CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Rudaini tuntut guru wanita sebar fitnah mohon maaf atau wajah terpampang di media sosial - "Awak tutup aurat tapi lupa tutup mulut"

26-7-2024 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20601| Komen: 8



PELAKON Rita Rudaini tidak teragak-agak mendedahkan wajah seorang guru wanita yang didakwa menyebarkan fitnah tentang dirinya sebelum ini.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, turut memberi tempoh sehingga selesai cuti sekolah untuk guru berkenaan menghubunginya dan membuat permohonan maaf.

"Selagi awak tidak hubungi untuk mohon maaf, saya akan buka sikit-sikit klu. Mana maruah awak sebagai seorang pendidik? Bertudung, mengajar tempat mulia tapi kaki mengumpat dan fitnah. Awak tutup aurat tapi lupa tutup mulut.

"Lepas cuti sekolah cikgu hubungi saya. Kita borak-borak sebelum saya nekad tampal muka cikgu di media," katanya.

Rita meluahkan perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.

Dipercayai guru berkenaan berkhidmat di sekolah tempat anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin belajar sebelum ini.


Menerusi perkongsian tersebut, Rita turut memberi gambaran wanita itu menyebarkan cerita tentang dia sedangkan mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

"Dengarnya cikgu ini selalu membawang fasal anak saya juga. Tetapi peliknya dia tidak pernah mengajar anak saya. Kenapa berhati busuk dengan saya?

"Kami tidak pernah kenal, bersembang atau bersua muka tetapi lagak cikgu seperti paling tahu cerita dalam kain saya.

"Apa dosa saya sampai sanggup aib dan fitnah saya dekat kawan-kawan cikgu? Saya tak pernah buat hal kepada mana-mana guru atau sekolah. Anak saya pun tak pernah buat hal. Pertama kali dalam hidup hadap cikgu toksik begini," ujarnya.

Dalam pada itu, aktres ini turut menegaskan luahan tersebut hanya ditujukan kepada guru terbabit dan bukannya melibatkan mana-mana pihak lain.

"Saya bercakap hanya fasal seorang guru di sana. Yang tiada kena mengena tolonglah nasihat rakan anda itu supaya buat perangai elok sedikit.

"Saya bercerita fasal seorang guru ini sahaja yang dah buat onar cemarkan nama guru-guru lain. Saya pun masih ada kenalan guru di sana yang masih kekalkan silaturahim," jelasnya.

Sebelum ini Rita meluahkan rasa kesal apabila dituduh cuba mengambil hak golongan kurang berkemampuan dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditanggung kerajaan.

Apa membuatkan dia lebih kecewa apabila kata-kata kurang enak itu diucapkan oleh seorang pendidik. 

Sumber: MStar Online


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 26-7-2024 09:37 AM
Bukan cerita lama ke ni? Sonyap aje pun
Quote Thunderclouds 26-7-2024 10:36 AM
Zaman bila punya post ni?
Aku p ig tadak hapa pn yg latest pasal isu ni.
Saja nk ajak acik porumer masuk cerca ritrud pagi² jemaat.
Quote tasha 26-7-2024 04:51 PM
Ini cerita lamakan....
Quote asfaz 26-7-2024 05:01 PM
Thunderclouds replied at 26-7-2024 10:36 AM
Zaman bila punya post ni?
Aku p ig tadak hapa pn yg latest pasal isu ni.
Saja nk ajak acik porumer m ...

Dia tak tahu kita dah mencerca aritu
Quote Carcosa 26-7-2024 07:25 PM
Gado lagi ke?? Ke cerita lama? Sbb rasa aku penah baca cerita ni
Quote bedahmenjuyah 26-7-2024 08:31 PM
Cerita basi. Btw lawa rit dlm gamba tu
Quote Mary_jane 27-7-2024 12:46 AM
Apa ni recycle cerita lama?
Quote Gokuuu 31-7-2024 01:14 AM
Edited by Gokuuu at 31-7-2024 09:47 AM

Org mcm ni maki kan aje cukup2 bg dia pengajaran..
Br dia kenal hari rabu dgn khamis.

Jgn igt cikgu ni IQ dia semua cerdik.Ramai aje yg low minded...secara ilmiah aje dia cerdik.Bab critical mind..zero...cikgu2 generasi Z...galak bertiktok dan ber fb dan ber mcm2 lagi...ha ha

Ha ha ha...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.196438 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top