CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Dipercayai Milik Ahli Parlimen Parkir Di Laluan OKU Undang Kritikan Netizen – “Gaji Banyak Pergi Lah Kat Parking Berbayar”

24-7-2024 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43319| Komen: 29



Baru-baru ini, tular foto di aplikasi X yang dikongsi oleh seorang lelaki memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik ahli parlimen diletakkan di laluan pejalan kaki.

Menerusi gambar itu, kereta jenis Proton berwarna merah itu diparkir di atas garisan kuning yang dibuat khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan, dipercayai di sekitar ibu negara.

"Parking atas laluan pejalan Kaki. Gaji banyak, elaun kereta dapat, pergi lah kat parking berbayar."


Foto tersebut telah mengundang kritikan warganet di X yang mempertikai tindakan terbabit kerana bukan sahaja parkir di laluan pejalan kaki tetapi juga menyusahkan golongan OKU yang mungkin melalui kawasan tersebut.

Dalam pada itu, sesetengah individu pula mempersoal jika isu sebegitu siapa yang sepatutnya dipersalahkan, pemandu atau penumpang kereta itu yang merupakan ahli parlimen.



Sumber: Beautifulnara


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 24-7-2024 11:25 PM
Macam mana nak bawa isu rakyat parking pun takda sense of rakyat
Quote prettygood 24-7-2024 11:43 PM
tak terkejut sbb dh tgk perangai dlm dewan
Quote gigahertz 25-7-2024 12:16 AM
B40tastePosh replied at 24-7-2024 03:25 PM
Macam mana nak bawa isu rakyat parking pun takda sense of rakyat

Nasib baik bukan logo J.
Quote Rogue98 25-7-2024 12:27 AM
Kalau plate no huruf A tu dari Perak lah kan....
Quote ultra78 25-7-2024 07:28 AM
Kalau aku banyak duit aku naik grab aje ke mana-mana. Tak payah fikir pasal parking. Drop off di tempat dituju dan bila selesai urusan panggil kereta lain
Quote ardent91 25-7-2024 07:42 AM
x reveal nama ahli parlimen tu ker??
Quote sangbara2020 25-7-2024 08:02 AM
klu rakyat marhean...paking lua kotak wpon paking kat area umah pun kena saman weyyy...ade aku npk  kat flat selayang sana...sian org pepagi nk g kje tgk dh kena saman....trus spoil mood...hatni acane nk ckp?
Quote Tinot7 25-7-2024 08:04 AM
Sapa dia?
Quote mehmet 25-7-2024 08:25 AM
Kan betul mereka ini. Set2 laju lalu kawasan sekolah. Budak sekolah nak jalan pun mereka pula kena angkat tangan minta jalan.

Quote pokokmeranti 25-7-2024 08:26 AM
sama kes dgn LGE dulu kan, dia park dekat petak yg tak sepatutnya. nak selamat salahkan driver...dasar komunis
Quote otai_g 25-7-2024 08:54 AM
Ahli parlimen pun mindset da sama level dgn b40..
Quote ctaz 25-7-2024 09:02 AM
org begini la yg walanon mahukan......



yak..yak...yea
Quote ifanonline 25-7-2024 09:05 AM
bukan MP shj, kebanyakan rakyat Malaysia memang otak udang bab2 jln raya ni
Quote 3chanceno 25-7-2024 09:08 AM
Keta sapo nie? Tak de yang nak mengaku ke?
Quote Skuau 25-7-2024 02:31 PM
saiya bukan nak tunjuk saiya ada duit..saiya nak tunjuk..BETAPA BESARNYA SAIYA...itu pon tak boleh 'baca'...patut mudah jer kita kincin..arini pintah...sok rega minyak turun....
Quote ina_na 25-7-2024 02:35 PM
Bgtau je la sape pak menteri otak udang ni..senang nk maki...iolss mls nk berteka teki..nak maki je... hehehe
Quote jfq 25-7-2024 02:45 PM
PETALING JAYA: Senator Hasbie Muda hari ini memohon maaf dan sedia diambil tindakan atas kejadian kenderaan diletakkan secara haram di laluan pejalan kaki, yang tular baru-baru ini.

“Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh.

Saya amat menyesali kesulitan yang telah timbul dan bersedia dikenakan kompaun, kata ketua Pemuda Amanah itu di Facebook.

Beliau turut berjanji kejadian itu tidak akan berulang.

Awal hari ini, tular gambar dikongsi seorang pengguna laman sosial X memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik Ahli Parlimen diletakkan di laluan pejalan kaki.

Gambar itu mengundang kecaman warganet yang mempertikai tindakan yang juga dikatakan mengganggu akses golongan OKU itu.

Quote jfq 25-7-2024 02:45 PM
Sekadar minta maaf aje keww
Quote matabiru500 25-7-2024 02:49 PM
Maybe dia nak cepat cari tandas tu..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.131060 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top