CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habuan RM50,000 bawa pulang kanak-kanak hilang

22-7-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33994| Komen: 25


PETALING JAYA – Sebuah syarikat konsultan kewangan menawarkan ganjaran sebanyak RM50,000  sekiranya menemui seorang kanak-kanak perempuan yang hilang sejak 20 Julai lalu kepada mereka.

Ganjaran hanya diberikan setelah membawa kanak-kanak perempuan itu ke syarikat tersebut.

Syarikat itu juga meminta orang ramai untuk sama-sama membantu mencari maklumat mengenai kanak-kanak perempuan yang hilang.

“Jika anda mempunyai sebarang petunjuk, sila hubungi nombor rasmi iaitu di talian 011-55504047 dengan segera.

“Maklumat akan dirahsiakan. Tiada gurauan, hanya maklumat tepat diperlukan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang semasa Festival Jepun Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru kira-kira jam 8.30 malam 20 Julai lalu.


Difahamkan, mangsa disedari hilang oleh bapanya sebelum membuat pencarian di sekitar kawasan tetapi tidak menjumpainya.


Sementara itu, kehilangan kanak-kanak itu menjadi tular di pelbagai platform media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau dilaporkan turut berkongsi hantaran yang tular itu di platform media sosial rasminya dalam usaha membantu mengesan kanak-kanak berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa pihak juga tampil menawarkan wang ganjaran kepada mana-mana individu yang berjaya menemui kanak-kanak perempuan tersebut.

Seorang pemilik kafe yang dikenali sebagai Phang berkata, dia menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan Albertine Leo Jia Hui, 6.

“Sesiapa yang berjaya bantu menemukan kanak-kanak itu boleh ke Six Cafe Borneo yang beralamat di Taman Stulang Laut untuk mengambil duit RM10,000,” tulisnya seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Tambahnya, pihak yang menjumpai kanak-kanak tersebut juga boleh menghubunginya di talian 011-36693611.

Sumber: Kosmo


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 22-7-2024 10:41 PM
I baru teringat festival Bon Odori ni bukan ke macam perayaan hantu Japan ke apa?
Hilang disitu pula.
Quote Momohizan 22-7-2024 10:53 PM
I nak speku dendam kat salah sorang parent. Cari kat rumah orang tersakiti kot. Mangsa macam kenal je subjek yang kidnap dia. Takde jerit2, takde nangis2s
Quote Neno90 22-7-2024 10:54 PM
Kesian kt budak tu
Quote awenda507 22-7-2024 10:56 PM
Harap2 selamat la budak ni. Kesian parents bila hilang anak
Quote azimie 22-7-2024 11:01 PM
xde yg syak ayah kandung ke?
sbb katanya ayh tiri yg wat repot..
Quote fattymah 22-7-2024 11:08 PM
Banyak warganegara asing ya duk situ
Quote sfrnna 22-7-2024 11:44 PM
Adui. Semoga jumpa. Comel sangat budaknya.
Quote Skuau 22-7-2024 11:46 PM
slavehunter replied at 22-7-2024 10:41 PM
I baru teringat festival Bon Odori ni bukan ke macam perayaan hantu Japan ke apa?
Hilang disitu pul ...

disembunyikan hantu jepun???
Quote plywood 23-7-2024 12:00 AM
Search for Albertine: Concerned Malaysians offer up to RM70,000 for information
Quote naina 23-7-2024 12:13 AM
Semoga dijumpai cepat
Quote Carcosa 23-7-2024 12:29 AM
Nak tanya, dah keluor ke muka makpak budak ni??
Sebab asyik org share je merata. Takde keluar apa2 pun psl makpak dia. Takde mohon2, takde keluar video, takde keluar posting. Ada yg kata diorang bukak booth, ada yg kata diorang pengunjung je Bon Odori tu. Ni ada plk kata bapak tiri.
Keluar lah cerita sikit2, ni setakat hilang hilang hilang. Mana tau domestic dispute ke, berebut anak, cerita lah sikit. Ni diammmmm je. Netizen yg dok share cari sana sini.
Yihhhh tetiba aku hangin malam2 ni, berbekalkan hati hitam likat ku
Quote stompuper79 23-7-2024 05:52 AM
budak hilang lagi??? [em:11:]
Quote PinkyPie 23-7-2024 06:47 AM
Katanya kena kidnap
Quote Ytee 23-7-2024 07:55 AM
musim budak perempun hilang ye bulan july. semoga ditemui selamat hendaknye
Quote shamsadis 23-7-2024 08:00 AM




Pada asasnya umat Islam adalah ditegah untuk menyertai apa-apa perayaan agama lain. Para ulama telah bersepakat bahawa hukum menyertai perayaan agama lain, sama ada dengan ucapan atau tindakan pada pakaian, makanan atau minuman yang dikhususkan pada hari perayaan tersebut adalah haram jika bertujuan untuk mengagungkan hari perayaan mereka, bahkan majoriti ulama berpendapat bahawa seorang muslim yang mengagungkan syiar-syiar agama lain boleh jatuh ke lembah kekufuran. Manakala individu muslim yang tidak berniat untuk mengagungkannya adalah berdosa, namun tidak sampai ke tahap kufur.[size=0.75em][10]  


https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/5287-bayan-linnas-siri-ke-254-hukum-orang-islam-menyertai-perayaan-bon-odori
Quote Tiggybiru 23-7-2024 08:26 AM
Festival mcm ni mmg ramai orang, boleh berlanggar2 masa jalan..especially zaman skrg ni semua tgok fon je tak tgok dpn..mmg kena pgg budak2 tu tak lepas..bahayaa
Quote Tumpang-Sibok 23-7-2024 08:34 AM
geng @nusaraya culik kot
Quote pocongkiutss 23-7-2024 09:03 AM
Ganjaran hanya diberikan setelah membawa kanak-kanak perempuan itu ke syarikat tersebut.

Baik iols hantar kt pulisss
Quote zuliana29 23-7-2024 09:09 AM
semoga dijumpai segera dgn selamat..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035057 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top