CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M rayu dunia, hantar pasukan pengaman terkuat, besar - "Tolong, tolong, hentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin"

24-7-2024 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15296| Komen: 36


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merayu pasukan pengaman antarabangsa terkuat dihantar ke Gaza untuk melindungi rakyat Palestin.

Beliau berkata, pasukan pengaman yang kuat dan besar perlu dihantar untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.

"Tolong, tolong, hentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Israel tidak menghormati pendapat atau undang-undang antarabangsa.

"Masyarakat antarabangsa yang menghormati peraturan undang-undang mesti bertindak. Ia mesti dikuatkuasakan.

"Tolong hantar pasukan pengaman antarabangsa ke Gaza untuk melindungi rakyat Palestin. Hantar pasukan pengaman antarabangsa yang kuat dan besar untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat Palestin perlu dibantu atas nama kemanusiaan dan kesucian kehidupan manusia.


"Tolong hentikan pembunuhan beramai-ramai. Saya merayu kepada keprihatinan dunia untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai," katanya.

Sumber: Berita Harian


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 24-7-2024 09:46 AM
Kalau Tun masih PM mesti dia hantar tentera
Quote beautifulorchid 24-7-2024 12:28 PM
mashaallah dah hampir 100 tahun masih bersemangat untuk melindungi palestin
Quote ninja boy 24-7-2024 01:07 PM
Edited by ninja boy at 24-7-2024 01:12 PM

Malaikat haiwan jin angin air pokok para wali patut tolong sbb manusia lain cintakan dunia tak mau mati/kudung kaki
Quote nw111 24-7-2024 01:32 PM
beautifulorchid replied at 24-7-2024 12:28 PM
mashaallah dah hampir 100 tahun masih bersemangat untuk melindungi palestin

Kann....Tun ni mmg betul2 tolong org islam dr zaman dia gagah perkasa dulu...zaman Afghan n Bosnia perang, dialah yg beria angkut students Bosnia n Afghan ke Msia...kalau sembang dgn org Bosnia..mmg dia org puji sangat Tun  ni...dia betul2 ikhlas..bukan sbb politik je
Quote nusaraya 24-7-2024 01:50 PM
Edited by nusaraya at 24-7-2024 01:55 PM

Hahahaha .. Aneh betol perilaku Tun M ini ....

Bukankah dia susah tahu siapa Imam Mahadi itu ... Mengapa X meminta langsung PMX Imam Mahdi menggalang semua negara islam untuk mengirimkan tenteranya ke Palestine  .... Tentu saha tentera diraja imam mahdi malaysia yang harus mendahului dan memimpin semua tentera islam nantinya di sana ....

Menjadi aneh melihat semua "leluconndan lawak" yang dibuat oleh Tun M ini .... Hehehehe
Quote Purestteam1 24-7-2024 01:52 PM
Insyaallah
Quote Decaffeinated 24-7-2024 02:32 PM
akido_kido replied at 24-7-2024 09:46 AM
Kalau Tun masih PM mesti dia hantar tentera

Dia pernah ada peluang not once but twice, sama ja. Bercakap memang senang. Lepas tu hailed as a hero... at home la.
Quote ifanonline 24-7-2024 02:35 PM
negara2 Islam lemah Tun, kalau kita hantar andartu2 utk menyerang Israel boleh tak Tun?
Quote lanacondor 24-7-2024 02:36 PM
Edited by lanacondor at 24-7-2024 02:39 PM
nusaraya:  Edited by nusaraya at 24-7-20 ...
ya kelakar sama macam menteri kamu semua gaji besar tapi tak tahu bangunkan negara sendiri. Malah beramai- ramai jumpa Tun M minta cara bangunkan negara. Goblok lu.

Kamu itu tak malu cari rezeki pun di Malaysia. Ambil suami orang lagi tak reti malu. Kalau tak tahu Malu sama masyarakat Malaysia, tolong la malu sama tuhan. Semoga tangan-tangan kamu yg suka melakukan keburukan Allah hancurkan semua jari kamu. Allahumma aamiiin
Quote MissYouSayang 24-7-2024 03:13 PM
Kalo nk banding idola walanon si bapokk tua imam mekdi tu dgn tun m mcm langit dan bumi jer la...
Quote Orix 24-7-2024 03:16 PM
kalau lah Tun masih berkuasa.........
Quote sranua 24-7-2024 05:08 PM
Tun bukan hantar truper biasa....dihantarnya komando..apa tak mengelupur pengganas Serbia dulu.
Itulah kalaulah semua dunia Islam bersatu, OIC ke mungkin ada peluang hantar pengaman tentera. Tapi setiap negara tu di belakang kemakmuran, kuasa tentera tetap ada Amerika. Mmmg takdelah Amerika nak biar ada tentera Islam yg menghalang anak emasnya si asrail tu mengganas. Mesti guna kuasa veto kat UN. Sama jugak.
Quote manop 24-7-2024 07:36 PM
Tolong diam Tok Det..nanti pengguna phone Huawei level acik kantin cakap pengguna iPhone hipokrit tak layak cakap pasal isu Pelestin..

Quote AbukRokok 24-7-2024 08:22 PM
Syiah iran bertindak bising2 sambil senyap2 jauh lebih dahsyat dari Atok dengan kesan yg boleh dilihat oleh semua org
Quote AbukRokok 24-7-2024 08:25 PM
So sepatutnya yang dijulang sbg hero pelestinian oleh dunia islam ialah Ali Khamenei dan General Soleimani bukan Tun Mahathir
Quote AbukRokok 24-7-2024 08:26 PM
So sepatutnya yang dijulang sbg hero pelestinian oleh dunia islam ialah Ali Khamenei dan General Soleimani bukan Tun Mahathir
Quote AbukRokok 24-7-2024 08:27 PM
akido_kido replied at 24-7-2024 09:46 AM
Kalau Tun masih PM mesti dia hantar tentera

hahaha
Quote blue_blur 24-7-2024 08:52 PM
semoga Tun lahar sekali ke badut tu, fly sana sini sibuk dapatkan fund untuk berperang... meratip sana untuk perang, bincang sini untuk berperang.... lahanatnya bukan seteruk macam kat palestin, sebelum ni elok je hidup nya tak kena tindas apa pun....
Quote manop 24-7-2024 09:02 PM
Edited by manop at 24-7-2024 09:04 PM
Orix replied at 24-7-2024 03:16 PM
kalau lah Tun masih berkuasa.........

sama jugak... setakat menunggang je.. war is an art making money..selling weapons..x perlu nk propa sgt  le si saka ni hanya mampu mainkan naratif pejuang timur tengah. kalau raja arab setop pun tak mampu ko ghaser?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.094858 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top