CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jarak Umur Kami Tiga Tahun, Dia (Afieq Shazwa) Dah Macam Abang – Wani Kayrie

29-7-2024 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21899| Komen: 16



CINTA dikatakan kembali bertaut, penyanyi Wani Kayrie menganggap hubungan dengan teman seangkatan yang pernah mengaku sebagai kekasihnya, Afieq Shazwan hanya seperti abang dan adik.

Pemilik nama penuh Syazwani Abdullah, 24, itu menegaskan sebelum ini dia tidak pernah mengeluarkan sebarang nyataan mengenai status mereka melainkan sebagai kawan.

“Mana ada kami kembali bersama? Kami rapat sejak kecil seterusnya semakin akrab selepas sama-sama terbabit dalam program Big Stage musim pertama.

Saya pun tidak pernah letak status apa-apa dengannya, cuma keluarga tahu kami rapat. Berkawan lagi baik untuk merapatkan ukhuwah.

“Ada yang pernah tanya soalan sama, kami memang tiada rancangan ke arah seterusnya. Jarak umur kami tiga tahun, dia dah macam abang,” katanya kepada HibGlam.

Menurut penyanyi lagu Berteman Saja itu, pada usia begini dia belum terfikir untuk bergelar isteri apatah algi banyak komitmen yang terpikul di bahunya.


Mengakui Afieq yang turut bergelar pelakon itu sebagai lelaki budiman, Wani juga tidak kisah andai ada wanita lain mendekati atau mengisi ruang di hati sahabatnya.

“Berkahwin awal atau tidak, itu semua pilihan individu. Saya enggan tergesa-gesa dan keluarga pun tidak mendesak saya berumah tangga awal.

Bagi saya Afieq memang baik dan peramah, cuma saya tak mahu letak komitmen. Jika Allah takdirkan kami, saya aminkan sahaja.


“Tetapi kalau ada mana-mana wanita yang berkenan dengannya, saya tak kisah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pernikahan penyanyi Sarah Suhairi dan Aswad Anuar, baru-baru ini.

Sebelum ini, hubungan rapat yang dilabel ‘teman tapi mesra’ antara Wani dan Afieq terjalin apabila mereka menyertai Big Stage pada 2018 .

Bermula dari situ, kedua-duanya umpama belangkas bahkan jejaka terbabit turut menjadi model muzik video lagu Magika dendangan Wani pada 2019.

Namun, setahun selepas hubungan itu putus iaitu sekitar 2021, Afieq atau lengkapnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 27, terbuka meluahkan rasa kecewa yang terbuku di hati. 


Sumber : HIBGLAM



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 29-7-2024 11:54 PM
Iolsss tasty lama dh kt afieq ni.
Quote rosevelvet 29-7-2024 11:58 PM
takkizawa replied at 29-7-2024 11:54 PM
Iolsss tasty lama dh kt afieq ni.

Heol nmpk manly n masculin. Sejenis yg persis handyman. Suara heol pun sedap. Nmpk berjurus budak afieq ni
Quote cahaya_almas 30-7-2024 12:36 AM
Mcm suka je tp mcm jual mahal ya..mcm nk cari yg lg baik..suara afieq boleh thn jgk best. Cari je awek lain afieq..
Quote doubleA 30-7-2024 12:50 AM
Dari dulu lagi di friendzone kan cari lain jela apik
Quote pocongkiutss 30-7-2024 12:59 AM
doubleA replied at 30-7-2024 12:50 AM
Dari dulu lagi di friendzone kan cari lain jela apik

Bukan ke apik ni yg frenzonekan dia?
Quote anilanil 30-7-2024 01:03 AM
Saling mem friendzone kan antara satu sama lain. Buat abang angkat je la wanie, dulu dia yg ckp takde pape ngan awak. Hanya berteman. Berteman la sampai bila-bila.
Quote doubleA 30-7-2024 01:31 AM
pocongkiutss replied at 30-7-2024 12:59 AM
Bukan ke apik ni yg frenzonekan dia?

Yeke saling frenzone rupanya iols ingat apik ni pernah frust kena frenzone dgn wani ni kalau gitu dua2 indenial la so teman tapi mesra kononnya
Quote alien88 30-7-2024 09:30 AM
bukan afiq pernah ckp frust dgn wani kah? alih2 npk g bercuti sama2 sekali dgn geng diorang, yg ada sarah, naim semua tu
tak pa la wani, ada jodoh tak ke mana.. iolls suka tgk afiq ni, npk mcm baik2 ja
Quote nuhanis 30-7-2024 09:34 AM
Tapi muka wanie kayrie ni nampak mcm lagi tua dari afiq. kehkeh
Quote madamjaja 30-7-2024 02:27 PM
kdg2 aku tgk dak afiq ni mcm pelakon akshay khanna..maybe cara senyum tu kot
Quote adeqbun 30-7-2024 03:37 PM
lah..dh 27 thn ke budak afieq ni...ingat mcm baru 21 thn gitu
Quote immaryjane 30-7-2024 03:41 PM
Dia jugak yg berebut bdk bola sepak sapawi, sapawi dok try2 semua retis, so dia friendzonw minah ni, frust gk dia
Quote kaoru44 30-7-2024 03:56 PM
lah..afieq ni dh 27thn ke.??i ingt bbnu lg..haha
Quote jihah_kudat 30-7-2024 04:09 PM
Edited by jihah_kudat at 30-7-2024 08:11 AM

the only pelakon kanal-kanak lelaki membesar secara natural..adalah afieq syazwan..si naim dgn si fimi don tu kemaruk nak tunjuk dewasa..sorang terpaling nak tunjuk cool berbaju melayu bagai sorang sibuk nak jadi puitis macam kokping rupa plak masih kanak-kanak..aku rasa afieq ni ada vibe2 haris laki intan ladyna jenis matang...
Quote rayna_raynes 30-7-2024 05:49 PM
Apanya naim kemaruk nak tunjuk dewasa, dah memang dewasa level boleh jadi bapak orang dah pun. Si naim tu 27 tahun ni
Quote TeropongThaico 30-7-2024 07:00 PM
Dah dari dulu kan afieq ni tahu hanya difriendzonekan dek dak wanie. Tak habis2 lg ke? Move on je la dik ko tu hesmes ramai awek sanggup jd wife

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.035946 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top