Pengarah dan pelakon Pierre Andre mengakui dirinya berasa sangat tenang dengan ketiadaan telefon bimbit, termasuk akaun media sosial yang kini menjadi ‘keperluan utama’ setiap orang. Pierre berkata, segala urusan kerja dan keluarga boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang bertindak sebagai pengurus. "Saya dah lama tak ada telefon (bimbit) sendiri sebab lebih tenang dan kurang rasa tekanan. Begitu juga, apa saja akaun media sosial pun saya tak ada." "Memang lama juga dah tak ada telefon ni. Dulu, saya pernah merajuk sampai tak balik rumah dan bila nak hubungi keluarga, terpaksalah guna telefon awam di tepi jalan." Menurut Harian Metro, dia sangat mengutamakan ketenangan buat diri sendiri dan itu dirasainya tanpa penggunakan telefon. "Kalau saya nak tengok isu-isu semasa pun, biasanya tengok daripada telefon isteri saja."
"Memang saya ambil tahu segala perkembangan yang berlaku, cuma tidak meletakkan diri di media sosial. Saya lebih suka merendah diri sebab pengurus saya pun adalah isteri sendiri. Cukup memudahkan pengurusan kerja dan hubungi saja dia (isteri) untuk cari atau dapatkan saya." Mengulas juga ‘penyepian’ selama 10 tahun dirinya daripada radar industri hiburan, Pierre berkata, dia kini sudah terbiasa menjalani kehidupan seperti orang lain yang bebas ke mana-mana tanpa dikenali ramai. "Saya pun sekarang banyak beri tumpuan kepada perniagaan pakaian yang diusahakan." "Dari seorang yang hanya tahu mengenai filem sebelum ini, saya berubah mengenali kain sebab saya dan isteri ada perniagaan menjual pakaian." Sekadar Rekod, Pierre mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Hidayah pada Jun 2013 dan mereka mempunyai dua anak iaitu Aishah Andre dan Zehra Andre. Sumber : Murai.my Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
matbad replied at 31-7-2024 10:59 AM
Aku pnah setahun hidup xdak fon dan xguna internet..news smua aku xtgk xtahu..rasa tenang setenangny ...
..Maya Darina juga merupakan seorang penulis blog di madarina.blogdrive.com dan telah mengumpul ramai pengikut kerana kebolehan menulis dan cerita-cerita mengenai hubungan cinta beliau, antaranya dengan suami Marion Caunter (ketika itu teman lelaki), SM Nasaruddin SM Nasimuddin yang kononnya pernah melamar Maya Darina. Maya Darina dikatakan seorang gadis cantik kacukan Melayu-Inggeris yang kaya raya, namun menghidap penyakit kronik.
Bagaimanapun, setelah kisah ini mendapat tumpuan ramai, Maya Darina telah memadam blog tersebut dan menghilangkan diri.
Mengikut pendedahan melalui rancangan Melodi, seorang penulis skrip drama, telefilem dan filem tempatan, Ellyna Ahmad ialah Maya Darina yang sebenar. Ellyna didakwa telah mereka watak itu di Internet dan ‘bercinta’ dengan beberapa orang selebriti.
Ellyna dikatakan bercakap dengan mereka menerusi telefon sambil menyamar sebagai wanita bernama Maya Darina. Untuk menguatkan cerita yang Maya Darina itu wujud, Ellyna juga dikatakan mencipta pelbagai watak lain antaranya Melia, Molly dan Mollyna untuk berkomunikasi dengan mangsanya
Satu-satunya individu yang mendakwa Maya Darina wujud ialah Ellyna namun wanita itu tidak dapat membuktikannya. Setelah pendedahan dibuat di Melodi, Pierre Andre dipercayai telah dapat menerima hakikat Maya Darina tidak wujud, manakala Ellyna dikatakan telah dikeluarkan dari menjadi penulis skrip untuk sebuah syarikat perfileman yang menaungi Pierre dan Farid Kamil.
Kisah ini juga khabarnya sebenarnya dibongkarkan oleh salah seorang staf syarikat tersebut kepada pihak media.
prince_marhaen replied at 31-7-2024 04:51 AM
Piere trauma dengan kes catfish Maya Darina Dahlan Himes kacukan Inggeris yang rupanya pompuan tua g ...
Prickford replied at 31-7-2024 04:19 PM
Gambar Maya Darina takde ke?
Prickford replied at 31-7-2024 04:19 PM
Gambar Maya Darina takde ke?
pocongkiutss replied at 31-7-2024 04:40 PM
Trauma dgn Maya Darina ni
Lepas kes tu dia senyap jah kan
ADVERTISEMENT