CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulanglah Siti Nur Khaireena, keluarga rayu

26-7-2024 11:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10072| Komen: 8



Butterworth: Keluarga merayu ihsan orang ramai bagi mengesan Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah di Bagan Ajam di sini, sejak semalam.

Abang sulungnya, Mohammad Nurul Asrul Norulfadli, 23, berkata, Siti Nur Khaireena Zufairi keluar dari rumah pada 5 petang semalam tanpa pengetahuan keluarga dipercayai dengan rakan lelaki yang tidak dikenali mereka.

Katanya, anak bongsu daripada tiga beradik itu disedari tidak pulang ke rumah selepas keluarganya menerima pesanan suara menerusi Aplikasi WhatApp.

"Pesanan itu dihantar seorang lelaki menggunakan nombor telefon Siti Nur Khaireena yang mendakwa adik saya berada bersamanya di Bandar Kota Bharu, Kelantan.

"Kira-kira 9 malam, kami masih boleh menjejak lokasi menerusi nombor telefon itu dan tidak lama kemudian, nombor telefon kami disekat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini, dan memaklumkan laporan kehilangan adiknya itu sudah dibuat di Balai Polis Butterworth, hari ini.


Dia berkata, berikutan kekangan kewangan, keluarganya meminta bantuan saudara di Kelantan bagi mencari Siti Nur Khaireena di alamat seperti yang diberi menerusi pesanan suara itu.

"Saudara saya memaklumkan sudah ke alamat itu yang juga sebuah pangsapuri dengan kawalan sekuriti dan sukar menjejaki adik.

"Adik saya sudah lama tidak bersekolah dan tidak mempunyai perselisihan faham dengan keluarga," katanya.

Katanya, dia berharap jika ada orang awam yang menjumpainya, boleh lapor ke balai polis berhampiran atau hubungi talian 012-360 3253.

Terdahulu, tular di Facebook oleh seorang wanita yang merayu bagi mengesan adiknya yang tidak dapat dijejaki sejak semalam.


 

Sumber : Harian Metro



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 27-7-2024 10:05 AM
umur 17 tahun dan sudah lama tidak bersekolah…
Quote Perawankota 27-7-2024 11:21 AM
Risau budak2 sekarang
Quote krustykrab 27-7-2024 01:49 PM
Korang org jantan ni tolonglah belajar dari kesilapan banduan2 lain yg main2 dgn budak pompuan. Tak kesian ke kat bontot2 sendiri. Hanya disbbkn kesoronokan 2 saat kat paip air tu bontot yg jadi mangsa.
Quote B40tastePosh 27-7-2024 01:53 PM
Birah tak terbendung sbb tu tak sekolahkan.

Patut masuk Universiti Rumahtangga. Biar suami dia sekolahkan dia dalam kamar pendidikan rumahtangga.

Quote Ytee 28-7-2024 11:09 AM
Ramai betul yg hilang, semoga selamat ditemui
Quote Meraki 30-7-2024 04:06 PM
Dah jumpa kan
Quote vanillaninja 30-7-2024 04:10 PM
Nampak adik2 sangat muka. Tak macam umur 17.
Quote krustykrab 30-7-2024 04:22 PM
Rambut pun gugur byk tu...byk masalah negara kot

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.035800 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top