CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Maaf Saya Bukan Hospital Nak Jawab Penyakit Anda” - Elyana Kurang Senang Apabila Dijadikan Tempat Rujukan Penyakit

19-7-2024 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42021| Komen: 52



Penyanyi Elyana kurang senang apabila dijadikan tempat rujukan buat mereka yang bertanyakan hal berkaitan penyakit terutama serupa sepertinya.

Menerusi perkongsian di Inta Story, Elyana memohon maaf kerana dia bukanlah seorang pakar perubatan yang mampu menjawab soalan yang diberikan dan pernah dimaki apabila tidak dapat memberikan jawapan memuaskan hati.

“Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda.

“Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang apabila diperlukan. Bila ada yang tak kena di mata, orang maki hamun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat,” katanya.



Dalam pada itu, Elyana berkata dia turut dilabel dengan gelaran tidak baik serta meminta merujuk penyakit mereka kepada pakar.

“Kalian kata saya ahli neraka, takkan masih nak minta tolong saya? Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana,” katanya.

Terdahulu, pada hujung 2021 Elyana mengesahkan dia bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang. 

Sumber: Rotikaya



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 20-7-2024 12:57 AM
Elyana ni okay dah ke. Gambar tu nampak macam dah berisi sikit compared dari dulu2
Quote bintangct 20-7-2024 01:17 AM
sfrnna replied at 20-7-2024 12:57 AM
Elyana ni okay dah ke. Gambar tu nampak macam dah berisi sikit compared dari dulu2

aku nmpk mcm makin kurus plak
hmm ntah la dia dh ok ke?
Quote belacan_gurl 20-7-2024 04:13 AM
Betul lah tu..dia mmg bkn doctor pun..Kang Salah jawab kang dia gak kena balik
Quote Ciktiekus 20-7-2024 07:46 AM
sfrnna: Elyana ni okay dah ke. Gambar  ...

Dah bebas dari kanser..acik2 marah sbb dah sihat die p free hair balik..moga2 el dpt hidayah utk bertudung semula..
Quote nolya 20-7-2024 09:50 AM
Elyana tentu boleh berikan jawapan yg berhemah.  Mereka yg bertanya tu sebenarnya ingin dptkan petua dn nak tau jenis2 ubat yg pernah diambilnya shnga sembuh drp penyakitnya dulu. Walhal, hakikatnya Allah jua yg sembuhkan.  Elyana boleh je ceritakan pegalaman serta proses kesembuhan melawan penyakitnya, tak perlulah memulangkan paku buah keras. Tidak salah jika Elyana menjawab berbekal rasa  syukur, rendah rasa  dn kembalikan semuanya kpd ehsan Ilahi.
Quote ReginaGeorge 20-7-2024 10:03 AM
nolya replied at 20-7-2024 09:50 AM
Elyana tentu boleh berikan jawapan yg berhemah.  Mereka yg bertanya tu sebenarnya ingin dptkan petua ...

Khuens? Allah dah bg cubaan pon masih tak jaga perututran, masih kuat sentap. Jawab jer elok2. As simple as maaf, byk persoalan sy tak dpt jwb sebab sy tak pandai sangat. Apapun thank you yg mendoakan.
Ramai yg doakan kesembuhan ko, jgn sampai org padankan muka ko pulak.
Quote suri33 20-7-2024 02:24 PM
Poyonya posting. Yg orang awam pun dah kenapa pi tanya dia.
Quote ekselen 20-7-2024 02:36 PM
Edited by ekselen at 20-7-2024 02:38 PM
ReginaGeorge replied at 20-7-2024 10:03 AM
Khuens? Allah dah bg cubaan pon masih tak jaga perututran, masih kuat sentap. Jawab jer elok2. As  ...


tu lah..aku off ngan dia ni since masa sakit dulu tp mcm x muhasabah diri..pastu bila,sakit pakai tudung bila dah recover tup2 x bertudung..aduhhh.. kalo xnk pakai xyah pakai langsung.. ni org tnya dia pun mesti based on experience dia tp tu lah biasa la jenis x bersopan jadik jwpn pun keras.. apa salahnya jawab kata ni dr pengalaman sy bla bla bla.. tp apa2 pun situasi kdg2 x sama so lebih baik kalau tnya pakar sbb sy pun refer mereka.. apa2 pun kita berusaha dan berserah pd Allah swt.. terima kasih sbb bertanya.. mungkin lg org suka kot..jwpn berhemah..
Quote ekselen 20-7-2024 02:37 PM
nolya replied at 20-7-2024 09:50 AM
Elyana tentu boleh berikan jawapan yg berhemah.  Mereka yg bertanya tu sebenarnya ingin dptkan petua ...

i agree u...
Quote ReginaGeorge 20-7-2024 02:45 PM
ekselen replied at 20-7-2024 02:36 PM
tu lah..aku off ngan dia ni since masa sakit dulu tp mcm x muhasabah diri..pastu bila,sakit pakai  ...

Dah sembuh, jadi bongkak. Nanti ca recurs, minta doakan lak.
Quote Whodunit 20-7-2024 02:53 PM
ReginaGeorge replied at 20-7-2024 02:45 PM
Dah sembuh, jadi bongkak. Nanti ca recurs, minta doakan lak.

Doa sendiri. Kita bukan kaunter doa
Quote songket_merah 20-7-2024 03:00 PM
aku kureng dengan dia sejak awal kemunculan dia di persada seni,
waktu tu dia umur 15 tahun gitu
memang dari dulu dia kerek semacam

yang paling aku tak percaya, muda gak kan dia kahwin masa tu,
sebab ingat dia jenis enjoy...
Quote songket_merah 20-7-2024 03:01 PM
ade dapat info, insurance dia pru bsn gak cover semua kos rawatan dia
agaknya berapalah kos dan insurance coverage dia ambil tu yea...
Quote ekselen 20-7-2024 03:22 PM
ReginaGeorge replied at 20-7-2024 02:45 PM
Dah sembuh, jadi bongkak. Nanti ca recurs, minta doakan lak.


betul tu chuols...bongkak yakmat
Quote ekselen 20-7-2024 03:23 PM
Whodunit replied at 20-7-2024 02:53 PM
Doa sendiri. Kita bukan kaunter doa

kannn..cuba dijwb begitu, apekah sheols sentap??
Quote shernazz 20-7-2024 03:25 PM
songket_merah replied at 20-7-2024 03:01 PM
ade dapat info, insurance dia pru bsn gak cover semua kos rawatan dia
agaknya berapalah kos dan insu ...

Mesti dah lama kan dia amek
Sebab dia dikesan ada kanser pung dalam 2010 kan kalau tak silap
Quote Wek_omeh2 20-7-2024 03:46 PM
Kena kimo semula kan elyana ni..
Tengok live el tadi ada yg tanya kenapa kena kimo semula
Quote uori 20-7-2024 04:10 PM
serik kan nak mendoakan retis2 ni sebab bila dah sehat, lain macam peel
Quote adikfatin 20-7-2024 04:19 PM
Xlarat nk reka dh ler tu

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061588 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top