CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Google Maps sahkan berjalan di Bengaluru, India lagi pantas daripada memandu

26-7-2024 11:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9530| Komen: 0



DELHI – Peta Google atau Google Maps mengesahkan perkara yang diketahui oleh ramai penduduk di bandar Bengaluru, India adalah benar, lapor portal berita Hindustan Times hari ini.

Aplikasi panduan arah tersebut mengesahkan bahawa kadangkala adalah lebih pantas untuk berjalan daripada memandu dari titik A ke B di ‘Lembah Silikon India; itu.

Pengguna di platform X, Ayush Singh semalam berkongsi paparan skrin Peta Google yang menunjukkan masa yang diperlukan untuk berjalan berbanding memandu dari Briged Metropolis ke Stesen Kereta Api KR Puram.

Jarak perjalanan itu adalah kira-kira 6 kilometer.

Menurut paparan skrinnya, pemanduan antara dua titik akan mengambil masa selama 44 minit. 

Namun, berdasarkan kepada Google Maps, berjalan akan menjadi sedikit lebih cepat iaitu kira-kira 42 minit.

“Ini hanya berlaku di Bangalore,” tulis Singh sambil berkongsi paparan skrin itu.


Ramai netizen yang bersetuju bahawa trafik di Bengaluru adalah memenatkan.


“Mumbai dan Delhi juga mempunyai situasi yang sama semasa waktu puncak,” tulis seorang pengguna X. – AGENSI

Sumber : Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.031609 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top