CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, Saya perlu masa fikir kahwin.. dah terbiasa hidup bujang' - Tyzo

30-7-2024 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14734| Komen: 67


Kuala Lumpur: Penyampai radio sensasi, Tyzo Xander, 48, mengakui sudah terbiasa hidup 'membujang' menyebabkan dia masih perlukan masa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

Terdahulu, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris tidak menafikan terkejut dengan pengakuan usahawan 'online' popular juga anak pelakon Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli yang mempunyai perasaan cinta terhadapnya.

"Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, tetapi saya perlukan masa lagi untuk berfikir dengan teliti mengenai perkahwinan kerana sudah lama hidup bersendiri. Saya dah terbiasa membujang selama ini.

"Lagi pula, kami berkawan baik sudah lama kerana dia (Lydia) juga banyak membantu dan mengajar saya selok-belok perniagaan. Malah, keluarga serta semua adik-beradik saya pun sudah kenal rapat dengannya.

"Begitu juga, anak saya (Noah Zachri) rapat dengan Lydia sebab kami memang baik sampai sekarang pun. Cuma, mohon didoakan yang baik-baik sajalah untuk kami (jodoh)," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Tyzo, dia okay dengan status Lydia sebagai ibu tunggal kepada empat anak, cuma sekarang situasi dirinya yang mahu memberi fokus kepada karier penyampai radio di stesen baharu disertai iaitu IKIMfm.

"Perjalanan karier saya pun masih 'bertatih' lagi buat masa ini selepas apa yang berlaku pada awal Januari lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk memberi lebih fokus pada karier penyampai radio yang digalas ini.

"Bukanlah saya tiada hasrat nak berkahwin suatu hari nanti, cuma sekarang bukan masanya lagi. Macam yang saya cakap, saya masih perlukan masa berfikir kerana kalau nak kahwin biarlah lama dan bukan cuma seminggu dua saja," katanya.

Tyzo berkata, dia juga selama ini mengambil pendekatan tidak berkongsi cerita peribadi dalam temubual bersama media, termasuk perkongsian hantaran di akaun media sosialnya kerana selesa dikenali dengan bakat.

Baru-baru ini, Lydia dan Tyzo bagaimanapun kelihatan hadir berdua pada majlis sambutan ulang tahun kedua pasaraya ST Rosyam Mart milik pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor di Sungai Buloh, Selangor.

Lydia atau nama sebenarnya Nor Lydia Rosli yang ditemui media mengakui, dia pernah ada perasaan cinta yang menebal terhadap Tyzo dan berhasrat ingin berkahwin dengan lelaki asal Perak itu, tahun lalu.

Menurut Lydia, dia juga sudah puas menangis hampir setiap malam sebelum ini apabila terkenangkan perasaan cinta tulusnya terhadap Tyzo seolah-olah tidak berbalas dan kini menyerahkan urusan jodoh mereka pada ketentuan takdir.

Difahamkan Lydia dan Tyzo pernah terkait gosip cinta sebelum ini apabila kerap dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis, termasuk Lydia juga sering berkongsi gambarnya dan Tyzo di akaun media sosial.



Sumber : Kosmo



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swateng1 30-7-2024 10:00 AM
TERAWAL PULAK MASUK... HURMMMM
Quote divalaura 30-7-2024 10:06 AM
malu kot nak jadi family KakKM..
Tak semenggah gitu memang lah memalukan
Quote Myhappyending 30-7-2024 10:12 AM
Abis daddy papa nk letak manaaaa
Quote mawarkhayalan99 30-7-2024 10:16 AM
sah2 la sheols rejek
Quote cattiecute 30-7-2024 11:28 AM
meremang iols baca
si lydia ni tak tengok cermin ke
confident beli mana nok?
Quote batrisyan 30-7-2024 11:30 AM
pakai tudung dah ke lydia tu?  pakaian sebelum n menyeramkan. dahla tyzo tu skg keje ikim...
Quote makton 30-7-2024 11:39 AM
takpe la kak, lupakan je la tezo ni. jeri sekandar dah single sekarang ni.
Quote Hoola 30-7-2024 11:42 AM
umur brapa lydia ni
dara or J

gituh berita2 sensasi retis-influenza-pounder-DJ-pelawak utk santapan minda rakyat sejak jaman milenium yinhhih
Quote gekkou 30-7-2024 11:45 AM
Hoola replied at 30-7-2024 11:42 AM
umur brapa lydia ni
dara or J
Menurut Tyzo, dia okay dengan status Lydia sebagai ibu tunggal kepada empat anak,
umur tatau. dalam artikal tiada disebut
anak 4 sah2 bukan anak dara
Quote supernaturalee 30-7-2024 11:56 AM
makton replied at 30-7-2024 11:39 AM
takpe la kak, lupakan je la tezo ni. jeri sekandar dah single sekarang ni.

amboi avatar makton...
selambak tp kenapa ditutup matanya
yg patut lbh tutup dibiar2 membuak


Quote makton 30-7-2024 12:09 PM
supernaturalee replied at 30-7-2024 11:56 AM
amboi avatar makton...
selambak tp kenapa ditutup matanya
yg patut lbh tutup dibiar2 membuak

sbb yg selambak & bernanah tu lagi perlu diberi perhatian hahahhaha
Quote Hoola 30-7-2024 12:10 PM
gekkou replied at 30-7-2024 11:45 AM
umur tatau. dalam artikal tiada disebut
anak 4 sah2 bukan anak dara

ok maklumat ditrima..roger
Quote vanillaninja 30-7-2024 12:11 PM
Gitu jah kena friendzoned.
Quote chandrahusin 30-7-2024 12:12 PM
Kenapa nak kutuk Lydia je
Dh Tyzo ni yg melayan
Quote edoraixora 30-7-2024 12:21 PM
ni baru betul perigi cari timba....terang2 bercerita, memang semua family kak km ni xde urat malu gamaknya

dah tyzo pun dok panggil 'kak lydia', memang dia anggap kakak je lah, bakpo mu perasan lydia oiiii
tyzo umo 48, so si lydia umo 49 ke atas lah agaknya
Quote Tiggybiru 30-7-2024 12:27 PM
Wow overconfident
Quote 3chanceno 30-7-2024 12:57 PM
Perlu ke canang pasal bertepuk sebelah tangan nie? Dah tentu sebelum dicanang, dah tahu kan camna perasaan tyzo nie   macam2 hal nak upload kat socmeds
Quote Sazreena 30-7-2024 01:07 PM
Kalau dah anak beranak normah berduri ni baik xyah lah. Ye..manusia boleh berubah tapi family ni memang kuat dia punya getah. Pk-pk kan lah...gitew.
Quote bulalof 30-7-2024 01:14 PM
sampai dah x malu canang nak kawin dgn jantan, mengaku sgt mencintai bla bla bal. simpan sendiri sudah la aib dan kebodohan tu

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035272 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top