CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyampai Berita TV3, Siti Khadijah Jaafar Selamat Bernikah, Pilih Zoo Negara Sebagai Lokasi Perkahwinan

28-7-2024 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30211| Komen: 51



Lain dari yang lain, pasangan personaliti televisyen Siti Khadijah Jaafar dan Otto Othman memilih Zoo Negara sebagai lokasi untuk meraikan mereka sebagai raja sehari.

Pasangan personaliti televisyen yang juga penyampai berita terkemuka TV3 dan RTM itu juga selamat diijabkabulkan hari ini. 

Dengan sekali lafaz, Khadijah sah menjadi milik Otto dan menerima sebanyak RM300 sebagai mas kahwin.

Paling menarik perhatian adalah lokasi majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Zoo Negara, Kuala Lumpur.



Ketika ditemui OhBulan! Otto atau nama lengkapnya Otto Md. Tahir @ Othman berkata pemilihan Zoo Negara sebagai lokasi adalah idea yang unik dan lain dari yang lain.


"Segalanya bermula dengan persoalan di mana kami ingin adakan perkahwinan ini. Kemudian Datuk Rosly @Rahmat Ahmat Lana (Timbalan Presiden Zoo Negara) mencadangkan untuk adakan majlis itu di sini. Jadi kami merasakan ia adalah satu buah fikiran yang sangat baik."

Dalam pada itu, pasangan tersebut juga percaya pilihan mereka tepat kerana ia adalah lokasi yang sesuai untuk merakamkan momen bersama keluarga.

"Zoo Negara aturkan semuanya untuk kami dan kami hanya datang sebagai pengantin."

"Di sini tetamu boleh nikmati momen perkahwinan bersama keluarga, rakan-rakan dan juga alam semula jadi."

"Kami pun memang suka dengan haiwan, jadi ini adalah peluang yang terbaik untuk kami meraikan cinta kami." 

"Keluarga dan rakan-rakan kami juga boleh bawa anak-anak mereka bersama menikmati keindahan di sini."

Seusai selesai majlis resepsi, Khadijah dan Otto bersama rakan-rakan media dibawa ke pertunjukan haiwan dan mereka juga berpeluang memberi makan untuk Oyen (kucing), badak air serta kuda kerdil.

Selain itu, difahamkan mempelai turut diserikan dengan set barangan kemas bertahtakan berlian dan batu permata oleh Habib yang berjumlah RM2.89 juta.

Majlis resepsi yang bermula pada jam 12 tengah hari tadi turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid, keluarga, kenalan rapat dan rakan-rakan media.

Untuk info, majlis tersebut turut diadakan bagi mempromosikan pakej perkahwinan yang julung kali dianjurkan secara eksklusif di Zoo Negara. 

Pakej perkahwinan ini turut dimeriahkan dengan penampilan khas pelbagai spesis haiwan. Para pengunjung juga dapat menyaksikan pasangan pengantin bermesra sambil memberi makanan kepada haiwan.
 

Sumber : OhBulan



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 28-7-2024 12:33 PM
Bekicap pengantin oiii
Quote goldcarrot 28-7-2024 01:52 PM
Baju pon alahaiiiii
Quote jambatannetizen 28-7-2024 04:46 PM
Majlis resepsi buat mana?
Quote NazRysha 28-7-2024 04:49 PM
ingatkan dia ni dah kawin
Quote lasagna 28-7-2024 05:41 PM
woahh ada bau bau yg tak best la if kat zoo khuennss..
Quote LoveSungmin 28-7-2024 07:08 PM
baju pengantin zaman bila ni?
Quote KakRumiMenari 28-7-2024 07:28 PM
"Untuk info, majlis tersebut turut diadakan bagi mempromosikan pakej perkahwinan yang julung kali dianjurkan secara eksklusif di Zoo Negara"

Menjelaskan segala-galanya yang serba tak kena kat mata i huhuhu..

Takpe la asalkan diorang happy, jimat duit & dpt rasa pakai barang kemas juta2 lagi...

Selamat pengantin baru & semoga bahagia hingga ke Jannah
Quote yangsemb 28-7-2024 07:53 PM
Selamat Pengantin Baru
Quote hasyahana 28-7-2024 08:49 PM
Zoo sponsor le tu…emmmm ..hadap betul org sponsor
Quote BlackpingU 28-7-2024 09:01 PM
Tiak lecak tak pe, janji di sponsor
Quote 3chanceno 28-7-2024 09:38 PM
Meols tertinggal ktm ke apa, pesen baju pengantin dari era mana

#janjisponsor
Quote sharlenetexas 28-7-2024 09:41 PM
Lepas buat kat planetarium negara, pusat sains negara.

Quote Mizlyn 28-7-2024 09:47 PM
Lecak la.. Dgn panasnya la ni..
Quote hashashes 28-7-2024 10:18 PM
Aku yang tengok gambar ni pun boleh tau pengantin tu tak selesa
Mesti ketibas
Quote TerataiMelur02 28-7-2024 10:37 PM
hashashes replied at 28-7-2024 10:18 PM
Aku yang tengok gambar ni pun boleh tau pengantin tu tak selesa
Mesti ketibas

Ketibas 1 hal..makeup pun macam dah cair sangat tu
Quote nw111 28-7-2024 11:28 PM
Baru tau dia ni staff tv3...mula2 tadi masa iols dok kelebet ig habib jewels, heran jugak knp habib feature wedding dia ni...nmpk sgt marhaen...rupanya selebriti
Quote silampumeja 29-7-2024 02:18 AM
NazRysha replied at 28-7-2024 08:49 AM
ingatkan dia ni dah kawin

I pun ingat dia ni dh kawin. Sbbacam ada satu waktu dia mcm badan naik, i ingat pregnant. Huhuu. Dulu waktu jd wartawan lokasi, awal2 kerja...poyo dia ni. Pndang org sebelah mata.. skrang hopefully dh oklah.. haha
Quote hyie 29-7-2024 04:33 AM
alah yang ni scene outdoor, rasanya ada jugak hall ber-aircond/kipas
Quote bottombikini 29-7-2024 06:01 AM
Edited by bottombikini at 29-7-2024 06:03 AM

iols tak kenai pengantin ni masa tv3 tunjuk
kena gugel baru paham cerita
sakan segala ketua polis pun ada masa mencemar duli yach
tinggal agong je yg tak mai

paneh yakmat komeeee area sini
padan la mrr2 mcm sempit tghri sabtu tu

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036437 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top