CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Celine Dion & Lady Gaga Bakal Berduet Di Pentas Olimpik 2024, Dibayar RM9 Juta Untuk Satu Lagu?

25-7-2024 10:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29517| Komen: 5



Penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion dan Lady Gaga didakwa bakal membuat kemunculan di majlis pembukaan sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Difahamkan, ini merupakan kemunculan pertama Celine selepas hampir dua tahun berehat dari industri muzik akibat menderita penyakit stiff person syndrome pada tahun 2022.



Menurut sumber, sebelum ini, penyanyi berusia 56 tahun itu telah membatalkan siri jelajahnya dan kini bakal membuat persembahan di pentas dunia sukan Olimpik Paris 2024.

Media melaporkan Celine menerima bayaran sebanyak AS2 juta atau RM9.34 juta hanya untuk mendendangkan sebuah lagu.


Meskipun begitu, tiada kenyataan rasmi berhubung kemunculan Celine di majlis gilang-gemilang itu namun Presiden Perancis, Emmanuel Macron akui berbesar hati dan teruja sekiranya penyanyi berbakat itu muncul membuat persembahan di majlis tersebut.

Menurut sumber, Celine Dion juga dipercayai bakal berduet dengan penyanyi, Lady Gaga di pentas Olimpik 2024 dengan mendendangkan lagu Édith Piaf’s classic “La Vie en Rose”.


Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 30-7-2024 12:56 PM
9 juta banyak nya...patutla celine sakit pon boleh menyanyi semula
Quote hokeypokey 30-7-2024 09:38 PM
Sekali nyanyi 2 juta usd, dh reput pun sanggup nyanyi
Quote Neno90 1-8-2024 03:00 PM
Celine tetap power
Quote hyie 1-8-2024 05:55 PM
yang part gaga tu rakaman sajork yachh...masa hari pembukaan tu dia tak nyanyi pon
Quote miszgwenny 23-8-2024 12:35 PM
asyukkkk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043818 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top