Pelakon dan usahawan Fazura menafikan rumah tangganya dengan suaminya, aktor Fattah Amin bermasalah seperti didakwa netizen di media sosial. Memetik HibGlam, Fazura berkata dia sendiri tidak tahu punca khabar angin itu tercetus sehingga ada rakan-rakan bertanyakan mengenai hubungannya dengan Fattah. “Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey atau tidak. “Saya faham peminat nak ambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama. Kalau ada spekulasi-spekulasi bertebaran di luar sana itu memang tidak betul. Saya dan Fattah okey,” katanya. Sementara itu, Fazura berkata dia mengehadkan perkongsian bersama suami kerana buat masa ini dia mahu menyebarkan kesedaran tentang peperangan di Palestin. “Secara jujur saya memang terhadkan posting di media sosial. Saya terkesan melihat mereka di Palestine. Jadi saya rasa tak okey tunjuk kemesraan bersama keluarga dalam media sosial. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura mengakui bahawa dia jarang berjumpa Fattah kerana jadual kerja mereka berdua yang terlalu padat. “Jadual kerja kami berdua sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi balik malam, jadi memang kami tiada masa nak tunjuk kemesraan,” katanya. SUMBER: HibGlam/Rotikaya |
cmf_kikey replied at 23-7-2024 09:40 AM
Nah ulang tayang. Sila tengok interview ni supaya tak salah masuk simpang
NazRysha replied at 23-7-2024 09:42 AM
jarang jumpa?
apakahhhh?
Masukkeluar: Edited by Masukkeluar at 23-7 ...
Masukkeluar replied at 23-7-2024 09:44 AM
Yg aku fhm jarang jumpa tu mksd dia fattah keluar shooting berminggu/berhari. Balik rmh skjp, then ...
Buritan replied at 23-7-2024 10:12 AM
Gaduh sikit sikit tuu normalllaa.. tp idaklee sampai nak corai.. mintak corai tu yess.. bini pak ...
Geeayden replied at 23-7-2024 10:13 AM
Kan faz kata ada ig fattzuralovelife, kalau follow tahulah, ada yg kata x duk serumah..pelik2 anda ...
NazRysha replied at 23-7-2024 10:16 AM
pokok tak goyang kalau xder angin
kecuali ada monyettt
Masukkeluar replied at 23-7-2024 10:22 AM
Diorg samakan kes faz dgn nora danish. Kt ig ramai komen cmtu. Knon xdk serumah. Kalau pikir logik ...
ADVERTISEMENT