CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye Dedah Pengalaman Dibesarkan Oleh Ibu-Bapa Dengan Peraturan Ketat - “Saya dapat ‘pegang’ telefon pada usia 13 tahun..."

31-7-2024 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8874| Komen: 14



Penyanyi muda berbakat, Iman Troye, atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin, 22, berkongsi pengalaman dibesarkan dengan peraturan ketat yang diterapkan oleh ibu bapanya.

Antara peraturan tersebut termasuklah penggunaan telefon bimbit yang sangat terhad. Iman hanya memiliki telefon bimbit sendiri pada usia 17 tahun, dan penggunaannya dilimitkan oleh ibunya.

“Saya dapat ‘pegang’ telefon pada usia 13 tahun untuk memuat naik lagu yang saya nyanyikan dalam laman sosial tetapi itu pun kepunyaan ibu. Kemudian ketika tingkatan lima baru saya ada telefon bimbit sendiri yang juga perlu diserahkan semula kepada ibu pada waktu malam seperti disyaratkan”.

“Peraturan ini turut diikuti adik-beradik saya yang lain ketika mereka masih di bangku sekolah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kotek Total Protection, baru-baru ini”.

Iman, anak bongsu dalam keluarganya, menyedari bahawa tindakan orang tuanya berhubung had penggunaan telefon mempunyai sebab tertentu. Selain telefon, Iman dan adik-beradiknya juga diminta mematuhi beberapa peraturan lain sejak kecil untuk memastikan mereka lebih berdisiplin.


“Dulu ada juga saya tertanya-tanya, kenapa perlu ikut jam untuk guna telefon dan kawan-kawan kena datang rumah dahulu jika mahu keluar bersama-sama. Waktu itu kita tak faham lagi, sekarang apabila tengok insiden menakutkan akibat jenayah sosial membuatkan saya lega adanya peraturan dalam kehidupan kita,” ujarnya.

Menurut Iman, seiring peningkatan usia, dia mula menyedari kepentingan peraturan yang dikenakan oleh ibu bapanya. Beliau kini melihat insiden-insiden menakutkan yang melibatkan jenayah sosial dan merasa lega kerana adanya peraturan yang telah diterapkan dalam hidupnya.

Iman juga memberi maklum balas berkenaan isu semasa yang membabitkan golongan remaja yang memberontak sehingga sanggup lari dari rumah atas alasan dikongkong keluarga.


Penyanyi lagu Nang itu berharap golongan muda tidak terbawa-bawa emosi dengan melakukan perkara yang boleh membuatkan mereka menyesal di kemudian hari.

“Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, jadi memang patut kita patuhi nasihat mereka berbanding mengikut saranan individu tidak dikenali dalam laman sosial atau menerusi aplikasi lain,” ujarnya.




Sumber : Murai.my




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 31-7-2024 01:04 PM
kembar Tok Vida... hihihi
Quote Manusiabesa 31-7-2024 01:16 PM
So. Apa motip.
Nk hbaq kata undang2 ketat so hasil dia hg berjaya dunia akhirat ka.
Lols.
Lawak la vida travel size ni.
Pncapaian xke mana.
Tny negara sebelah pun xkenal siapa imantroy
Quote miss_perfect 31-7-2024 01:19 PM
Nama sebenar dia sedap la, dah kenapa guna troye tu? Sampai sekarang tak reti nak pronounce nama tu.
Quote naina 31-7-2024 01:25 PM
Konon urban la tu guna nama troye
13 tahun dapat HP oklatu.. normal
Takpelah disiplin sgt
Kalau disiplin betol habis sekolah baru boleh pegang hp
Quote Sendawg 31-7-2024 01:57 PM
miss_perfect replied at 31-7-2024 01:19 PM
Nama sebenar dia sedap la, dah kenapa guna troye tu? Sampai sekarang tak reti nak pronounce nama tu.

Apparently sebab penyanyi feveret dia Troye Sivan (South African singer). Entah2 berangan nak jadi isteri dia ke apa.
Quote Sendawg 31-7-2024 01:58 PM
Dia ni kan aku pelik la. Umur kecik lagi tapi muka dah tua, and not in a good mature women gitu. But at the same time still nampak tak matang.
Quote zad78 31-7-2024 01:58 PM
loratnyer....
Quote mawarmatahari 31-7-2024 01:59 PM
muka cheeky girl menurun dr emaknya..comel maknya.
Quote annehuda 31-7-2024 02:07 PM
Sendawg replied at 31-7-2024 01:57 PM
Apparently sebab penyanyi feveret dia Troye Sivan (South African singer). Entah2 berangan nak jadi ...

tapi troye sivan tu gay noks.  
Quote Sendawg 31-7-2024 02:43 PM
annehuda replied at 31-7-2024 02:07 PM
tapi troye sivan tu gay noks.

Patah hati Iman patutla menggedik tak menentu. Tapi seriously, kalu dia guna nama Iman Alisa lagi ok kot. Pakai Troye tu nampak sgt rempit/BBNU
Quote Carcosa 31-7-2024 04:01 PM
Hak alah.
Jaga ketat2 pun, setakat ni je kejadian ko? Bahhahah aku tertawa.
Lainlah ketat2, kau dah jadi doktor pakar ke, Architect bangunan famous kat dunia ke.
Ini?? Retis???? Bahhahahhahha aku tertawa lagi.
Quote esbok 31-7-2024 10:28 PM
Ok la lagi tu. Acik pegang tepon bila kene belajar jauh dari family jah. Nombor acik, nombor postpaid. Kawan2 kata, bapak acik kaya sebab bagi nombor postpaid. Tapi sebenarnya bapak acik boleh trace nombor2 yang acik call dari bill. Kalau  bill tinggi, menjawab la acik. Telepon sapa lama2.
Quote hyie 1-8-2024 12:22 AM
miss_perfect replied at 31-7-2024 01:19 PM
Nama sebenar dia sedap la, dah kenapa guna troye tu? Sampai sekarang tak reti nak pronounce nama tu.

sheols penah citer kat mana entah lupa, troye tu nama dari zaman sekolah. Kalau tak silap la. Macam Zabedah jadi bedah tonggek, Zulfaqar jadi Zul fucker...so iman jadi iman troye...kenapa troye? iols tak pasti lah...watak kartun agaknya
Quote Selubung 1-8-2024 12:56 AM
Saja nak bgtau, aku pegang fon time f5

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.122721 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top