CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli perniagaan ‘lunyai’ dibelasah empat askar

30-7-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30443| Komen: 0



JAKARTA – Seorang ahli perniagaan dari Semarang, wilayah Jawa Tengah cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan lelaki yang turut terdiri daripada anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) lapor laman berita Okezone semalam.

Dalam kejadian pada 25 Julai lalu, mangsa mengalami luka-luka di kaki dan badannya, selain hidungnya patah.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan seorang saksi, beberapa lelaki dengan empat daripadanya disahkan anggota TNI, membelasah mangsa, Johnson Wakum, 31.

Mereka memukulnya menggunakan tangan kosong dan besi sehingga mangsa tidak berdaya.

Dalam laporan polis, mangsa berkata, ketika kejadian, dia dan pemandunya sedang makan soto di sebuah gerai tepi jalan.

“Ketika makan, kami melihat ada kumpulan lelaki bertengkar. Saya tampil untuk menghalang mereka daripada bergaduh.

“Tidak lama kemudian, beberapa lelaki lain datang dengan menaiki kenderaan, lalu memukul saya,” jelasnya.


Dalam pada itu, menurut polis, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa TNI, manakala empat anggota terbabit sedang disiasat. – AGENSI 

Sumber : KOSMO! ONLINE




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.029806 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top