CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki kerasukan, mengaum seperti harimau selepas ditahan polis

24-7-2024 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16573| Komen: 10



JAKARTA – Seorang penunggang motosikal mempamerkan aksi aneh seolah-olah dirasuk selepas dia ditahan polis kerana melanggar peraturan jalan raya, lapor portal berita Okezone semalam.

Menurut Ketua Unit Trafik Polis Karawang, Inspektor Anwar, lelaki tidak memakai baju itu pada awalnya ditahan kerana melanggar isyarat lampu merah di Jalan Wirasaba, Karawang Timur, dalam wilayah Jawa Barat semalam.

Dia juga tidak memakai topi keledar, menyebabkan seorang anggota yang berada di kawasan itu menahannya.

Namun, selepas disuruh berhenti, pemuda itu marah-marah dan memaki hamun polis trafik tersebut.

“Lelaki itu marah-marah ketika disuruh berhenti dan terus melarikan diri. Polis mengejarnya sebelum berjaya menghentikan motosikalnya,” kata Anwar.

Tambah Anwar, selepas dihentikan kali kedua, lelaki tersebut bersikap seperti orang dirasuk dan mula duduk di atas meja berhampiran sambil mengaum seperti harimau.


Anwar berkata, pihaknya akan menyiasat sama ada tindakan itu sengaja dilakukan bagi mengelak daripada disaman atau merupakan kejadian sebenar.

Lelaki tersebut akhirnya dibawa ke balai polis terdekat untuk siasatan. – AGENSI 


Sumber: Kosmo

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 24-7-2024 07:59 AM
lepas penampor sembuh le tu
Quote Ytee 24-7-2024 09:00 AM
pokokmeranti: lepas penampor sembuh le tu
haha betul
Quote renko 24-7-2024 09:14 AM
indon jongos bangsa babu gagal total
hahaahhaahha rindu komen ni
Quote tungkai 24-7-2024 09:52 AM
Ko picit aje telo dia dan tengok mengaum lagi ke tak..
Quote tompie 24-7-2024 09:53 AM
Tangkap letak dalam kandang harimau.. mengaum lagi tak dia
Quote prettygood 24-7-2024 04:46 PM
Bukan2 jela ko ni hahahah
Quote stompuper79 24-7-2024 05:38 PM
pokokmeranti replied at 24-7-2024 07:59 AM
lepas penampor sembuh le tu

hahahahahah
Quote diaitu 25-7-2024 03:32 PM
Konoha
Quote Purestteam1 25-7-2024 07:07 PM
kesurupan ni... simbah air paneh elok trus
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:51 PM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032795 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top