CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sudah 2 Tahun Kumpul Koleksi Tudung Dalam Diam-Diam, Kali Ini Nora Danish Akui Kuatkan Hati Ikut Perintah Allah

30-7-2024 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30776| Komen: 41




Siapa sangka, mula dibukakan pintu hati untuk menghadiri majlis ilmu menjadi titik-tolak perubahan aktres cantik manis, Nora Danish, ke arah yang lebih baik.

Pemilik nama penuh Nora Mohd Danish Hanif itu mendedahkan bahawa beliau sebenarnya sudah dua tahun mengumpul koleksi tudung dan selendang, tetapi baru-baru ini sesuatu yang berlaku menguatkan hatinya untuk menurut perintah Allah kepada setiap wanita Islam.

“Pada awalnya ada terfikir, patutkah saya berubah perlahan-lahan tetapi hati kuat mengatakan sudah tibanya masa untuk berhijrah. Apa yang berlaku membuatkan saya terus nekad untuk lakukan penghijrahan dan ia memberi impak yang sangat besar,” kata Nora.

Walaupun pada awalnya bimbang untuk memberitahu orang ramai bahawa dia sudah bertudung, kini Nora merasa lebih tenang dan selesa setelah menutup aurat.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan diri sekarang, tidak ada rasa kekok dan lebih tenang bila sudah menutup aurat.”


Rata-rata memberikan respons positif terhadap perubahan Nora, malah ada yang berkongsi doa agar beliau kekal istiqamah dengan imej baharunya.

“Alhamdulillah, semua berikan respons yang sangat positif. Ada yang mesej dan mengaku menangis sebab sudah lama menanti untuk melihat saya bertudung”.

“Ada juga kawan-kawan yang ajar doa supaya kekal istiqamah dan saya akui bimbang juga jika Allah bolak-balikkan hati ini. Jadi, apa yang boleh dikatakan, saya harap semua doakan supaya diri ini kekal istiqamah,” ujarnya.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Perang Nasi Dagang di Stor Teater, Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurutnya, sejak kebelakangan ini, hatinya mudah tersentuh apabila melihat beberapa rakan baiknya berubah menjadi Muslimah yang lebih baik.

“Sejak awal lagi, saya memang sudah pasang niat untuk bertudung. Bila jumpa kawan-kawan yang sudah bertudung, saya akan peluk mereka dan kata, bilalah giliran saya untuk bertudung… Jadi saya rasa inilah masanya, Allah mahu saya jadi insan yang lebih baik,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Apabila seorang selebriti wanita memilih untuk tampil lebih sopan dan menutup aurat, pastinya persoalan mengenai tawaran dan populariti diajukan. Ibu kepada dua cahaya mata itu juga tidak terlepas daripada persoalan yang sama. Namun, bintang “Sayu Yang Syukur” itu merasakan sudah puas mengecap populariti.

“Sepanjang saya hidup selama 42 tahun ini, Allah SWT sudah berikan bermacam rezeki yang tidak putus-putus buat saya”.

“Contohnya, meskipun saya alami kegagalan dalam rumah tangga, Dia juga jadikan saya seorang yang cepat lupa pada kesedihan. Allah sudah berikan macam-macam rezeki sebelum ini, jadi apa lagi yang saya mahu? Di usia ini, memang saya sudah tidak ada apa lagi yang ingin dikejar,” jelasnya.

Sementara itu, kelibat Nora menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri, baru-baru ini telah menarik perhatian ramai sehinggakan ada yang menelah pasangan itu akan rujuk semula sedikit masa lagi.

Namun, bagi empunya diri, tiada apa-apa perubahan terhadap keputusannya sebelum ini. Cuma sebagai seorang rakan dan bekas isteri, anak kelahiran Terengganu itu merasakan tidak salah buatnya meluangkan masa menjaga bekas suaminya itu.



“Ketika saya membuat keputusan untuk berpisah dengan Nedim, ia bukan satu hal yang mudah. Setakat ini, saya tiada perancangan untuk rujuk, tetapi tidak juga secara beria-ia berkata tidak mungkin akan kembali kepada dia kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang”

“Kalau nak cakap pasal bahagia, inilah yang saya cari. Mungkin saya kena lalui pelbagai dugaan sebelum ini yang akhirnya membawa saya kepada penghijrahan ke jalan Allah,” katanya.

Tegas Nora, apa yang penting adalah tanggungjawab mereka pada anak-anak terutamanya Mohamed Neyqal yang kini berusia enam tahun.

Nora berharap perubahan yang dialaminya ini akan membawa kebaikan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada keluarganya, dan dia berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam perubahan ini.

Sumber : Murai.my




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gokuuu 31-7-2024 01:07 AM
Sudah sudahlah...
Bosan...next
Quote Rogue98 31-7-2024 01:09 AM
Tak habis lagi ke citer pasal tudung dia....tutup jer lah thread ni sambung citer kat thread asal...
Quote pocongkiutss 31-7-2024 01:10 AM
Erk
Quote sayurmayur88 31-7-2024 07:36 AM
k,  faham....next
Quote chandrahusin 31-7-2024 07:49 AM
nak pakai tudung pun mcm2 drama
nak justify kat sapa
pakai tudung tu antara kau dgn Allah taala
Quote Mamajiyem 31-7-2024 08:40 AM
Semoga terus istiqomah..pakai je tudung..xde hal lah..
Quote TomyamPuteh 31-7-2024 09:13 AM
Kita jgn bitter. Masing2 jaga Iman sendiri sudah.
Quote NazRysha 31-7-2024 09:29 AM
rohinyaa da start menungganggg
mana sis orennn ni
Quote bulalof 31-7-2024 09:31 AM
ko nak berubah tak payah dok up cerita la. kecoh sgt. mcm budak2.
Quote bored_atticus 31-7-2024 09:41 AM
diharap dia betul-betul istiqamah kali ni.. jangan jadi macam retis lain.. lepas 2,3 tahun, melayang free hair balik. saya doakan yang baik-baik untuk nora sayang..
Quote shark_eow7 31-7-2024 09:48 AM
hahahau. (tambah tacang saje2)
Quote kucingitam 31-7-2024 09:52 AM
semoga istiqamah..jangan dah beriya cerita itu ini, 2-3 tahun lagi tudung terbang.
Quote TabletSusu 31-7-2024 10:15 AM
lantak ko ler nak menunggang. cuma aku nak puji.. pandai pulak ko pakai shawl tu nowa. cantik tersusun, terletak. aku yg berpuluh tahun dah pakai tudung ni, smp skrg aku x reti nak membega2 shawl ni. dah lah berejam aku nak bersiap.. ujung2 bila dah siap, aku dah kepanasan dgn muka dah berpeluh
Quote MistrezHermanaz 31-7-2024 10:35 AM
dlm perang nasi dagang tu dia kt gerai nasi dagang ganu, anak kelahiran ganu rupanya
Quote Sunkiss8999 31-7-2024 10:36 AM
Brand owl dia tu ada lg ke tak..blh la naik kn biz tu dgn design tudung2 up to date
Quote Safirania 31-7-2024 10:36 AM
Moga istiqamah nd
Quote amyza 31-7-2024 10:45 AM
Freehair lawa bertudung pun lawa
Suka tengok dia dalam cerita yg dia jadi bunian. Berlakon drama² mcm tu je lah nd.
Quote aciksenah 31-7-2024 11:45 AM
Over sangat sampai 2 tahun dok simpan koleksi...bukannya susah nak dapatkan tudung kat mana2..
Quote Meraki 31-7-2024 12:04 PM
Next bosann

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048312 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top