CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Beri Elaun Kepada Adik-Beradik & Bekas Isteri – ‘Seorang RM3,000 Macam Duit Pencen. Semua Orang Dapat’

25-7-2024 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25449| Komen: 81



Chef selebriti terkenal, Chef Wan memberitahu dia lebih mengutamakan membuat kebajikan dengan harta yang dimilikinya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Chef Wan berkata, dia memberikan wang elaun kepada adik-beradik malah bekas isterinya juga selepas pemergian ibu tersayang.

"Adik beradik pun saya bagi elaun. Seorang yang RM3,000, seorang RM2,000, macam duit pencen. Semua orang dapat."

"Selepas ibu saya dah meninggal, bekas isteri saya semua dapat. Adik beradik semua saya jaga."

"Pada saya, saya seorang yang seimbang. Duit adalah duit. Tadi chef saya pun cakap untuk kanser, ‘banyak Chef bagi dana tahun ini’ saya kata, ‘tak apalah, sedekah’."

Dalam pada itu, jelas Chef Wan, dia mementingkan berbuat kebajikan dan berkongsi rezeki dengan orang yang lebih memerlukan.

"Biar kita mati miskin, biar kurang harta tapi kita lebihkan kebajikan. Pada akhirnya bukan tanya berapa rumah yang awak ada kan? Ada lima biji rumah, nak buat apa banyak rumah? Anak semua dah ada dah bahagian masing-masing, cukuplah."


"Tak payah beli rumah lagi dah. Duit itu lebih baik pergi travel, bagi kebajikan mana yang perlu. Kena kebajikan yang betul-betul lah. Orang-orang susah, cacat, autistik, buta, rumah tua-tua."



Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 26-7-2024 01:11 AM
Tgh penyucian diri ke..hehehe...satu court msia dh tahu ko gayah..lols
Quote likilu 26-7-2024 01:56 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 01:11 AM
Tgh penyucian diri ke..hehehe...satu court msia dh tahu ko gayah..lols

Kamalia berapa sebulan
Takkan 2 3k je
Quote L.U.S.M 26-7-2024 02:19 AM
likilu replied at 26-7-2024 01:56 AM
Kamalia berapa sebulan
Takkan 2 3k je

Ahahahaha...Kamal ni lama betul ye berchenta dgn cepone..Dari zaman isu Gavin Serina sampai la si cepone kena kanser siap kalah kes Gavin br2 ni

hahaha
Quote DARSITA 26-7-2024 04:53 AM
"Selepas ibu saya dah meninggal, bekas isteri saya semua dapat. Adik beradik semua saya jaga."


Jap jap .. bukan ke wife dia meninggal dulu dari emak dia? Duit bulanan utk ex wife mmg ramai dah tau sejak dulu lagi.
Quote DeLuna85 26-7-2024 06:53 AM
Berapa orang bekas isteri dia ada? Mak serina dah takda. Ni bekas mana pula. Tapi ntah lah aku minat la chef wan ni. Minat dia sebagai individu yang berjaya dalam bidangnya.
Quote bayan_nuri 26-7-2024 07:55 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 02:19 AM
Ahahahaha...Kamal ni lama betul ye berchenta dgn cepone..Dari zaman isu Gavin Serina sampai la si  ...

agaknya selagi cep berduit selagi tu kamaliah setia gamaknya
Quote blahblahblah!! 26-7-2024 07:56 AM
Apa org tua ni merepek?  Bekas isteri dia meninggal dulu la before mak dia.
Quote prince_marhaen 26-7-2024 08:11 AM
Kalau adik beradik pun 2-3k, anak tino gundu dengan anak laki kaki betina mesti dapat lebih,
sedangkan ex menantu pompuan pun dapat kan.... apatah lagi suami sheols...ehh suami pulakkk...

Tapi tu lah... she kuat menceceh...kau nak duit, kau tahan je lah.. hahahaha!
Quote bedahmenjuyah 26-7-2024 08:15 AM
DARSITA replied at 26-7-2024 04:53 AM
Jap jap .. bukan ke wife dia meninggal dulu dari emak dia? Duit bulanan utk ex wife mmg ramai dah  ...

Itu la aku yg tak follow dia pun tau ex wife meninggal dulu. Mak dia baru jugak la meninggalnya.
Quote bedahmenjuyah 26-7-2024 08:16 AM
Btw iols ketinggalan mrt ke? Kenapa penyucian diri tu chuols?
Quote bbasir 26-7-2024 08:27 AM
likilu replied at 26-7-2024 01:56 AM
Kamalia berapa sebulan
Takkan 2 3k je

kamalia tu top ke bottom? hahaha
Quote Kancilkering 26-7-2024 08:40 AM
bagi ai juga lah. chep wan jahahahahahaha
mura rejeki
Quote chandrahusin 26-7-2024 08:41 AM
pondan pun lagi generous
yg jantan tulin tanggungjwb pun takde
bunuh bini bunuh gf lagi ada
Quote aemon 26-7-2024 08:42 AM
Serena x shaking ke tu?nanti papa dah takde rete dah kontang sbb papa buat penyucian amal sekarang.

Rugilah menantu polis tak dpt kikis chep no syatu asia ni
Quote awex^returns 26-7-2024 08:47 AM
nak buat jariah tak yah cerita cep oii
biar masa ko dah takde baru tersebar
ni belum apa² ko dah gebang
nak mintak pujian ke apa
Quote sayurmayur88 26-7-2024 09:12 AM
chef wan dalam fasa enjoy life dh..
penat lelah dia cari duit dulu terbayar jua..
slalu tgk kt ig dia travel2..
Quote jebatmaspunyer 26-7-2024 11:04 AM
Cara Chef Wan tu yang disaran agama. Jaga ahli keluarga dulu pastu baru sedekah kat saluran yang lain.

Aku dengar ceramah, duit yang kita simpan tu bukan duit kita sebab tak jana pahala untuk kita. DUit yang kita spend tu baru duit kita. Kalu fikir balik betullah. Y simpanan tu kalau mati dpt kat org lain. Duit klu spend utk jalankan tanggungjawab macam nafkah & sedekah, akan dapat ganjaran pahala.
Quote AkokKocik 26-7-2024 11:52 AM


Sebaik baik sedekah adalah sedekah secara sembunyi, tangan kanan xtau apa yg tangan kiri buat...
Quote hyie 26-7-2024 12:06 PM
sape kamal tu nyeh

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.039409 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top