CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Bayi Usia 2 Bulan Didera Pengasuh Hingga Patah Kaki

24-7-2024 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 42521| Komen: 17



Memetik Astro Awani, seorang pengasuh telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak usia 2 bulan yang disyaki didera sehingga patah kaki.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bandar Dato Onn dan turut disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

Menurut Raub, seorang pengasuh wanita berusia 36 tahun telah ditahan reman selama 6 hari bermula semalam hingga Ahad ini.

"Polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu."

"Kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."

Terdahulu, ibu bapa mangsa mengadu seperti tidak kena dengan anaknya setelah pulang dari pusat asuhan, Sabtu lalu.

Dakwa mereka, ketika bapa menukar lampin mangsa, kelihatan kesan bengkak pada paha kiri selain keadaan anak mereka juga seperti tidak bermaya dan kurang aktif.


Ibu bapa mangsa kemudian membawa si kecil itu ke sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital kerajaan.

Sumber: Awani, Beautifulnara


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 24-7-2024 11:53 PM
Kesiannya baby, baru dia bulan datang ke dunia ini, sudah diseksa orang gila.

Kamu patut kerja di Pusat recycle barang terpakai. Sana kamu boleh patahkan tiang besi karat, patahkan kerusi buruk, dismantle barang electric, penyekkan tin, etc.
Kamu tak sesuai jaga baby.
Quote Ciktiekus 25-7-2024 11:01 AM
Edited by Ciktiekus at 25-7-2024 11:03 AM

Ape la salah ko nak..2 bulan je budak tu keje minum tido minum tido nangis..itu pon sampai patah kaki ko kerjakan..tak dpt pk mcm mana tulang kaki boleh patah..shaitonirrojim betul perangai..tak ikhlas tolongg la jgn jaga budak shiball
Quote any42 25-7-2024 11:13 AM
Kesiannya babyyy yg jnis mndera bdk2 asuhan, bdk2 taska ni korang sbenarnya keje sbb duit je kn. Dah tau xreti nk handle emosi tmbah2 bila tgh stress manage bdk2 pegi la cri keje lain gile. esok2 dpt ank sndri xtau la ank tu dlyan mcm mna
Quote Gunama 25-7-2024 01:17 PM
Jahat nyer al mangkuk wal hayun Sian baby..semoga cepat sembuh.
Quote xtinkerbellx 25-7-2024 02:23 PM
2 bulan pon tak leh handle. Minum susu tido je pon baby tu
Quote mrsamz 25-7-2024 02:26 PM
Saiko sangat ke.. Dah takde bakat jadi pengasuh tapi sbb nak duit ko sanggup je amek job..
Quote shernazz 25-7-2024 02:55 PM
Iols rasa dia main tarik je kaki baby tu ke dia untuk tukar diapers ke..bg mandi ke..instead of angkat baby tu elok2
Quote Purestteam1 25-7-2024 03:35 PM
siannya.... kecik2 dah diuji
Quote sukacactus 25-7-2024 03:41 PM
Keje tak ikhlas camni la
Quote IzzahF 25-7-2024 03:42 PM
aduhhh lahir2 sempurna, smpai kat iblis patah2 anak org dikerjakannya
Quote Jikookie 25-7-2024 03:44 PM
Inilah jadinya bila nak mengasuh tapi takde ilmu mahupun rasa kasih dlm hati. Jadi pengasuh sebab nak duit je kot

Kesian baby. Tak pasal2 patah kaki. Risau nak hantar anak kat pengasuh atau taska skrg. Risau jadi macam ni la
Quote ifanonline 25-7-2024 04:29 PM
malaysia ni ramai org gila
Quote hanamunir 25-7-2024 10:01 PM
apa yang kau buat hanatt sampai patah riuk anak orangg..
tolong la jangan offer nak jaga baby kalau x pandai..
Quote makcikbawang91 26-7-2024 09:19 AM
jenis tak reti sabar ni tak payah lah nak jaga baby or budak kecik. ko kerja je lah potong rumput sana
Quote Cassieopeia 26-7-2024 09:30 AM
bukan bdk mudapun. xsuka budak jgn jd pengasuh
Quote nurul_akmar 26-7-2024 06:46 PM
gilos... 2 bulan baby byk tido je kot.. bgn pon sbb nk susu.. pastu sambung tidoooo....
Quote Supersirap 26-7-2024 07:02 PM
Betul tidak berperikemanusiaan, semoga mendapat hukuman yang setimpal

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066838 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top