kalo gini kena urut jantan. Staf ni local ke dari thai, vietnam?
Quote mojarean_X 20-7-2024 09:44 AM
X masalahnya juruterapi spa tu lelaki ke perempuan?
Quote krustykrab 20-7-2024 09:47 AM
Iols rasa 2-2 jantan.
Quote imanjannah 20-7-2024 10:06 AM
x dinyatakan jantina mangsa..
Quote gigahertz 20-7-2024 11:18 PM
mojarean_X replied at 20-7-2024 01:44 AM
X masalahnya juruterapi spa tu lelaki ke perempuan?

Perempuan .
Quote gigahertz 20-7-2024 11:35 PM
imanjannah replied at 20-7-2024 02:06 AM
x dinyatakan jantina mangsa..


Suratkhabar Cina kata perempuan.
Quote sharlenetexas 20-7-2024 11:35 PM
19 tahun tu lelaki ke perempuan?


Quote kemaruk 20-7-2024 11:40 PM
sharlenetexas replied at 20-7-2024 11:35 PM
19 tahun tu lelaki ke perempuan?

juruterapi = perempuan

jeruterapa = lelaki
Quote _blackbird 21-7-2024 12:49 PM
Setau aku spa kat resort terima lelaki kalau couple massage je. Lagipon massage utk lelaki kat resort tu belakang je, bukan 1 body. Nak yg extreme sikit kena gi rumah urut shop lot. Hihihi
Quote ninja boy 21-7-2024 01:59 PM
Kalau nak mencabul kongkek pergi langgan pelacur berbayar
Quote pooh~key 21-7-2024 09:21 PM
Nampak sangat ummah mahgribi sangka negara kita ni level2 vietnam jah boleh perkotak katikkan cabul cabilkan gayyytoh jah sissy.
Quote ifanonline 21-7-2024 09:30 PM
19 tahun tetek tak besar mana
Quote Jitu 21-7-2024 09:50 PM
kesian mangsa mesti trauma kena mcm tu
Quote Ytee 23-7-2024 01:01 PM
aduyai...tak tau la

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054705 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top