CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Program kumpul dana : Syarikat arak boleh buat program di sekolah tapi jangan pamer logo – Anthony Loke

29-7-2024 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21871| Komen: 9



KLANG – Tiada halangan kepada mana-mana syarikat termasuk pengeluar minuman keras untuk menganjurkan program mengumpul dana untuk tujuan membiayai pembangunan di sekolah vernakular.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bagaimanapun syarikat terbabit tidak dibenarkan mempamerkan sebarang logo mahupun jenama berkaitan perniagaan mereka.

“Kalau berada di premis sekolah, jenama atau logo ini tak boleh dipaparkan tetapi program boleh buat. Tetapi kalau dekat luar, dia tiada halangan dan kebanyakan program ini berlaku di luar bukan di sekolah, restoran dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini,hari ini.

Terdahulu beliau membuat lawatan kerja ke tapak projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Stesen Pasar Jawa di sini.

Sebelum ini, gambar majlis penyerahan sumbangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min, Sepang yang menunjukkan replika cek derma berjumlah RM3 juta tertera logo syarikat bir jenama Tiger menjadi kontroversi dan mencetuskan polemik.


Kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sekolah itu yang didirikan sejak 30 tahun lalu didapati turut membabitkan sumbangan dan tajaan sebuah syarikat arak.

Anthony juga melahirkan rasa kesal kerana ada pihak yang cuba menimbulkan polemik perkara itu sedangkan ia telah dipraktikkan selama ini tanpa menimbulkan sebarang masalah.

“Hanya ada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan dan cuba mengungkitkan perkara ini dan dijadikan sebagai satu polemik. Jadi selepas ini kita jelas dengan keputusan Kabinet telahpun dibuat iaitu ada beberapa garis panduan.

“Ia termasuklah program itu tidak melibatkan pelajar-pelajar Islam,” katanya.

Menurutnya, lazimnya, program bagi mengumpul dana sekolah itu tidak melibatkan pelajar sekolah sebaliknya ia hanya dihadiri ibu bapa sahaja.

“Yang melibatkan ini (program kumpul dana) kebanyakan yang pergi melibatkan ibu bapa, bukannya anak-anak murid.

“Yang pergi hadir ini tujuannya untuk kita menyokong untuk dana dan sebagainya dan telah dipraktikkan selama ini, tak menjadi isu pun,” katanya lagi.  


Sumber : MalaysiaGazette



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 30-7-2024 07:17 AM
Madahniii
Quote blue_blur 30-7-2024 07:28 AM
polishitians muslim lain kecut telur nak bagi statement... semua nak jaga periuk nasi... hanat...

(yang berani bersuara pulak, petik2 lagi point2 tak relevan, langsung tak setelkan isu ni, baik diam berkubur aja)
Quote msdummy.2018 30-7-2024 09:16 AM
Ini kan kerajaan yg korang pilih, yg korang teringin sgt nk tgk memerintah..sila hadapppppp
Quote chacon 30-7-2024 10:26 PM
2 jantan tu bangla kan..kenapa la indon pinoy suka betul bangla
Quote grouper 30-7-2024 10:56 PM
Dia ni menteri pendidikan ke...kementerian mana patut jawab isu ni
Quote Zazama 30-7-2024 10:57 PM
Menteri pengangkutan ada job baru? Hal2 dlm sekolah dia incharge jugak ke?
Quote Solokkk 31-7-2024 07:55 AM
Menteri pendidikan terbaru?
Quote MissYouSayang 31-7-2024 07:57 AM
Minom arak boek utk kesihatan walanon n ank cucu walanon
Quote adm7 31-7-2024 08:02 AM
Melayu ni takut sgt dgn cina DAP..
Try bg perintan 1 kali. Tak suka nanti boleh tukar..
Last² hancingg....
Dah lama ckp macai anuar / PH (esp melayu ) ni ramai yg bodoh..tp perasan pandai...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.040112 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top