CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Sayang Orang Melebihi Allah” – Ajai Dedah Tahu Masalah Dan Kongsi Pesanan Buat Hafiz Suip

31-7-2024 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14795| Komen: 55


Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai memberitahu dia sudah menganggap penyanyi Hafiz Suip seperti adiknya sendiri.

Menerusi temu bual bersama radio Sinar, Ajai berkata dia memahami Hafiz sedang ada masalah dan sempat berkongsikan agar tidak menyayangi manusia lebih daripada Allah.

“Hafiz ni macam adik pada saya. Bila dia keluar Akademi Fantasia, lepas lagu Noktah Cinta, Ku Akui dan seterusnya untuk album-album dia jadi dia macam adik kepada saya.

“Saya faham dia sedang ada masalah tapi pada saya semua orang akan ada masalah. Penghabisan, kita kena move on. Jangan sayang orang melebihi Allah,” katanya.

Sementara itu, Ajai turut berpesan kepada Hafiz untuk mendekatkan dirinya dengan Allah serta tidak meninggalkan kerjayanya sebagai penyanyi dan tidak peduli dengan apa diperkatakan orang ramai.

“Saya kata dekatkan diri dengan Allah sebab waktu begini rasanya Allah rindu kamu. Hafiz faham benda itu. Saya cakap dengan dia jangan tiggalkan kerjaya sebab ini adalah mata pencarian dia.


“Biarlah orang nak cakap apa, penghabisan rezeki kita di tangan Allah. Pegang pada Allah saja, selamatlah kamu, hidup” katanya.



Sumber : Xtra, rotikaya



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 31-7-2024 10:45 AM
done islamic mode wpun cara idup kafir harbi.
Quote asma87 31-7-2024 10:51 AM
Dah serai kot Hafiz dgn Bini lawanya..
Quote Safirania 31-7-2024 10:53 AM
Iols nak hafiz come back
Quote Bubbleguppy 31-7-2024 11:31 AM
Seraikah
Quote cruz2 31-7-2024 12:12 PM
Apa yg bang ajai nk sampaikan ni? Bercampur2 nasihat keagamaan dgn benda lagho
Quote intan_smsb 31-7-2024 12:22 PM
lelaki memang lambat move on ke
Quote Prickford 31-7-2024 12:24 PM
asma87 replied at 31-7-2024 02:51 AM
Dah serai kot Hafiz dgn Bini lawanya..

Sedihnya kalau dah serai. Bini dia mmg lawa, sweet mukanya.

Quote Lulu_717 31-7-2024 12:34 PM
Kalau ckp pasal move on tu maksudnya serai kah?
Quote Orix 31-7-2024 12:37 PM
jgan sayang orang lain melebihi sayang diri sendiri dulu patutnya.... lepastu baru jgan sayang diri sendiri melebihi Allah dan agama ...
Quote prince_marhaen 31-7-2024 12:46 PM
Haha. Time laghooo , lifestyle open tak pesan pulak ingat Allah.
Hubungan abang adik ye, patutlah bias kalau jadi juri AJL...kantoi di situ ye..bak kata Akak Norol Depp... 'kawan-kawan dia jugak..." hihihihi
Quote asma87 31-7-2024 03:21 PM
prince_marhaen replied at 31-7-2024 12:46 PM
Haha. Time laghooo , lifestyle open tak pesan pulak ingat Allah.
Hubungan abang adik ye, patutlah b ...

Ajai mmg kuat bias yach...
Quote ReginaGeorge 31-7-2024 03:24 PM
Tima kasih ajai sebab umum bg pihak apiz
Quote sleepandream 31-7-2024 03:48 PM
sbbtu hafiz release stress dekat gym yer... hmmmm.. hope time will heal everything okeyyy
Quote wickedwisdom 31-7-2024 03:52 PM
alahai HAFIZ
Quote Carcosa 31-7-2024 03:57 PM
Time org tu femes, beratur anak2 orka, muka2 lawa.
Bila dah sendurinawaty, semua angkat kaki la uolls. Apa mau tunggu lagi?? Jadi bewak kalau muka mari pun, amat menjengkelkan. Apatah lagi muka berkerak mcm drug addict gini?? Yihhhh, tendang kan ajo.
Tgk Keith Poo dahlah. Helok2 pun, tersingkir jua.
Quote Kekunci_Hitam 31-7-2024 04:01 PM
move on je la apizz....cari lagu sedap2... nescaya zaman kegemilangan ko akan kembali... tak ramai penyanyi lelaki yg ada skrg ni suara sedap...
Quote tenggiripink 31-7-2024 04:07 PM
Spokeperson ke ni hihi
Quote Acik2kepam 31-7-2024 04:11 PM
Kuarkan lagu baru laaaa
Quote awekjepun 31-7-2024 05:19 PM
Betul ke terlibat dgn dadih?? Klo wife blah sbb alasan tu..mmg patut la.. tp klo dia tjebak sbb frust bcerai..kesian laa...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.096015 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top