CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Judo Tajikistan Laung "Allahu Akbar" Dan Enggan Bersalam Selepas Tewaskan Atlet Israel Dalam Masa Seminit

31-7-2024 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12657| Komen: 24



Atlet judo dari Tajikistan menarik perhatian dunia apabila dia menolak untuk berjabat tangan dengan pesaingnya dari Israel selepas mengalahkannya dalam Sukan Olimpik Paris 2024. Lelaki berkenaan sebaliknya melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’.

Nurali Emomali, bertemu dengan pesaingnya dari Israel, Baruch Shmailov, dalam pusingan 16 bagi kategori 66 kilogram (kg).

Menurut Persatuan Judo Antarabangsa, Shmailov kalah kepada Emomali dalam masa satu minit dan tujuh belas saat, dan Emomali kemudiannya bertemu dengan Hifumi Abe dari Jepun.

Pertandingan antara Emomali dan Shmailov kemudiannya diikuti dengan perlawanan Shmailov menentang Abderrahmane Boushita dari Morocco.

Atlet Morocco juga dilaporkan tidak berjabat tangan dengan Shmailov.



Berjabat tangan dengan lawan selepas tamat perlawanan judo bukan kewajipan tetapi merupakan satu adat dan tanda hormat.

Bagaimanapun, Emomali mengalami kekalahan yang menyakitkan dalam perlawanan menentang Hifumi Abe dari Jepun. Emomali dikatakan menangis dan bahunya terseliuh.


Dia juga dilaporkan mengalami kecederaan pada lengan kiri semasa cuba untuk mengelakkan jatuh.

Kekalahan Emomali dihujani dengan komen negatif daripada masyarakat pro Israel yang menyifatkan kejadian tersebut adalah ‘karma’.


Sumber : The Reporter


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 31-7-2024 11:00 AM
Alhamdullillah..bukti israhell ni memang bapok pondan celaka,seminit je dah kalah tapi gigih nak masuk competition
Quote Minami2013 31-7-2024 11:14 AM
Menang hifumi abe, abg kpd uta abe yg viral menangis sbb kalah. Bila tgk match tu nmpak uta abe terus duduk mcm tgh nk digest dlm otak yg dia kalah. Kesian betul.

Bukan pertama kali org tak nk salam. Sebelum ni pun viral ireland basket ball tak nak salam. Selayaknya israhell
Quote PejuangBerani 31-7-2024 11:39 AM
Selayaknya!
Quote edayildiz 31-7-2024 11:45 AM
malu la pulakk kalau org tnya...awk dr nehara mana..
sy dr israel..terus kena baling telur agaknya..
sian kt org israel yg baikkk
Quote Meraki 31-7-2024 11:54 AM
Bagus..
Quote aromabeaute 31-7-2024 01:59 PM
Semoga Emomali cepat sembuh.
Quote dua_chzy 31-7-2024 02:02 PM
Politik sampai bawak ke sukan.

Emh.
Quote primarikey 31-7-2024 02:02 PM
edayildiz replied at 31-7-2024 11:45 AM
malu la pulakk kalau org tnya...awk dr nehara mana..
sy dr israel..terus kena baling telur agaknya.. ...

baling je dgn telur tembelang
Quote ShyDoll 31-7-2024 02:03 PM
jejai replied at 31-7-2024 11:00 AM
Alhamdullillah..bukti israhell ni memang bapok pondan celaka,seminit je dah kalah tapi gigih nak mas ...

Setujuuuu
Quote Decaffeinated 31-7-2024 02:29 PM
Lepas tu dia pulak yang nangis kena dengan jepun. Ada juga omputih yang percaya karma mcm acik2 sini ni juga.
Quote Decaffeinated 31-7-2024 02:33 PM
edayildiz replied at 31-7-2024 11:45 AM
malu la pulakk kalau org tnya...awk dr nehara mana..
sy dr israel..terus kena baling telur agaknya.. ...

Malu ka? Bangga lagi ada mungkin.

Negara kecil tapi banyak sumbangan pada dunia. Itu fakta.
Quote Decaffeinated 31-7-2024 02:34 PM
dua_chzy replied at 31-7-2024 02:02 PM
Politik sampai bawak ke sukan.

Emh.

and religion.
Quote SalenaGomez 31-7-2024 02:41 PM
Edited by SalenaGomez at 31-7-2024 02:43 PM

Bior kalau dgn negara lain asal bkn israhell kekdah nya

Salam or xnak salam tu tpulang lah pada hak individu lah. Xde masalah kalau nak tunjukkan soladiriti thadap palestin. Kalau bukan sealiran buat nampak bagus. Kalau penyokong palestin buat terus nampak buruk. Double standed betulll. Obviously org yg fikiran mcm ni telah di brainwash terokkkkks
Quote nisako 31-7-2024 03:04 PM
padan muka kalah
Quote Mary_jane 31-7-2024 03:49 PM
Malu tak tu kena boikot. Bangsa pembunuh!
Quote TomyamPuteh 31-7-2024 04:10 PM
Dlm ni pun ada penyokong Israel rupanya.
Quote NyiRoroKidul 31-7-2024 04:31 PM
Kahkahkahkah..mmg selayaknya pun di belasah
Quote Itzy 31-7-2024 04:34 PM
Atlet judo jepun tu pun supporter israel, jadi dia pun ambil tugas bantai atlet tajikistan sakpai cedera bahu dia, konon nak balas dendam la bagi pihak israel zionist tu. Aku tau la puak2 jepun ni memang sekutu rapat dan budak balaci israel. Best gila emomali ni sama macam si abdul rashid sadulaev, kuat dalam bidang mereka dan dapat bantai si zionist tu. Patutnya dia salam zionist celaka tu supaya cover sikit kebencian tu, macam yang abdul rashid sadulaev buat . Supporter zionist muka malu dan marah gila bila atlet wrestling mereka kalah dengan si sadulaev ni dalam masa beberapa saat saja wakakakkaka. Sape suruh si zionist mengajuk si sadulaev tu.
Quote Neno90 31-7-2024 05:01 PM
Mmg layak mcm tu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039784 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top