CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Mereka Sebenarnya Dah Nikah 3 Bulan” – Isteri Sibuk Kerja, Suami Curang Dengan Kawan Baik

31-7-2024 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11297| Komen: 2


Betul lah orang kata curang itu adalah pilihan. Tular di aplikasi X, luahan seorang wanita yang mendedahkan suaminya curang dengan kawan baik sendiri.

Katanya, si suami adalah seorang yang penyayang dan mereka jarang bergaduh namun ada satu peristiwa yang mengubah nasib dan kepercayaannya.

Wanita tersebut menyatakan dia mula curiga dengan suaminya apabila perabot dalam rumahnya berubah setelah dia pulang dari kerja.

"Lepas je settle subuh, aku tanya dia. Tadi I dengar ada orang call siapa tu? Terus air muka dia berubah. Laju je dia jawab “Oh tak officemate I suruh check kan file dekat sekolah”."

"To make it short, aku start rasa waswas dengan laki aku, jadi aku selongkar seluruh rumah aku konon untuk cari bukti yang dia berlaku curang belakang aku."


Alangkah terkejutnya apabila dia terjumpa resit di restoran mahal untuk dua orang dan dari situ mereka bergaduh sehingga tidak bercakap selama 2 minggu.

"Kawan baik aku ni memang rajin, sebab dia asal dari kampung dan mungkin dah biasa dengan lifestyle yang macam tu."

Perbuatan jijik mereka terbongkar apabila dia terjumpa rantai emas yang dia belikan untuk kawan baiknya di dalam tandas suaminya.

"All these while, aku fly lama-lama, diorang berasmara dana dalam rumah aku. Dorang f*ck depan TV sebab tu kedudukan sofa berubah.

"Jiran aku sebagai saksi. Walaupun jiran aku cina dia tpu tak sampai hati untuk bersubahat."

Lagi membuatkan netizen tercengang apabila dia mendedahkan kawan baiknya juga menghilang selepas insiden itu dan wanita itu sah bercerai talak satu dengan suaminya.

"Sewaktu aku tahu tentang affair mereka, meraka sebenarnya dah nikah 3 bulan. Bermakna aku dengan kawan aku bermadu. Cuma aku je tak tahu hahahah. Gila kan?"

Tudia plot twist… Apapun, sepatutnya kalau ada salah faham dengan suami, selesaikanlah berdua tanpa ada pihak ketiga.


Sumber : OhMedia

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 31-7-2024 09:52 PM
cerita hasanah ke ni
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:44 PM

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.030273 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top