CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi janda selepas tiga minit nikah

30-7-2024 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27203| Komen: 14



BANDAR KUWAIT – Sepasang pengantin baharu di Kuwait menjadi perhatian orang ramai apabila mereka bercerai selepas hanya tiga minit mendirikan rumah tangga, lapor saluran berita Bangkapost hari ini. 

Wanita itu memutuskan untuk bercerai selepas suaminya melontarkan perkataan ‘bodoh’ kepadanya di khalayak ramai. 

Difahamkan, wanita itu tersandung lalu terjatuh semasa mereka berjalan menuju ke pelamin. 

Disebabkan rasa sakit hati, dia segera membawa perkara itu ke mahkamah dan meminta hakim membatalkan status perkahwinan mereka dan permintaannya dipersetujui. 

Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen lega dengan keputusan yang diambil oleh wanita itu. 

“Jika dia (suami) sudah bersikap begitu dari awal, lebih baik tinggalkannya segera,” kata netizen.  

“Perkahwinan tanpa rasa saling hormat menghormati merupakan perkara yang salah sejak dari awal,” kata netizen lain. – AGENSI



Sumber : KOSMO! ONLINE




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 30-7-2024 10:57 PM
takkan dia pergi makhamah dlm masa 3 min kawen..
janda berhias la hakak ni
Quote sayurmayur88 31-7-2024 07:38 AM
iolls sokong.. k bye
Quote shernazz 31-7-2024 08:10 AM
Baru bodoh
Kalau 3 hari lepas kawen entah apa dikatanya nnt
Quote BoongaKertas 31-7-2024 09:15 AM
tu baru bodo lepas beberapa minit. kalau beberapa bulan, mau lebam2 agaknya?
Quote nazzse 31-7-2024 09:34 AM
Women power!

Hakim pun bagus, tak byk soal, approve je
Quote supernaturalee 31-7-2024 10:00 AM
now sape yg bodoh


perempuan2 di luar sana pun kena stand up for ur right mcm this girl

Quote Meraki 31-7-2024 12:06 PM
Bagus
Quote Decaffeinated 31-7-2024 01:33 PM
Bila kawin dengan total strangers ini lah jadinya. Is this their first date?
Quote sukacactus 31-7-2024 01:53 PM
Buat yg acah2 love at the first sight tu bw2 turun ke bumi nyata
Bkn senang sebenarnya nak get along apa lg nak fall in love dgn total strangers ni ya
Quote KamikuP 31-7-2024 03:04 PM
nTAH2 NI KONTEN pak arab jahh..
Quote hanamunir 31-7-2024 07:17 PM
nasib baik kau sempat tersadung lepas nikah tu..
kalau tak, makan hati berulam jantung..
Quote ashilalat 31-7-2024 07:56 PM
sukacactus replied at 31-7-2024 01:53 PM
Buat yg acah2 love at the first sight tu bw2 turun ke bumi nyata
Bkn senang sebenarnya nak get along ...

Zaman nabi kan berkahwin dlu baru bercinta
Quote manamana123 31-7-2024 10:11 PM
nak dapat guinness world record ke mcm mana
perkahwinan tersingkat
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:45 PM

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.112325 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top