CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Poland mahu hantar lebih ramai pelajar ke Malaysia - Zambry Abdul Kadir

26-7-2024 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9466| Komen: 1



PETALING JAYA – Poland menyatakan hasrat untuk menghantar lebih ramai pelajar dari negara itu melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu disampaikan kepada beliau oleh Duta Besar Poland ke Malaysia, Krzystof Dariusz Dobrowolski.

“Saya amat berbesar hati dengan hasrat tersebut dan turut menggalakkan pelajar Poland untuk menyertai program pertukaran pelajar di Malaysia.

“Kami juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan dan rundingan di peringkat Kementerian bagi menandatangani MoU di antara dua buah negara dalam masa terdekat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Zambry berkata, bagi memantapkan proses pengantarabangsaan pendidikan tinggi, beliau dikunjungi oleh Duta Besar Poland ke Malaysia.

Katanya, dalam pertemuan itu beliau berkongsi aspirasi Malaysia dalam usaha memperkukuhkan sistem dan struktur pendidikan tinggi Malaysia setaraf peringkat antarabangsa


“Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah berkenaan potensi kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara melalui perjanjian (I2I) universiti,” katanya. 

Sumber : Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 27-7-2024 02:15 AM

Kurangkan sikit berkawan dengan Geng NATO.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.028112 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top