CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sedih Difitnah, Laudya Cynthia Bella Dikatakan Sudah Jadi Isteri Ketiga Pendakwah Terkenal?

29-7-2024 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31638| Komen: 5


Kecoh di laman media sosial mengatakan bekas isteri Engku Emran iaitu pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella sudah bernikah dengan seorang pendakwah terkenal.

Khabar angin tersebut lebih ‘panas’ selepas Bella didakwa menjadi isteri ketiga pendakwah tersebut.

Dakwaan berkata pelakon tersebut telah melakukan majlis pernikahan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Sedar tentang penyebaran khabar angin tersebut, salah seorang ahli keluarga Bella tampil menafikannya.

"Bismillah… Saya ingin meluruskan bahawa berita pernikahan Ustaz Nuzul Dzikri dan Laudya Cynthia Bella tidak benar. Ini jelas kesalahan kami kerana terlalu cepat menyebarkan berita hanya dengan melihat beberapa posting."

Wanita yang bernama Kaditha itu berkata berita yang disebarkan palsu semata-mata dan tidak benar.

Kata individu terbabit, posting terdahulu yang berkaitan dengan isu pernikahan ini telah dipadam dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkannya lagi serta memohon maaf atas kekhilafan yang dibuat.



"Saya cakap perkara ini dengan Bella, Bella sedih, maksudnya sedih kerana tidak sesuai kenyataan seperti itu. “Sumpah, saya tak habis fikir. Saya telefon Bella dan dia bilang ‘pahala buat saya’.


Sumber : Lambe Turah, Beautifulnara



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 29-7-2024 07:21 PM
xhensem la..jgn la..kalau single ok je
Quote lanacondor 29-7-2024 07:53 PM
Ssh jadi org pmpn ni. Duk diam2 buat Hal sendiri Pon ada je suka buat cerita. Kawen awal tuduh kalkulator, single tuduh xlaku, jadi janda ckp perangai teruk pemalas. Dah jadi janda pulak tuduh jadi bini bernombor. Haish la
Quote AkokKocik 29-7-2024 07:54 PM
Tak muka ustaz tu pertama kali, ingatkan ustaz maza...ampun ustaz mana...
[em:8:][em:8:][em:8:]
Quote AkokKocik 29-7-2024 07:56 PM
DELETE...
Quote sayurmayur88 30-7-2024 07:23 AM
sejenis yg suka membawang, nak dia terpaling share gosip..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066653 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top