CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tiga Tahun Maut Selepas Sebulan Digigit Kucing Peliharaan

19-7-2024 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25308| Komen: 15



HANOI – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun mati selepas sebulan digigit kucing peliharaan keluarganya di Gia Lai, Vietnam, lapor laman berita VnExpress kelmarin. 

Dia dibawa ke Pusat Perubatan Daerah Chu Se pada Ahad lalu selepas beberapa hari mengalami muntah-muntah di rumah.

Doktor mendiagnosis mangsa menghidap rabies, jangkitan gastrousus dan dehidrasi sebelum memindahkannya ke Hospital Kanak-kanak Gia Lai sehari kemudian, demikian menurut Pusat Kawalan Penyakit Wilayah Gia Lai.

Namun, selepas dinasihatkan oleh doktor mengenai keadaan terkininya, keluarga kanak-kanak itu memutuskan untuk membawanya pulang pada awal Isnin lalu.

Ketika berada di rumah, dia dilaporkan menunjukkan simptom menjerit, sukar menelan, air liur meleleh, takut kepada cahaya, air dan angin, sakit kepala serta tidak boleh makan atau minum.

Mangsa kemudian meninggal pada pagi yang sama.

Menurut keluarganya, kanak-kanak itu digigit pada tangan oleh kucing tersebut sejak sebulan lalu dan mengalami luka.

Kucing berkenaan bagaimanapun hilang selepas menggigit mangsa dan tidak pulang ke rumah sejak itu. – AGENSI

Sumber: Kosmo




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brown_pupil 19-7-2024 09:24 AM
apa la yg ko dah buat kat kucing tu sampai dendam genggitu sekali..

Kucing pun ada rabies ke? ingat anjing je
Quote vanillaninja 19-7-2024 10:00 AM
Kucing tu tak pulang sebab dah mati la agaknya. Kesiannya la budak ni, baru 3 tahun.
Quote mejaputih 19-7-2024 11:15 AM
kesian sgt kanak2 yang kena rabies ni...sgt seksa...
Quote IzzahF 19-7-2024 11:18 AM
kucing ada rabies jugak ya? kesian sungguh la..
Quote felinecat 19-7-2024 01:11 PM
Kene bunuh kucing tu sebelum merebak rabies tu..bahaya betul
Quote kemaruk 19-7-2024 01:15 PM
Dulu bangkem cakap kuching pun boleh kena covid, marah betul peminat kuching
Quote missbigrockstar 19-7-2024 02:21 PM
Lepas sebulan digigit. Sebelum tu tak pi clinic ka? Paling kurang kena inject tetanus, antibiotic. Maybe keluarga ni org susah, biar or rawat sendiri je luka.
BTW, gambar hiasan si kucing penuh selamba
Quote talapia 19-7-2024 03:10 PM
missbigrockstar replied at 19-7-2024 02:21 PM
Lepas sebulan digigit. Sebelum tu tak pi clinic ka? Paling kurang kena inject tetanus, antibiotic. M ...

baru dok google2.. simptom2 pada manusia biasanya muncul selepas beberapa minggu
agaknya masa mula2 kena gigit, dorang pon taktau kucing tu ada rabies.
bila simptom dah muncul pada manusia.. means virus tu dah sampai otak..
memang biasanya takde apa bole buat la
symptom yg takut air, agresif apa smua tu.. itu mmg simptom ketara yg mmg dah last minit la
kalau simptom awal2 kena gigit mcm very common, gatal pedih camtu jela..
Quote Bungatulip1171 19-7-2024 06:51 PM
missbigrockstar replied at 19-7-2024 02:21 PM
Lepas sebulan digigit. Sebelum tu tak pi clinic ka? Paling kurang kena inject tetanus, antibiotic. M ...

Ye betul kalau kena gigitan kucing kena terus bwk g klinik..nanti doktor akak bagi antibiotik..bahaya doktor kata kalau biarkan lama
Quote BungaSuri 23-7-2024 11:59 AM
kesiannya
Quote farlis 23-7-2024 12:06 PM
Bhy bila biarkan kesan gigitan kucing. Iols serik lps kucing2 i bela kena sporo.. Hsbnd i pun terkena jangkitan sporo.. Berbulan baru baik.. I tamau dh bela kucing lps semua kucing2 i mati kena sporo…
Quote Ytee 23-7-2024 01:00 PM
wow seramnya...saya ada 9 ekor kucing..mmg penah la kena gigit
Quote NazRysha 23-7-2024 01:01 PM
kemaruk replied at 19-7-2024 01:15 PM
Dulu bangkem cakap kuching pun boleh kena covid, marah betul peminat kuching

memang ada covid kucing
dipanggl FIP
Quote batmana 23-7-2024 01:08 PM
sebab tu takde hadis nabi suruh bela kucing dlm rumah.
puak2 kaki kuncing ni slalu bagi hujah nabi syg kucing , seolah nabi suruh bela dlm rumah
baghal.
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:54 PM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.080052 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top