CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak pernah cukur bulu ketiak selama sedekad, janda mengadu sukar jumpa jodoh

26-7-2024 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22793| Komen: 45



BERBEZA dengan golongan lelaki, kaum Hawa biasanya akan memastikan ketiak mereka bersih tanpa kehadiran bulu.

Namun, seorang wanita berusia 31 tahun dari Auckland, New Zealand, tular selepas mendedahkan dia tidak mencukur bulu ketiaknya sejak lebih sedekad lalu.

Menurut Zoe Zwetsloot, dia selesa membiarkan bulu ketiak tumbuh secara semula jadi dan tidak akan mencukurkanya sehingga licin.

Namun katanya, tindakan itu menyebabkan dia sukar untuk mendapat jodoh, malah kebanyakan lelaki akan menjauhinya.



"Saya pernah berkenalan dengan beberapa lelaki, mereka minta saya cukur bulu ketiak jika mahu teruskan hubungan," ujarnya.


Ibu tunggal yang memiliki tiga cahaya mata itu berkata dia tidak akan mengubah dirinya demi meraih cinta mana-mana lelaki.

Kini, dia turut mewarnakan bulu ketiaknya, menyebabkan dia sering dipandang serong oleh orang sekeliling.

"Saya boleh berjimat dan tak perlu beli pisau pencukur, saya juga boleh kurangkan masa untuk mandi dan bersihkan diri.

"Dulu saya rasa tak selesa sebab orang lain jijik dengan bulu dan tubuh saya. Kini saya rasa positif," ujarnya lagi.  

Sumber: Daily Star, MStar Online


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 26-7-2024 10:36 AM
Suke ati ko la kak...dh ketiak ko kn
Quote Jikookie 26-7-2024 11:05 AM
Pengotor gila
Quote nw111 26-7-2024 11:29 AM
Bulu ketiak ni kena cabut la...lama2 bila kerap cabut langsung dia mogok nk tumbuh...
Quote AkokKocik 26-7-2024 11:31 AM
Edited by AkokKocik at 26-7-2024 11:32 AM



"Mahu jadi diri sendiri"....habis...sblum ni jd sapa??






Quote plywood 26-7-2024 11:36 AM
baguslah dia berani dedahkan kpd lelaki yg nak cuba dating. "kau tak nak bulu maka putus" ..... tak ada hal
Quote bitterchoc 26-7-2024 11:57 AM


Hahahhaahahahahaahahaaa
Quote SedihPedih 26-7-2024 11:58 AM
ikut suka hati la dia xnak shave tapi yg pi tunjuk tu paseipaaaaa?
Quote Skuau 26-7-2024 12:01 PM
sukar jumpa jodoh..pi la jumpa bomoh...senang jer
Quote Skuau 26-7-2024 12:01 PM
nw111 replied at 26-7-2024 11:29 AM
Bulu ketiak ni kena cabut la...lama2 bila kerap cabut langsung dia mogok nk tumbuh...


sakit..la...cukor jer la..
Quote chikumanis 26-7-2024 12:04 PM
nw111 replied at 26-7-2024 11:29 AM
Bulu ketiak ni kena cabut la...lama2 bila kerap cabut langsung dia mogok nk tumbuh...

ni betul..

alalaaa..kalau perempuan tak shave armhair, kata geli la, pengotor la. kalau lelaki tu? geli juga. me cukup annoying gila bila pegi joging, lelaki pakai singlet n jog sambil buat senaman ringan duk tayang ketiak. dahla tak shave, peluh2 lagi..hadoi!! boleh muntah on the spot!!
Quote aciksenah 26-7-2024 12:05 PM
Pakai wax je la..sekali zap hilang terus tercabut semua tunggul2.
Quote slavehunter 26-7-2024 12:29 PM
Tapi ada jer lelaki omputih fetish bulu ketiak.
Bagi kita geli, tapi untuk dia macam heaven gitu.
Quote mrsamz 26-7-2024 12:33 PM
sedekat?? sedekad lah..sakit mata baca typo gitu..edit lah
Quote slavehunter 26-7-2024 12:33 PM
Skuau replied at 26-7-2024 12:01 PM
sakit..la...cukor jer la..

Laser saja you. I laser baru 4 session terus dah taknak tumbuh dah. Ada lagi 16 session lagi ambik package, ni dah tak pergi 5,6 bulan lepas ni nak pergi balik.
Quote nw111 26-7-2024 12:54 PM
Skuau replied at 26-7-2024 12:01 PM
sakit..la...cukor jer la..

Kerap cabut x sakit pun...my guilty pleasure giteww
Now dh mogok dia nk tumbuh... tumbuh pun jarang2..lagi senang nk cabut
Quote edayildiz 26-7-2024 12:57 PM
kembang
Quote any42 26-7-2024 01:03 PM
Aiyooo dah sndri plih nk hdup dgn cara bkn kbiasaan org skeliling so p la cri jantan yg fetish dgn makhluk bbulu. huhu
Quote lolipopmanish 26-7-2024 02:16 PM
Muntah iols tgk
Quote jfq 26-7-2024 02:38 PM
"Saya boleh berjimat dan tak perlu beli pisau pencukur, saya juga boleh kurangkan masa untuk mandi dan bersihkan diri."

Berapa sen aje la shaver tu
Takda bulu ketiak lagi la jimat masa mandi tu sbb tak payah shampoo letak conditioner bagai. Ketiak lapang lagi cepat mandi

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.088054 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top