Menerusi satu episod audio siar YouCast, dia yang dikenali sebagai DMA Islam beranggapan ijazah itu hanyalah sekadar satu perniagaan dan pihak universiti perlu berterima kasih kepadanya yang ‘membeli’ sijil tersebut. Bagi kebanyakan orang, ilmu paling afdal diperolehi di institusi pendidikan. Namun, ia juga boleh dipelajari dari persekitaran sekeliling seperti pengalaman. Ada segelintir yang mahu bekerja dan memilih untuk tidak menyambung pengajian ke menara gading kerana percaya pengalaman yang diperolehinya itu boleh dianggap sebagai satu cabang pengetahuan. Oleh sebab itu, kita dinasihatkan untuk tidak saling memperlekeh ilmu seseorang kerana masing-masing ada keistimewaannya baik belajar cara sendiri atau secara formal. Namun, entah di mana silapnya ada segelintir individu melihat ijazah bukanlah satu peringkat ilmu dan dianggap sebagai satu perniagaan.
Menerusi satu temu bual di program audio siar (podcast) YouCast, seorang influencer yang dikenali sebagai DMA Islam berpendapat ijazah yang sedang diambil olehnya bukanlah untuk ilmu. Sebaliknya, dia beranggapan ijazah itu hanyalah sekadar satu perniagaan dan pihak universiti perlu berterima kasih kepadanya yang ‘membeli’ sijil tersebut. “Ilmu bocah apa? Degree (ijazah) tu kita beli, dia costly, dia money. Kalau setakat nak dapat ilmu, dekat tempat lain pun ada ilmu. “Orang buat degree bukan sebab nak ilmu, dia nak pekerjaan dan degree itu sendiri pun kita kena bayar. “So, UNISZA terhutang budi dengan aku, bukan aku terhutang budi UNISZA. UNISZA kata saya bagi awal ilmu, tak. I give you money (saya bagi awak duit), you give me degree (awak bagi saya ijazah). “Itu orang panggil satu jual beli,” katanya. DMA Islam berkata demikian selepas menjawab soalan diajukan oleh hos podcast berkenaan, Yousaf yang meminta penjelasan berhubung lanjutan semester olehnya. Malah menerusi podcast tersebut, DMA Islam mendedahkan dia memilih untuk berhenti belajar kerana bagi dirinya ijazah yang diambil tiada kaitan dalam hidupnya. “Aku tak nak sambung degree dah sebenarnya, aku nak berhenti degree. “Degree ni tak de kaitan dengan aku punya goal (sasaran) dalam hidup, aku tak nak kerja dengan orang, degree ini takkan membantu pun,” katanya. Pempengaruh itu turut berpendapat tidak semua orang betul-betul mahu menyambung pengajian hanya semata-mata mencari ilmu. Malah, dia merasakan individu khususnya yang akan melakukan menjalankan perniagaan tidak perlu ijazah dalam hidupnya. “Kebanyakan orang buat ijazah sebab nak kerja, tiada yang buat sebab betul-betul nak ilmu. Mungkin ada seorang dua. “Aku ok je kalau orang tu nak jadi budak nerd, jadi doktor, jadi pensyarah tapi kalau kau nak jadi usahawan, tak perlu buat degree pun,” katanya lagi. Kenyataan DMA Islam itu nyata mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka bengang dan menyifatkan ia sebagai satu penghinaan terhadap ilmu. Malah, ada yang meminta KPT dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) mengambil tindakan undang-undang terhadap DMA Islam atas kenyataannya ini. Sekadar info, DMA Islam merupakan seorang TikToker yang terkenal kerana menggunakan perkataan bocah (keanak-anakan) dan sering memuat naik kandungan motivasi dan pembangunan diri di TikTok. Namun, dia juga banyak menimbulkan kontroversi antaranya mencabar dan mengajak seseorang untuk beradu tenaga di dalam gelanggang atas dakwaan menghina ulama. Malah, sebelum ini seorang pakar perubatan Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin pernah menyarankannya untuk membuat pemeriksaan mental kerana kontennya didakwa banyak memberi kesan negatif. Berikut antara komen pengguna media sosial: “UniSZA Kena Ambil Tindakan Tegas, Ucapan Dia Mencemarkan Institusi Pengajian” “Kenapa Dia Cakap Macam Tu? Degree Untuk Pekerjaan? Semua Orang Tuntut Ilmu Untuk Ilmu” “Harap KPT Boleh Banned Dia Ni Daripada Mengeluarkan Kenyataan, Mencemarkan Imej Mahasiswa” Sumber : Buzzkini Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
slyfynx replied at 30-7-2024 09:41 AM
Thread sblm ni dah kene padam ke?
Aku ulang ayat yang sama ye.
slyfynx replied at 30-7-2024 09:41 AM
Thread sblm ni dah kene padam ke?
Aku ulang ayat yang sama ye.
slyfynx replied at 30-7-2024 01:41 AM
Thread sblm ni dah kene padam ke?
Aku ulang ayat yang sama ye.
Kitty_catz replied at 30-7-2024 02:10 AM
kena spam
so momod humban
kakigebang replied at 30-7-2024 02:08 AM
Influnencer ke mamat terencat ni... Bangang la sapa follower dia
sufi^_^ replied at 30-7-2024 10:44 AM
yg nick igertoma tu ke pelaku spamnya?
Cisss.
nellyberry replied at 30-7-2024 10:23 AM
Kesian kau dek.
Dah la tak kacak.
Pendek pulak tu.
lurve82 replied at 30-7-2024 01:29 PM
dia ni mental ke? tp gigih plak ajak podcast bagai..rubbish
ADVERTISEMENT