CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang hilang : Puteri Damia Darwishah hilang sejak kelmarin

30-7-2024 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27219| Komen: 41



SUBANG JAYA – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan bernama Puteri Damia Darwishah Abdullah yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kali terakhir remaja tersebut dilihat adalah di kediamannya sekitar pukul 6 petang di Jalan USJ 11/3A, USJ 11, di sini.

“Remaja berusia 14 tahun itu berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 60 kilogram (kg), warna kulit sawo matang, rambut perang kemerahan, hidung lebar, mata hitam dan bibir mulut tebal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa dimohon untuk tampil ke balai polis berhampiran.

“Atau berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222/ 03-78627100,” katanya.

Sumber : KOSMO! ONLINE




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 30-7-2024 10:47 PM
Menjadi2 kes budak bawah umur hilang... aduhai
Quote ladyxez 30-7-2024 11:08 PM
Takutnya, ni kat rumah i ni
Quote Carcosa 30-7-2024 11:12 PM
Ramai sgtlah org hilang. Mcm meluat pulak.
Baideway, description budak tu mcm klako pulak.
Idung lebor, bibir tebal bagai
Quote gigahertz 31-7-2024 02:03 AM
ladyxez replied at 30-7-2024 03:08 PM
Takutnya, ni kat rumah i ni

Seingat i Subang jaya kawasan M40 / T20 kan
Quote nw111 31-7-2024 05:29 AM
Adoiii.. description pun ...siap hidung lebar bibir tebal ...
Moga adik jumpa jln balik .
Quote yangsemb 31-7-2024 06:44 AM
Cantik this girl. Semoga dapat jumpa/pulang kerumah dgn selamat
Quote lee_sakura 31-7-2024 07:00 AM
nw111 replied at 31-7-2024 05:29 AM
Adoiii.. description pun ...siap hidung lebar bibir tebal ...
Moga adik jumpa jln balik .

hahahha gelak iols baca description polis ni
Quote dua_chzy 31-7-2024 07:28 AM
Uiyooo muka macam datin paduka Umie Aida seblom renovate muka~
Quote sukacactus 31-7-2024 07:31 AM
Carcosa replied at 30-7-2024 11:12 PM
Ramai sgtlah org hilang. Mcm meluat pulak.
Baideway, description budak tu mcm klako pulak.
Idung leb ...

Kannn…aku gelak2 baca padahal kes berat gak ni buat parents yg ank lari dr rumah
Quote otai_g 31-7-2024 07:33 AM
Amboi wartawan pun complete description. Hidung lebar bibir tebal bagai. Nasib baik x tulis ukuran pinggang dada semua
Quote dua_chzy 31-7-2024 07:38 AM
Imagine zaman 90an dulu, muka begini boleh jadik model, jadik finalis Dewi Remaja.
Quote dua_chzy 31-7-2024 07:40 AM
Btw, kemut mulut tu ada sikit macam Ruhainies la pulak.

Semoga selamat dijumpai. Tak berbaloi lari demi jantan dek. Sedap kejap ja. Kalau bunting pehtu beranak, sengsara seumur hidup kau ya. Jangan sambung legasi birah parents kau, cukup la setop kat kau ja.
Quote shernazz 31-7-2024 08:10 AM
Wow berat dia 60kg
Agak gempal la adek ni..
Harap selamat dek...
Iols ni kalau budak2 hilang riso juga kot kena culik atau dirogol ke..
Quote zuriey 31-7-2024 08:32 AM
Comel.harap tak ikut jantan rempit tak de mas depan
Quote Ai_kiu 31-7-2024 08:40 AM
Silap haribulan sheols xbalik ke pangkuan keluarga lepas baca description polis pasal muka sheols itu
Quote edayildiz 31-7-2024 08:42 AM
tinggi la jgk bdk ni...lg tinggi akak dek..
semoga merajuk je la..
jgn lari ikot bf sudah...
Quote edayildiz 31-7-2024 08:43 AM
oh usj..dkt je ngn i..tkt dh nk keluar sensorg skrg...
Quote lasagnaklcc 31-7-2024 08:48 AM
'JANGAN BUANG PET KAT TONG SAMPAH BILIK'.  
Quote supernaturalee 31-7-2024 10:40 AM
dah letak gambar kan
perlu ke nk tulis detail2 rupa bdk tu
buat keje sungguh ni


“Remaja berusia 14 tahun itu berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 60 kilogram (kg), warna kulit sawo matang, rambut perang kemerahan, hidung lebar, mata hitam dan bibir mulut tebal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040501 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top